Thursday, September 18, 2014

semuanya soal HATI



jika langit hendak runtuh
bagaimana jari hendak menahannya
kita hamba yang dibatasi takdir
disitula noktah segala tadbir

hitungkan laut kesyukuran
di pinggir pantai kesabaran
carilah hikmah tuailah iktibar
sabarlah dalam bersabar

betapa pun terasa pahit
janganlah hendaknya tercalar tauhid
sesungguhnya sabar itu indah
didikan terus daripada Allah

ujian itu penebus dosa
meningkatkan darjat
menambahkan pahala
bingkisan tazkirah daripada yang Esa
bagai ombak
penghias samudera!


mode: rasa nak berpuisi sokmo. :)

Wednesday, September 17, 2014

belum sempat tangan diangkat
air mata sudah jatuh ke bumi
belum sempat mengangkat takbir
kelopak mata ini sudah tidak mampu menampung
setitis air jernih membasahi pipi dengan izinNya

lebih jauh di dasar hati
Tuhan terlebih dahulu menyelami hati
Dia lebih mengerti
Dia lebih tahu
sedangkan aku tidak tahu apa-apa
segala-galanya Engkau telah takdirkan untuk aku

Tuhan,
siapa aku untuk menidakkannya?
mungkin ini yang lebih Engkau redha
mungkin ini yang buat aku lebih cinta pada Engkau

biar..
biar lah aku sakit di sini
terpaksa merasai sakit sendiri
agar di sana nanti pasti aku bahagia bersama Engkau

dan terkadang
aku terpaksa jalani sendiri
tapi tak mungkin aku sendiri
pasti berdua
hanya aku dan Dia

jadikan aku meredhainya.



Saturday, September 6, 2014

ketemu cinta!



Selama ini aku tertunggu-tunggu. Apa jawapan yg aku dapat. Di bulan Ramadhan yang lalu, aku tidak putus-putus berdoa mahu tahu.

Dan dengan ujianMu ini,dari Tuhan aku, akhirnya aku tahu jawapannya.

Allah, apa bukti Engkau cinta pada hambaMu ini wahai Tuhanku?
~Aku cinta pada setiap hambaKu. Aku mencintaimu dengan ujian dan dugaan di hatimu itu. Aku menarik nikmat itu, kerana aku mahu hati engkau benar-benar hanya untuk Aku. Aku mahu engkau sentiasa dekat dengan Aku dan lebih dekat. Aku mahukan kesungguhanmu dalam sujud kepadaKu. dan Aku tidak mahu Engkau sekali-kali jauh dari Aku wahai hambaKu.

Allah, bagaimana Engkau boleh tolong aku menjadi hambaMu yang lebih baik dan hamba yang Engkau redha?

Allah, bagaimana jalan yang perlu aku keluar untuk tinggalkn segala laranganMu?
~Dengan ujian inilah caranya. Aku mahu hati engkau lupa segala larangan dan maksiat, dan hanya tunduk pada perintahKu. Ketahuilah hambaKu, Aku sentiasa ada bersama hamba-hambaKu. Ujian Aku pada kau bukanlah sia-sia, tetapi ujian Aku pada engkau adalah dengan penuh cinta dari Tuhan kepada hambaNya.

Allah, bagaimana aku mahu menjadi hambaMu yang benar-benar bertaqwa disisi-Mu?
~Dengan ujian ini lah wahai hambaKu. Hati yang bertaqwa itu jelas. Tidak sekali-kali bercampur antara yang hak dan batil. Aku mahu bersihkan hatimu dan AKu mahu isi dengan segala kebaikan agar engkau sentiasa mencintai TuhanMu ini. Mana mungkin dalam seketul hati ada kebaikan bercampur dengan keburukan bukan? Wahai hambaKu, ketahuilah Aku lebih mencintai engkau dari hamba-hambaKu yang lain. Ketaqwaan engkau akan Aku balas dengan cintaKu. Jangan engkau pernah kecewa, bangkitlah wahai hambaKu, Aku sentiasa dekat denganmu. Yakin dan percaya, aku sudah menuliskan takdir yang terbaik untuk setiap hambaKu. sudahlah, pujuk la hatimu dengan cintaKu. Mana tahu Aku mahu ambil engkau dengan cintaKu?

Aku teringat kata-kata al-ustaz,” salah satu tanda Allah itu cinta dan sayang pada hambaNya, Dia akan turunkan ujian. Dan yang paling perit ialah Dia tarik orang yang kita sayang kerana Dia”.

Setiap hamba itu merancang dengan cita-cita dan keinginan, tetapi Allah itu merancang dengan cintaNya.

Jangan pernah Engkau mengurangi sedikit pun cintaMu Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa, hamba yang Engkau redha, bukan hamba yang Engkau murka.

Tuhan,
Kuatkan aku
Jika aku harus mati
Kau temukanku dengan cintaMu

Monday, September 1, 2014


Hari ini, Tuhan menjawab segala-galanya. Terima kasih Tuhan dengan segala petunjukMu. Terima kasih Tuhan atas cintaMu ini.


Oh Allah, I realize that everytime I though
 I was being 'rejected' from something good,
I was actually being 're-directed' to something much better.
Thank you Allah!

-redha-