bismillahirrahmanirrahim..assalamu3laikum...^^,
dah lame rase x menekan keyboard ni tok mengisi ruang di teratak qalbi ni..:P..rase rindu untuk berblogging kembali..alhamdulillah, masih diberi kesempatan yg sementara ini...
bz sgt ke????
hmm..mmg saya akui, sepanjang sem 2 ni agak sebok berbanding dgn sem 1, masa sem 2 agak pendek dr sem 1 yg lepas, walaupon subjek sem2 ni agak sikit, tp, masih lagi rase x cukup mase dan sempit selalu..itulah manusia kan...
"demi masa. sesungguhnya manusia kerugian. melainkan yg beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesanan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran."(Al-A'sr:1-3)
setiap manusia itu akan selalu rugi, melainkan yg BERAMAL SOLEH, BERIMAN, AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR-FASTABIQUL KHAIRAT~~
hmm...sedikit kekesalan dalam hati ini, membandingkan sem 1 lepas jauh lebih baik dr sem 2 ini...walaupon sem 1 terasa agak tension dgn aktiviti fakulti n kolej, tp bila saya rasa sibuk, lagi bermakna hidup saya...jrg nak buat yg lagha2, specially 'facebooking', chatting la...hmmm..astaghfirullah...
“Berilah kerja kepada orang yang sibuk…kerana ianya lebih mampu diselesaikan berbanding orang yang lapang”...Ustaz Pahrol Mohd Juoi
hmm..mmg betol pon, kdg bile sebok lg bermakna, lagi menghargai masa..haish...sedarlah wahai teratak qalbi...
sem 2 hampir2 berakhir juga...ade lagi 2 minggu kuliah, study week, then exam!!!
cukup sediakah wahai hati ini???..hurmmm...
TITAS, APK, English..assingment..cepatlah habis...
CONAS...presentation....study, study n study...
kadang2 rasa penat, putus asa menjengah dalam diri..bila la nak abis semua ini...
tp, terlintas di hati, lagi penat nabiku berdakwah dahulu sehingga mampu menyebarkan Islam agamaku yg suci ini...
apelah sgt rase penat di dada ini...Tuhan...berikan secebis kekuatan untukku...
TUHAN... sesibuk2 sibuk aku ini, Kau sibukkan lah hatiku ini untuk sentiasa mengingatiMu dan
sentiasa merinduiMu...jgn3 palingkan hati aku ini..jgn3 campakkan hatiku ini..pegangglah hati aku ini agar sentiasa berada dekat dan diplihara oleh-Mu...
dgn berbaki 3 minggu ini, harap2 semngat terus2 membara..walaupon jauh rasa di hati selalu terkenangkan keluarga..tp, hati ini mesti kuat untuk menanggung perasaan rindukan keluarga itu...menempuh ujian didunia ini dgn sentiasa mengharapakan keredhaanMu Ya Allah....
ku pohon, berilah aku kekuatan, kuatkan semangat aku untuk terus bermujahadah kepadaMu...
biar rase penat didunia untuk mujahadah, agar di akhirat nanti x terasa penat dek bakar dgn api neraka-teratak qalbi~
semoga Allah redha.
"kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar"Al-Ankabut 64
Thursday, March 31, 2011
Wednesday, March 9, 2011
KLCC atas kepala~
Bismillahirrahmannirrahim...assalamua'laikum..:)
sebenarnya, saya dah x tahan bile jalan belakang perempuan, nampak sanggol tinggi mengalahkan KLCC...geram rasanya..rase nak tarik je..maafla, bahasa agak kasar, sebab saya agak geram dan marah bile nampak org buat bonggol atas kepala...nak tegor, tp saya x mampu lg, masih x dpt kekuatan lagi, hanya doa saja yg mampu, moga-moga mereka dapat hidayah...
saya nak share tentang bonggol ni, dr fb..harap bermanfaat...~
Macam-macam skill orang nak merosakkan Islam. Lepas satu, satu syubhah diselit masuk supaya amalan umat Islam jadi keruh dan rosak. Sebelum ni kecoh dengar pasal ‘tudung rahib’ yang melekat di leher macam batu nisan berjalan.
Sekarang dah muncul pula syubhah yang baru- fesyen bonggol unta. Rasanya gaya ni dah lama muncul cuma baru-baru ni dihebahkan semula dengan lebih giat. Lebih mengejutkan bila sanggul palsu diiklankan dalam media sebagai aksesori untuk muslimah bertudung! Sebelum ni bukan tak biasa tengok sanggul palsu di kedai dua ringgit, tapi kalau sampai diiklan ke majalah dan akhbar, rasanya sanggul-sanggul ni dah bertambah fungsi.
Makin membimbangkan bila gaya ni turut dipopularkan oleh TV. Umat Islam sangat bersyukur bila TV-TV dapat hidayah nak ambil pengacara bertudung. Dari siaran berita ke bual-bicara, alhamdulillah sejuk hati memandang muslimah-muslimah cun berbalut hijab. Tapi tak sampai lima tahun cara hidup yang indah ni mula dicemari anasir tersembunyi. Pengacara yang lawa2 ni tetiba tumbuh biji di kepala. Rupa masing-masing dah xmacam pakai tudung, tapi macam pakai topi pari-pari dalam citer fairytale yang ada kain terjulur di belakangnya.
-Alah, sanggul…. apa sangat. Simple je. Kecoh la ngko ni Joyah.
+Cik kak, kalau benda yang simple ni buat ko masuk neraka camne?Kot murtad @ berzina,faham la jugak. Dosa besar. Ni sebab sanggul seco’et ngko kene panggang jadi biskut. Tak berbaloi!
1400 tahun yang lalu, penyakit bonggol unta ni dah dikhabarkan dek junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Penyakit ni disebut sebagai salah satu ciri @ kelayakan ahli neraka. Sebuah hadis baginda yang masyhur dalam Sohih Muslim telah menyebutkan, mafhumnya ; "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)
Selain mendapat keahlian neraka secara percuma, Nabi s.a.w turut menyebutkan bahawa golongan ini tidak akan dapat menghirup harumnya syurga, sedangkan ia dapat dicium dari sekian jarak yang amat jauh.
Allahuakbar….sanggul secuit punya pasal…
Tapi…kenapa sanggul?
Kita tinjau semula rangkuman aurat perempuan ialah seluruh tubuh, dari akar rambut sampai hujung kaki. Bukan sahaja warna aurat itu yang perlu dijaga, tetapi juga bentuknya. Kerana itulah disyariatkan memakai pakaian yang longgar. Gaya bonggol unta ini termasuk dalam kategori mempamerkan bentuk tubuh, cuma Rasulullah s.a.w menyebutkan larangannya dengan lebih khusus kerana caranya ‘pameran’nya berbeza dari anggota tubuh yang lain. Jika bentuk dada dan punggung dizahirkan dengan pakaian ketat, ‘bonggol unta’ pula dizahirkan dengan gaya ikatan rambut yang tinggi menjolok langit. Andaikan Baginda tidak menyebut dengan khusus, manusia-manusia yang berhati sakit akan sewenang-wenangnya berhelah : “Kami tak pakai tudung ketat, cuma ikat rambut tinggi je”. Lantas ancaman yang jelas lagi keras ini memotong habis segala tipudaya golongan penghidap penyakit bonggol ni. Takde dolak-dalih.
Tapi, kalau dah rambut memang panjang macam Rapunzel, takkan nak lilit kat leher pulak. Kang abis la berkurap…
Pandai-pandai la seimbangkan antara tuntutan naluri dengan tuntutan syar’ie. Islam agama fitrah. Takdenye yang rambut panjang nak disuruh potong jadi tomboy. Ikat la kut mana pun asalkan tak langgar garis yang diletak, jangan sampai rambut yang cantik jadi bonggol unta. Ikat rendah-rendah je kan boleh. Yang jadi isu sekarang ni ialah sanggul buat-buat. Bila tanggal tudung, sanggulnya pun tanggal. Boleh beza sangat antara sanggul betul dengan tipu ni. Orang Melayu rambutnya takde la tebal macam Arab @ India. Takde modal la nak kata yang terbonjol tu rambut asli, melainkan sengaja dibonjol2kan.
