Friday, February 15, 2013

Rahsia~

selesai solat, masing-masing meratap surat cinta dariNya. hanya itu sahaja surat yg mampu memberi cinta hingga ke akhir hayat.

jeling-menjeling. mengintai-intai di ruang tengah solat, "ada halaqah ke x hari ni?"hanya monolog dlm diri.
selepas seketika, sudah ada beberapa teman-teman yg mahu membentuk bulatan gembira. alhamdulillah, moga kami terus terpilih dlm bulatan gembitra ini sambil meronta-ronta cinta padaMu

masing-masing tersenyum, terkulat-kulat antara satu sama lain. siapa punya turn hari ni?

taman syurga itu dimulakan dengan bismillah..

sekilas muqadimah, kami di suruh duduk berbulatan dan mencari partner berdua. masing-masing sudah mendapat partner masing-masing. diberi satu task untk diselesaikan bersama partner masing-masing.

"ok, masing-masing dah dapat partner masing-masingkan. ok, sekarang ni ada satu task. semua kene ucapkan pada partner masing-masing dgn pelukan kasih sayang. ucapkan..

"awak2...saya ada satu rahsia nak cakap dgn awak.
saya saaaaayang awk kerana Allah!"

haa..masing-masing terkejut dan tergamam. malu rasanye mahu diucapkan.
tanpa membuang masa, masing-masing lakukan task itu dgn penuh rasa cinta dan rahmat kasih sayangNya. ada yg sampai x terkata, mengalir air mata dek kerana cinta dgn berkasih sayang sesama sahabt sendiri. ada yg hampir bersama di dlm dewan kuliah, berkawan hingga 2 ke 3 tahun, baru kali ini diberi peluang untuk dilafazkan. sungguh, baru sahaja pelukan itu berpaut, itu sudah cukup rasanya kasih sayang dari sahabat. ego direndahkan, lafaz itu diucapkan dengan penuh rasa ikhlas.

"ana uhibbukifillah!"

peluk, peluk seeratnya. moga limpahan kasih sayang Tuham turut erat merangkul kasih sayang kami semua hanyalah semata-mata keranaMu Ya Rabb.

“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

sunguh diri ini sangat merindui kalian :)



Thursday, February 7, 2013

Off~

sungguh lama terdetik di hati, mahu saja yg off tuk blogging. semangat yg semakin merudum, minat membaca semakin pudar. seriously, saya rasa sungguh x terdaya tuk buat sesuatu. 

lpas ni perlu habiskan masa pulak tuk berkinak-jinak dgn journal2. pre-thesis is coming soon, so kene la jinak2 tuk baca journal lebih. tambahan journal itu hanya menggunakan dakwat hitam dan putih saja. mungkin 'power spec' makin naik.hurmm

niat tuk off blogging. uh, byk kali sudah saya setting dr private to anybody. anybody to private. 
semalam, saya terbaca blog sahabat saya. dia baru sahaja lepas menghadiri Bengkel Penulisan Islamik bersama saudara Hilal Asyraf di Zon Utara. satu yg saya terasa dgn pesanan CEo Langit Illahi itu pesan:

"penulisan Islamik tidak semestinya sarat dgn potongan ayat AL-Quran dan hadith2 pilihan. cukup sempurna utk sebuah penulisan itu dikategorikan sbgi islamik sekiranya dapat membawa pembaca drpd kurg baik kpd lebih baik dan sama2 mengajak ke arah kebaikan"

subhanaAllah. rasa tersentap sebenarnya. tak tahulah penulisan ini mampu atau tidak membawa kepada kebaikan. 

tiba2 semangat tuk berblogging dtg pulak:)
betullah kata Syed Qutb: 

“ Satu peluru hanya akan mampu menembus satu kepala, tetapi tulisan dapat menembus jutaan kepala.”

hasil tulisan sahabat saya, alhamdulillah mampu jugak tembus kepala ni.

mohon doakan saya semoga terus utk istiqamah. Allah yubarik fikum :)

Ya Muqallib al-Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik wa Tujahidu fi Sabilik~

Wednesday, January 9, 2013

liver's vitamin~

resah. gelisah. ah, kenapa ada perasaan ni?x senang nak duduk la. org lain mesti dah byk dah study ni.

telefon di capai. mahu sedikit kekuatan dr insan yg paling penting. mak.

adek : mak, kenapa mcm ni ya??
mak : sudah2, jgn layan sgt, pergi ambil wudhuk, selawat byk2...

selepas beberapa seketika, mahu lagi kekuatan. berkongsi dgn sahabat. 

kakak : akak rasa malas sgt nak blaja. x da mood dah ;(
adek : study r..tgk2 nota pon jadilah..:) niat kerana Allah. kalau x boleh jugak, jgn paksa, tido..pukul 3 pg bagun tahajud n study..

niat kerana Allah
niat kerana Allah
niat kerana Allah

entah mengapa tiba-tiba hati ini terfikir. apa sebenarnya niat kerana Allah?apa makna pada aku niat kerana Allah?
selalu sebok dok pesan2, ckp dgn org, buatlah kerana Allah. tp apa makna dan kesan niat kerana Allah ni?
Allah..

ye, sejenak hambe berfikir, iyalah, mcm mana niat tu kerana Allah?kalau hati ini masih hitam dan kotor. x rasa Dia selalu ada. Allah..sungguh berdosanya hambaMu ini!

"kalau kita masih rasa ragu2, itu tandanya kita x yakin lg dengan Allah"-pesan sahabat.

 "x yakin boleh buat esok exam, x yakin la boleh ingat, mesti org len lgi byk study..Allah..kenapalah aku mcm ni.."

seakan2 tidak redha. menyalah kan Tuhan. masih ragu2 dgn kekuasaanNya. x bersyukur nikmat masa lapang tuk study yg lalu. itu tandanya bukan niat kerana Allah!





rabbi fighrli Ya Rabb!

 ”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah al-Baqarah: Ayat 186.


Allah!
mohon doakan hambe kuat semngat demi redhaNya~

”Sesungguhnya orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)


ku mohon, kasihanilah hambaMu ini Ya Rabb, berkatilah dan redhakanlah apa2 yg hambaMu ini lakukan. tetapkan hati hamba bersama dgn Mu. moga Engkau redha Ya Rabb~

hati lemah. YaQawwiy~


Thursday, December 27, 2012

eh, sedar ke tidak sedar ni???~


Exam is around the corner. in shaa Allah, exam ana start 7 january.mohon doa dr sahabat semua:)

tersentuh, terpukul dgn diri sendiri. teringat pengisian ustaz zul yg lepas, perihal EXAM.
ye, dulu kite sedar, tp lepas exam, lupe dah..lupe Allah. kesedaran yg hanya bermusin, yg selalunye bermusim di akhir2 sem.hmm

exam paper. mungkin ade yg 6, 7 paper sekaligus..ade jugak yg 1 paper je!
exam, test mahupun final, sumenye 'ujian' yg kite sedar, yg dah diigatkan, dah siap ade jadual dah, ade masa dan tempat. makanya, persiapan yg kite buat tuk exam akan mule awal2 lagi, buat nota, cari question past year n mcm2 lagi, tnnye2, sharing notes n yg sewaktu dgnnya lah.
kalu nak cerita habit student2 ni waktu exam, byk sgt berubah. hehe

tp, ana terkesan dgn ustaz zul katakan..
"sedar atau tidak, hari2 yg kite lalui itu semuanya ujian, jgn kate tiada peringatan mahupun warning dr awal..sbb Allah dah bgtahu..

"belum tibakah waktunya bg org2 yg beriman, utk secara khusyuk mengingati Allah dan mematuhi kebenaran yg telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) sepertimana org2 yg telah menrerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa panjang dgn hati yg keras. dan byk diantara mereka menjadi org fasik"[Al-Hadid:16]

tp, adakah kite sentiasa ingat dan khusyuk mengangatiNYA??Allah..
sedar atau tidak, kite hudup dlm 'exam' yg sgt  sgt sgt besar, iaitu 'exam akhirat'

dlm menghadapi exam duniawi ni, hidup kite menjadi disiplin. segala planning tuk study semuanya dah tersusun. planner penuh dgn revision subjek

tp, bagaiman kite punye planning tu 'exam akhirat' nanti?cukup disiplin kah kite bersama dgn Tuhan kite?
lalai, lupe kan dgn nikmat dunia..kite manusia yg tidak sedar hanya seorang hamba, malah bermegah2 dgn kelebihan masing2 hingga lupe, semuanya milik Dia...


