Sunday, July 22, 2012

abah!

tenang.hanya hati yg betul2 rasa keimanan, bertuhankan Dia sahaja yg tahu bagaimana rasanya tenang tu.


pagi 1 ramadhan.Allah.x tahu macam mana mahu gambarkan.lebih tenang dr rasa yg sebelum ini rasa tenang.eh, camne tuh?>.<


"Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu"[Al-Fajr:27-30]

*****

seawal 4 pagi, bangun untuk tolong mak siapkan sahur. meriah rasanye rumah ni, walaupon dlm pukul 4 pagi. kepulangan kakak n family, membuatkan x terasa ngantuk menyengkang mata sediakan sahur. pesan abah semalam selepas pulang teraweh, "nnati waktu buka dgn sahur, jgn banyak masak2, ape yg ade, bersederhana dan jgn membazir. cukup ambik berkat". mak selaku "masterchef" masak dgn skill nye yg sgt menepati cita rasa kami sekelurga. wah, ayat!ni semuanya gara2 tgk masterchef, pandai la cket pusing2 ayat chef JO.hoho.

telur kicap.hehe.pernah makan telur kicap?or mungkin ade yg panggil telur hancur?ye ke?x kisah la ape2 pon.tp, hidangan ni wajib ada bila ade anak buah. nak bukak selera dia time sahur. ermm, yg kami pon tumpang la sekaki.hehe.

selalunya budak kecik memang suke telur kot. tp, mak saya kate, dulu mase saye kecik saye x suke makan telur.huhu. tp, dah besar saye sgt suke!!kekeke.

*****

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"


bila tiba ramadhan, ade satu perkara yg dah lama saya perhatikan. 1st day berbuka puasa. abah.
selepas sahaja baca doa buka puasa, dia menghirup tangan ke muka dan lepas tu......air mata pasti keluar.
siapa yg x sebak bile tgk ayah sendiri menangis. mak hanya menyapa kaki abah, untuk redakannya.
ya, saye tertanya2, kenapa abah selalu akan menangis bila tiba 1 ramdhan. sebak.

kenapa abah nangis?
sebab Allah panjangkan umur abah dan Allah bagi abah peluang lagi tuk jumpe ramadhan. tp, ini pon x pasti sampai akhir ramadhan.


sejauh mana penghayatan kita dlm bulan yg sgt mulia ini.
pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas2nya, tapi, sejauh mana kite habiskan masa puasa kita setiap detik?


rugi bg mereka yg x ambik peluang yg sangat besar dalam ramadhan. terfikir. bagaimana ramadhan aku yg sebelum ini?hanya sekadar puasa kah?Allah...aku ini sgt lemah ya Allah!


mujahadah.ye, mujahdah!
kadang2 kita rasa penat untuk bermujahadah. rasa lemah, nafsu dan godaan yg macam sgt menguji iman di hati.
pernah saya bertanya pada kakak senior saye,"kak, kadang2 rasa letih la..penat and sampai rasa malas dah nak buat bende baek2 kak..mcm mane nak lawan kak..."
lantas kakak itu menjawab.."dek..memang mujahadah itu sgt penat, smapai kadang2 kite fed up kan..tapi, ketahuilah, kadang2 Allah bg penat tu adalah kerehatan. lebih baek rase penat sebab byk buat bende baek, drpd x penat tp buat bende lagha."


syaitan itu tidak pernah penat menggoda kita.
godaan syaitan itu kita boleh patahkan dgn beristighfar, zikir2..tp, untuk patahkan nafsu bukan dgn cara itu, tp hanya 1, dgn mengingati mati.

mengeluh.penatnya hari ni...
abah lantas menyapa,"kalau buat semua lillahita'ala insyaAllah x terasa penat tu. gulp!

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” – al Ma’arij : 19-21

itu yg saye byk terkesan dr abah. terima kaseh abah!

*****

hari ni, saya habis baca novel "Syabab Musafir Kasih". novel yg dah lama saya berhajat untuk khatamkan, tapi sebelum ni, novel nota2 ilmiah lebih aula untuk dikhatamkan dahulu. alhamdulillah, byk sungguh terkesan dr novel kak Ha ni. insyaAllah, byk pengajaran yg boleh dikongsi bersama.

ok, masa untuk tido. rehat dalam mati yg smentara.moga semuanya Allah redha.
selamat berpuasa. selamat bermujahadah!




No comments: