Wednesday, January 8, 2014

membumi



Menguap. Dan menguap lagi.haaaiiiihhh..awat la mengantuk maghrib-maghrib ni.

Terpiat-piat mata. Alunan doa imam seakan-akan sayup je masuk telinga. Allah..ngantuknya!nak naik bilik la, tidur kejap, nanti nak study, tak la ngantuk.(doa tak khusyuk)
Imam mengaminkan doa. Tangan di tekup ke muka mengakhiri doa. Selesai salam, di sapa sahabat.

“ai, awat nampak ngantuk sangat tu, ada exam ke tadi?”

“eh, tak da la, entah, ngantuk sangat rasanya..”


Pandang kanan, pandang kiri. Masing-masing siap-siap tunaikan solat sunat. Hati terpaut, maka bertakbirla, moga-moga hilang mengantuk ni.

Selepas salam, terdengar rancaknya mereka berbual-bual, mesranya..kaki melangkah mahu juga rasa terhibur.

Hiburan setiap hari sepanjang musim exam week.


*****
Terasa hati ditembak. Berdezup-dezup (bayang je la bunyi macam mana pun).

"Dan Dia telah mberikan kpdmu sgala apa yg kamu mohonkan kpdNYA.dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. sungguh,manusia sgt zalim dan sgt ingkar nikmat Allah"[Ibrahim:34]

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".[Dhuha:11 ]


Allahu Rabbi. Air mata memenuhi kelopak mata. Tafsir diangkat ke muka, menutup wajah. Malu rasanya.

Malu dengar Rabb.

Meniliti and menilai nikmat-nikmat Tuhan. Nikmat, bukan sekadar N.I.K.M.A.T.

“rasa letih, rasa tak larat, penatla…rasa penat itu siapa yg bagi?dan siapa pula yg berhak untuk beri kita kekuatan?”

Zappppppppp.facepalm.dush!dush!dush!!

Allah..Allah..Allah..!hanya itu yg terungkap di dalam hati.

Banyak kali, Allah sampaikan cintaNya dlm surah Ar-Rahman

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"[Ar-Rahman:13]

“Alhamdulillah, sekarang ini juga nikmat. Nikmat yg Allah bagi, sebab memilih hati-hati ini berkumpul di sini keranaNya. Ditambah pula diberi lagi dengan nikat mendengar, sambil mendengar, kita juga di beri penglihatan untuk menatap sahabt-sahabat kita disekeliling, moga kita juga berjiran disana nanti”

Nikmat sungguh rasanya bait-bait “speaker”.

Dua nikmat yg selalu kita lupa: nikmat sehat dan masa lapang.

Dan

Dua nikmat yg paling tinggi dan berharga Allah bagi pada kita; nikmat IMAN dan ISLAM.

Sahabat berkongsi mengenai seorang pesakit Alzheimer. (Alzheimer is neurodegenerative disorder cause the loss of brain cells.opss!) mostly, pesakit Alzheimer akan lupa apa yg dah berlaku and mostly at older age patient. Diceritakan, pesakit Alzheimer ni dijaga oleh seorang misi (I mean a nurse) yg bukan islam and the Alzheimer patient is muslim. Most all thing in his life, he forgot, except, recitement in solat. SubhanaAllah! Bacaan dalam solatnya, dia tak pernah lupa, masih lagi lancar membaca Al-quran dan doa, walaupun perkara lain sudah lupa. Sampailah satu masa, bila patient ni ternampak misi tersebut makan menggunakan tangan kiri, dia ditegur untuk makan menggunakan tangan kanan. Lama kelamaan, misi tersebut melihat keindahan dan nilai Islam dalam seorang patient Alzheimer dan, atas hidayah Allah, misi tersebut mengucap dua kalimah syahadah. subhanaAllah!!!

Kita boleh lihat bagaimana impaknya nilai Islam dalam diri kita sebenranya. Akhlak kita, adab kita semuanya berteraskan Islam. Tapi, kita sering lupa kan nikmat ni?nikmat yg paling tinggi Allah bagi pada kita, kita dipilih utuk…

Bertuhankan Dia!

kita dipilih untuk menjadi celupan Islam itu sendiri.

Allah Rabbi.. apa lagi yg kita mahukan. Allah adalah segala-galanya. Semua perkara yg kita ada atas rahmat dan kasih sayangNya.

Kita sudah diberi siap-siap ayat-ayat cintaNYA. Yg cantik dan puitis bahasanya. Manual kehidupan kita seharian. Al-Quran…namun kita lupa ini juga nikmat dr Allah, yg penuh dengan segala petunjuk directly dr Dia.

“setiap hari, kita baca Al-quran tak, lepas baca, kita tadabbur tak?”

“adakah bacaan Al-quran boleh buatkan kita menangis???....”

“takkkkk”

“kerasnya hati kita kan?”


T_________________________T

Apa lagi yg kamu mahukan wahai hamba yg lemah?

Hati membumi. Namun jiwa terasa bahagia. Terima kasih Tuhan atas kesedaran nikmatMu ini.

Azan Isyak berkumandang. Takbir dilafaz melaungkan kebesaran Allah. Hati dan akal membumi mengagumi kebesaranNYA.

Khalas.moga si Dia redha.






(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.[Al-Imran:191]