Sunday, December 29, 2013

harapan

kata-kata Hamka: "apa yg kita ada harini ini adalah harapan"

Harapan.




ye, setiap hari-hari kita adalah harapan. apa yg kita ada hari ini, adalah mungkin dulu kita pernah harapkan.

apabila kita berharap, kita selalu harapkan dari hati kan?
dan dari hati itulah, Allah turut dengar harapan kita.
setiap harapan yg terlintas dr hati kita, ataupun kata-kata yg kita lafazkan berupa harapan adalah satu doa secara tak langsung. dan setiap kata-kata itu juga adalah doa :)

jadi, apa yg kita ada hari ini, mungkin kita pernah berharap satu hari dahulu kan?bersyukurlah kita dengan apa yg Allah kurniakan dlm kehidupn kita. sedar tak sedar, kadang-kadang kita masih lagi rase tidak cukup atau mengeluh dengan apa yg kita ada hari ini, tapi ketahuilah apa yg kita ada hari ini adalah harapan kita dahulu yg Dia rasa kita berhak merasa harapan tersebut. baik kan Allah? :)

tapi, ada jugak harapan yg kita tak dapat hari ni.
dan itu mungkin Allah telah engubah harapan yg kite hajati itu kepada sesuatu yg lebih baik dr apa yg kita harapkan. kerana Dia yg mencipta kita, yg lebih tahu apa yg terbaik utk ciptaanNya.

takdir untuk sesuatu doa itu boleh jadi kepada 3 keadaan:

1) Allah itu Maha Mendengar dan Dia akan memakbulkan doa kita

atau pun

2) Allah masih lambat utk makbulkan kerana Allah tahu bukan sekarang masanya.

dan atau pun,

3) Allah tidak memakbulkan doa kita kerana Dia lebih tahu ada yg lebih baik yg Allah nak bagi selain doa kita.

terus berdoa dan berdoa. bukan hanya dibibir selepas mengakhiri solat, tapi sentiasalah berdoa, dari hati, ataupun kata-kat kita seharian. jadi, haraplah yg baik2, lafazkan kata-kata yg baik, serta selalulah fikir-fikir yg positive, moga masa hadapan nanti, baik-baik belaka. insyaAllah :)








Saturday, December 14, 2013

symptom Final year

"ala..nak kawen la camni..."
"aik, tetiba plak nak kawen(gelak2)"
"aku x larat la nak buat semua ni, kalo da kawen, mesti ade org bole tolong aku, senang skit keje"
"emm..emmm..mungkin buat masa ni Allah boleh byk lagi bagi pertolongan kat kite...x kan la rase x larat, trus nak kawen.."

melangkah masuk final year, masing-masing mungkin dah 'matang' :p hehe

kahwen, siapa tak nak kahwen. siapa tak nak ikut sunnah nabi kita. dan nabi pun dah bersabda:

Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

tapi, bukan simply kita boleh senang-senang terus kahwen. kahwen. bukan sebab kita rasa sunyi, kita terus rasa nak kahwen, dengan alasan ade encik suami yg akan akan teman lepas kahwen. mungkin ade juga yg fikir, bila dah kahwen, senang la sikit nak urus kan hal-hal mase study, boleh tolong buat itu ini, boleh teman sana sini.

 ye ke?

di sini, kita boleh tengok diri kita, bergantung harap dengan siapa sebenarnya. dengan Tuhan atau ciptaan Tuhan yg lain. kalau pun kita sudah kahwin, dan ada en. suami yg teman itu dan ini, itu juga dari Allah. Allah hadirkan pertolonganNya melalui en. suami.

kenapa tiba-tiba ckp pasal kahwin ni?>.<

iyalah, need to reseat balek niat and mind kita. 

symptom2 ni terjadi sebenarnya apabila teman sekuliah masing-masing sibuk dengan final year project(FYP). masing-masing bertungkus lumus dgn FYP. banyak hal yg kene uruskan sendiri, and kene juga field trip. mungkin ada yg rasa susah untuk uruskan sendiri, dan terlintas terus untuk kahwin dengan harapan, nanti ade org teman and tolong pergi sana sini.salah seorang kawan kuliah sudah pun kahwin, and mungkin melihat kawan itu sentiasa bahagia dan selalu ditemani suaminya, membuatkan kami yg lain ni pun rasa macam nak kahwin jugak >.<
normal la tu kan :p

hahaha.macam2 la depa ni.

back to FYP. ye memang saya tak nafikan, dalm buat FYP ni, memang susah, nak tak nak, malu tak malu, kene juga ajak kawan sekali untuk teman pergi sampling or urusan luar, walaupun kita rasa serba salah nak ajak kawan, depa yg lain pun nak buat kerja jugak.

apa yg saya nak tulis, mengenai mencari si dia yg halal. cewwah!

kita kahwin bukan directly sebab rasa nak berteman. kahwin itu ibadah. kita kene cari orang yg mana kita rasa dia boleh bawak kita untuk terus beribadah dalam dunia ni.pandang dia, bole buat kita ingat Allah.