Mungkin muslimah di luar sana tak tahu pasal larangan ni. Nampak fesyen cambest kat IFF terus je ikut. Tak apalah yang tak tahu, yang tahu kenalah bagitahu. Yang tak tahu ni, bila dah tahu kenalah beramal…selamatkanlah kepala anda dari menjadi sate di neraka.
Kesimpulannya seluruh aurat mestilah ditutup dengan sempurna…warna dan bentuk rupa. Macam mana lima waktu solat kena buat xbleh pilih2, macam tu jugak seluruh aurat kene tutup xbleh celup2. Menutup aurat, antara lambang ketaatan seorang perempuan Islam kepada Allah s.w.t yang menciptakannya. Kalau nak tau, ajaran kitab Injil yang sebenar pun ada perintah menutup aurat kepada perempuan Nasara, tapi tengok la sekarang perempuan kat gereja je yang tutup kepala. Tu pun lutut terbukak…
Berbeza dengan suruhan kepada perempuan Islam. Allah s.w.t dengan penuh kasih sayang terhadap muslimah, telah menyebut dengan jelas dalam surah Al-Ahzab, sebab kenapa Dia suruh kita tutup harta kita yang indah ni. Firman Allah, mafhumnya ;
“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka tutupi seluruh tubuh dengan jilbab mereka, demikian itu agar mereka mudah dikenal dan tidak diganggu, Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzaab, 59)
Allah s.w.t yang menciptakan lelaki dan perempuan, maka Dia lebih tahu betapa berminatnya kaum lelaki ni kepada kaum perempuan. Nah, sekarang dah banyak kita tengok akibat tak menutup aurat ni kan? Rock-all lah, rubber lah, sumbang mahram, anak tak sah taraf… bukan yang ‘tak tutup’ je punya pasal, yang ‘tertutup’ pun bersalah jugak tak menegur. Ingat diri sendiri dah selamat, sekali esok lusa insan-insan yang tak sah taraf ni jadi menantu awak. Baru tau…..
Sama-sama muhasabah diri, sama-sama perbaiki umat kita. Sesungguhnya manusia itu rugi kecuali yang beriman, beramal soleh dan melaksanakan amar makruf nahi munkar.
Saturday, March 5, 2011
DIA yang sebaik-baik Maha Pemberi segala-galanya~
Bismillahirrahmanirrahim...Assalamua'laikum...^^"
hayati, muhasabah dan perbaiki diri..
manusia tidak akan puas dgn ape yg ada, dan tidak tahu bersyukur dan mengahargai apa yg ade....
semoga bermanfaaat untuk untuk kalian dan diri ini.....
muhasabah....
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(Ibrahim:7)
semoga Allah redha.
Wednesday, March 2, 2011
rindu belaian mu....=(
assalamua'laikum..^^"
alhamdulillah..masih dipinjamkan saat-saat menjadi hamba oleh Tuhan...syukur aku masih hidup berTuhan...
keif imanuka/ki al yaum?...semoga sentiasa subur di jiwa dan meguasai raja di hati...
currently, saya sangat3 rindu pada seorang insan yang sangat3 penting untuk saya...mak....
saya x tahu kenapa, seolah-olah saya tak dapat menahan rindu pada mak..
hampir setiap malam, telefon mak...bila dgr suranya...Allah..hati saya rasa sayu sgt..
x tahu apa yg sebenarnya saya ingin katakan padanya, tp cukup lah bila saya dpt dgr suara mak...
betul apa orang kate...kalau x de depan mata, baru kita nak hargai....
saya terpikir..."kalaulah satu hari nanti mak dijemput, boleh ke aku menanggung rindu?"..astaghfirullah..
sampai kadan-kadang saya terfikir..
"lebih baik Kau tarik nyawa aku dulu dr mak, sbb aku takut aku x sanggup nak tahan rindu...mcm mane kalo mak dah x de nanti.."
setiap panggilan saya dgn mak, mak mesti byk bg nasihat...saya mmg byk mengadu dgn mak, sbb bg saya, mak adalah org yg paling byk bg sokongan kat saya....setiap kata-katanya sangat bermakna...
rindu mak..rindu nak peluk dan nangis dekat bahu mak..rindu nak kucupan mak...rinduu...;-(
Subscribe to:
Posts (Atom)