Thursday, April 21, 2011

saya dan encik iman=)


Iman : Assalamualaikum, bos.
Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?
Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis... entah ar...
Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma'thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya 'pekerja tambahan'? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..
Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami...
Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.
Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.
Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..
Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; DVD, majalah yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..
Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.
Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih Encik Iman.
sumber: ILUVISLAM

Tuesday, April 19, 2011

kembali kepada fitrah~


kita byk rehat, sedangkan tempat rehat kita adalah SYURGA

kita asyik mengeluh, sedangkan sifat mengeluh itu sifat hamba yang berdosa

kita marahkan mad'u, padahal kita lebih teruk dr mad'u

kita mencela dosa, walhal kita sentiasa berbuat dosa

kita mengaku tidak cukup masa, tp masa yg ada dibiarkan begitu sahaja

bertaubatlah atas kelalaian kita

BAWALAH HATIMU PULANG KE DAERAH-NYA...

-dr sahabiah yg dirindui-



mujhadatunnafs!!
semoga ALLAH redha.

Sunday, April 17, 2011

indahnya hidup bersyari'at~


Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar MELABUHKAN JILBAB (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu MEREKA TIDAK DIGANGGU. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu).”(Al-Ahzab-59)


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-Nur:31)



mcm ni kan molek:P
p/s:aik..rajen berblog..hehe..mengisi mase2 yg ngantuk time study..ok, gud nyte la..
renung2kan gambar di atas n semoga bermanfaat. semoga ALLAH redha.^_~

Saturday, April 16, 2011

Ibrah~

assalamu3laikum..w.b.t...^_^"


harini, sabtu..dr pagi sampai tengahari ni..hujan..alhamdulillah...byk rahmat ALLAH turun hari ni..
bile hujan , sgt2 sejuk la..mata pon berat2 je nak buka..haish..uji keimanan btoi..
study week da start da!!!
ada masa lg seminggu je exam nak mula..masing2 sebok study, suasana di kolej pon sgt2 senyap n lagi2 bile ramai yg balek..sgt sunyi n sgt selesa untuk study tanpa gangguan..lagi2 bile duduk dl bilik sorg2 ni...bale jadi study dgn khusyuk n bole jadi jugak tidoo dgn dgt2 khusyuk..hehe...ini pon dah tgh hari, still hujan, membuatkan mls nak turun tuk mkn..hmm...mate plak, asik nak tutp je...layan la kejap kat blog ni...kejap je..hehe


saya x de pengisian sangat tuk kali ni..cume cite2 yg mungkin bg saya beri saya ibrah kepada saya.
minggu ni, minggu terakhir klass tok sem 2..rasa sgt sekejap, n mmg masa sem 2 pon sgt pendek..hari isnin lepas, hari teakhir kelas APK, alhamdulillah, lps presentation yg sgt2 memuaskan, kami pon dpt keluar awal. saya dan kawan pon, pergi la ke pasar...saje2..bg saya, saya rase ni 1st time saya pg time degree..haha...pelik gak, dulu kat pasum ade la jugak 2 3 kali p..tp, ni mmg da lame la x p pasar tu..kebetulan sume classmate pergi, aish, rugi la kalo x ikot kan..maka saya pon turut serta la ke pasar beramai2..hehe..


nak beli ape ni? nak beli ape ni?..maklumla..da lama x p pasar mlm..kekeke..sgt ramai org kat pasar, mmg kalau jalan tu kene hati2, satu takut kene curi pape ke, n lagi satu nak jln tu, mmg campur laki pompuan, time tu lagi kene hati2 la..bole phmla kan sbb ape...ermm..ape senanye nak cite ni?


rasa terinigin nak mkn laksa..saya pon singgah la satu kedai ni..yg jual mcm2 la, selain nasi, ade laksa, bihun sup, mee kari n so on...bile nampak laksa, saya pon order la satu..saya melihat org yg menjual di kdi tu..ALLAH..satu family nye berniaga, smpikan anak yg kecil, mungkin dlm 3 tahun pon ade kat situ, anak yg mungkin darjah 2 dan 3 tgh sebok tlg ibunya n turut tolong bantu goreng potato...yg ayahnya sebok di belakang kdi, sediakan bhn mentah, ibunya dan 2 org anaknye, sebok melayan org yg nak beli, dan si anak kecil, yg agak lemah sy tengok, hanya memandang sahaja...sekuntum senyuman saya berikan pada salah sorg anak td, di balas kembali dgn senyum yg ikhlas, dan disebalik senyuman itu, hatinye merayu penat dan letih..bole lihat dr air muka, ibu dan ayahnya, anak2 nya, semua kelihatan letih..sesekali keringat peluh di dahi dikesat hilang...tetapi demi mencari rezeki, letih itu dihijabkan...1 kelurga usaha2 sama di tgh2 kota raya ni tuk cari rezeki yg halal..adakah anak-anaknya itu bersekolah atau tidak...ermm..mungkin ye dan mungki tidak...