"saya takutla, nanti mcm mane nak pilih bakal suami, sekarang lelaki bukan boleh percaya"

dlm hati, gelak gelak gelak.hahaha.



اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

senang cerita, tak payah nak try-try cari pun siapa yg bakal halal tu. sebaliknya, usaha dan usaha perbaiki diri untuk jadi lebih baik. insyaAllah Allah datangkan kita dengan dia yg baik. usaha perbaiki diri itu pun akan jadi satu usaha kita  untuk dpt jodoh yg baik.

rasa sunyi? Allah kan ada :) Allah itu sentiasa ada untuk kita. cuma, kita yg tidak sedar dengan kehadiran Dia. if Allah tak izin, mungkin kita tak ada upaya nak buat FYP ni. segala apa yg kita buat, semuanya adalah ilham dari Dia. bersyukurlah, kita bertuhankan Dia. tanamkan dalam diri, Allah itu sentiasa ada untuk teman kita. walaupun kita rasa kita bukan buat yg berkaitan dgn deen, tapi sesungguhnya setiap detik apa yg kita buat, itu semua Allah yg punya. sesaintifik mana pun kita belajar dalam bidang sains, itu semua Allah yg punya. tiada alasan untuk kita rasa, kita bukan pelajar aliran agama, kita bukanlah org yg kuat imannya.

tak tak. baik atau tak baik, itu bukan urusan kita. hanya Allah sahaja yg menilai keimanan seseorang, dalam kita belajar aliran sains, sepatutnya membuatkan kita lebih dekat dengan Dia. segala mechanism, kejadian makhluk tuhan yg kita belajar, itu adalah sunnatullah. 

boleh rasa sendiri dalam hati, ada Allah atau tidak. T__T

rase tak tahu apa yg nak dsampaikn. rasa carca merba, mungkin sebab memang tengah serabut. moga Allah itu sentiasa mudahkan urusan kita. jangan lupa untuk syukur dalam setiap urusan yg kita dapat selesaikan. moga-moga semua amaln kita yg bukan spesifiknya untuk ibadah jadi ibadah di sisi Dia.



"Maka sesungguhnya SESUDAH KESUSAHAN itu ada KESENANGAN" -[Al Insyirah:5]








Tuesday, December 10, 2013

mengeluh lagi

sudah 3 bulan sebagai pelajar tahun akhir. tak sangka, sekejap nya masa berlalu.dulu macam2 budak-budak kecik sangat masuk uni ni, sekarang dah jadi paling senior.hihi. =.=

semakin 'membesar', semakin banyak pula ujian. tahun akhir benar-benar mengajar erti kedewasaan. tika ini juga, sangat-sangat menguji diri sebagai hambaNya. masing-masing buzy dengan research sendiri. makan senidiri2, balek sorang2.

masa sangat la pack. disiplin diri sangat la penting. dahulukan apa yg lebih aula. terpaksa jugak bahagikan otak ni tuk lebih byk tugasnya. tahun akhir, masing-masing sibuk, masuk kelas yg subjek sangat berat, dan dalam masa yg sama, uruskan jugak pasal research. bila ada test, otak dah keliru nak tumpu yg mana satu, test or research?

saat ini juga, diriku terasa diuji. saban hari sebelum ini, selalu memahami makna..

"Allah tidak menguji hambaNya di luar kemampuanNYA"...

terngiang2 di setiap detik dlm hati. tapi bila diuji sedikit dengan research yg byk ragam hati sudah retak. mengeluh, mengeluh dan mengeluh lagi. iyalah, benar kata sahabat, kita ini akan diuji dengan apa yg selalu kita cakap. barulah benar2 tahu diri ini benar-benar iman itu di hati atau sekadar hanya di mulut.

[mengeluh lagi]

Rabb, ku mohon kekuatan dengan kekuatanMU, mudahkanlah janganlah Kau persulitkan...

nokhtah. sekadar melepaskan rindu di teratak qalb.