tiba2 saya terkenangkan abah saya di rumah...lps besara, abah mmg sepenuh masa uruskan bendang n kebunnya..ermm..saya pernah ikot abah pg bendang, masa tu musim ujan, n abah kata byk la ikan2 yg kat bendang tu, n abah pon dah pasang perangkap awal2..abah pon ajak la saya  tok amek ikan tu, kdg2 byk jugak ikan2, tp cume ikan2 sepat, ikan2 kampung je la..ni la yg abah dulu selalu makn, nasi n ikan gorng sepat besar jari je dulu..nak sedap sikit tambah la garam..hmm..


sangat luas la bendang abah..bile saya terfikir balik, ni la bendang yg abah selalu uruskan tuk dptkan rezeki nak besarkan aku..bygkan bendang yg sgt luas tu, abah yg buat sorg2...pg2 da keluar n balek tengahri berpeluh2...dua botl air besar mineral selalunya habis...belum lg dgn kebunnya..pernah dulu, satu hari, hasil kebun abah kene curi..1 lori..boleh byg la abah sgt kecewa dgn usaha dye..tp, lepas tu alhamdulillah ALLAH bg rezeki kat abah lebih dr yg kene ciru tu,..syukur sgt2....


bagaiman apula saya??..hanya tahu, abah nak duit sikit nak buat belanja..nah, ambekla ni, blanje elok2...

ibrahnya dr kat pasar td, saya sgt2 tersa bile satu family kene cr rezeki bersama dgn anak2 yg masih sgt2 kecil..ALLAH...anak2nya mungkin sekolah atau tdak..pg2 lagi mesti sebok nak sediakan bhn tuk jualan..x tau la kenapa saya rase tersentuh sgt tgk satu family tu berniaga kat situ...saya bersyukur sgt, kerana ALLAH beri saya rezeki yg cukup tuk abah tuk sekolahkan sya, smpi la kat UM ni..alhadulillah....


lagi satu time Hari Keusahawanan dulu, kami kene membuat satu jualan untuk kerja kursus unversiti..kami akan diberi pilihan sama ada untuk jual food or non-food...semuanaya berharap,nak food, tp, kami perlu menjual non food..hmm..semuanya mcm dah putus harapan, takut2 kalau jual non-food, x laku nnti..kami cuba usaha yg terbaik, dptkan produk2 berbentuk aksesori untuk dijual..sambil2 tu, kami ade jugak buat jualan buah-buahan sebelum hari berlangsung sbgi modal...dan tibalah masa hari jualan tu..awal pg siapkan sume setting2 tempat decorate skit2 kedai tu...dr pagi sampai ke tengaharai, semuanya mengadu letih, penat berdiri n layan tetamu..alhamdulillah, hasil jualan kami mendapat sambutan, x sangka jugak...alhamdulillah...


hmm...penat??..saya terfikir kalau jual food lg penat kot..tgk gerai2 yg lain, org2 yg jual food mesti lg penat kan...semua kene buat time tu..tp, kami dah sedia ade brg n tnggal jual je..masih penat lagi???ape sgt yg kami rase tu, dibandingkan dgn satu family td yg berniaga mungkin dr pg sampai petang, n tiap2 hari!!!terdetik dlm hati..mcm ni la org yg cari rezeki dgn niaga, kalu hari2 mesti lagi penat, kami cuma perlu jual dua hari je...dah mengadu mcm2...

"nikmat Tuhan manakah yg kamu dustakan?"..ahh..tersentap bile teringat ayat tu..ALLAH..jdkan aku hamba yg selalu bersyukur nikmatMu...


ok la, da masuk zuhur, n need to study back..all da best!!


doakan saya ye!^_^"