"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."[Al-'Ankabut:64]

exam duniawi itu umpama exam formality, iaitu dr segi akademik, jawatan, harta, pekerjaan..yg belum tentu membawa kite ke syurga..

exam akhirat, yg selalu kite tidak sedar pemeriksa selalu ada di samping bahu kanan dan kiri kita..malaikat yg masing2 mencatat perihal aktiviti kita sebagai hamba utk dijadikan sebagai bukti di akhirat kelak. sedar atau tidak??

sebelum berakhir pengisian dr ustaz, sedikit adab berdoa kpd Tuhan:

1. ingatlah, bahawa sebelum kita meminta kpd Allah, Allah sudah berikan kepada kite terlebih dahulu bg kite. sedarlah kite ini hamba yg sgt fakir..bila dpt byk kite x bersyukur, dpt sikit lagi lah byk kite x bersyukur. jgn lihat ape yg kite x de, tp lihat la apa yg kite ada dr Allah

2. yakin. yakin pada Allah, Allah boleh tunaikan permintaan kite. tinggikan kebergantungan kite pada Allah seiring dgn usaha. lerna hanya Allah yg berkuasa atas segala-galanya.

          Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"[Al-Ghaafir:60]

3. minta lebih utk kepentingan akhirat dr kepentingan duniawi. kerna yg kekal hanya la di akhirat

4. minta dgn sungguh2 dlm kerendahan hati kita hanya sebagai hamba kpd Allah

5. jaga hak Allah, Allah akan menjaga kamu.

refresh, update niat kite selalu utk tuntut ilmu hanya kerana Allah

- adakah ilmu yg kita belajar adalah utk keredhaan Allah, atau keredhaan manusia atau hanya tuntutan lumrah duniawi sahaja?

-adakan ilmu yg kita tuntut ini membuatkan kita dekat kepada Allah atau dkt dgn duniawi?

-ingatlah, kejayaan yg lebih besar adalah di sisi Allah

semoga Allah redha. wassalam.


Saturday, September 15, 2012

rinduu~


saye sgt rindu sahabat saye. kami berjauhan. tp rasa 'hubb' sahabat itu sungguh kuat.moga Allah redha dgn ukhwah kita sampai ke syurga..:(





moga Allah jaga kamu sahabat!

Sunday, July 22, 2012

abah!

tenang.hanya hati yg betul2 rasa keimanan, bertuhankan Dia sahaja yg tahu bagaimana rasanya tenang tu.


pagi 1 ramadhan.Allah.x tahu macam mana mahu gambarkan.lebih tenang dr rasa yg sebelum ini rasa tenang.eh, camne tuh?>.<


"Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu"[Al-Fajr:27-30]

*****

seawal 4 pagi, bangun untuk tolong mak siapkan sahur. meriah rasanye rumah ni, walaupon dlm pukul 4 pagi. kepulangan kakak n family, membuatkan x terasa ngantuk menyengkang mata sediakan sahur. pesan abah semalam selepas pulang teraweh, "nnati waktu buka dgn sahur, jgn banyak masak2, ape yg ade, bersederhana dan jgn membazir. cukup ambik berkat". mak selaku "masterchef" masak dgn skill nye yg sgt menepati cita rasa kami sekelurga. wah, ayat!ni semuanya gara2 tgk masterchef, pandai la cket pusing2 ayat chef JO.hoho.

telur kicap.hehe.pernah makan telur kicap?or mungkin ade yg panggil telur hancur?ye ke?x kisah la ape2 pon.tp, hidangan ni wajib ada bila ade anak buah. nak bukak selera dia time sahur. ermm, yg kami pon tumpang la sekaki.hehe.

selalunya budak kecik memang suke telur kot. tp, mak saya kate, dulu mase saye kecik saye x suke makan telur.huhu. tp, dah besar saye sgt suke!!kekeke.

*****

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi"


bila tiba ramadhan, ade satu perkara yg dah lama saya perhatikan. 1st day berbuka puasa. abah.
selepas sahaja baca doa buka puasa, dia menghirup tangan ke muka dan lepas tu......air mata pasti keluar.
siapa yg x sebak bile tgk ayah sendiri menangis. mak hanya menyapa kaki abah, untuk redakannya.
ya, saye tertanya2, kenapa abah selalu akan menangis bila tiba 1 ramdhan. sebak.

kenapa abah nangis?
sebab Allah panjangkan umur abah dan Allah bagi abah peluang lagi tuk jumpe ramadhan. tp, ini pon x pasti sampai akhir ramadhan.


sejauh mana penghayatan kita dlm bulan yg sgt mulia ini.
pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas2nya, tapi, sejauh mana kite habiskan masa puasa kita setiap detik?


rugi bg mereka yg x ambik peluang yg sangat besar dalam ramadhan. terfikir. bagaimana ramadhan aku yg sebelum ini?hanya sekadar puasa kah?Allah...aku ini sgt lemah ya Allah!


mujahadah.ye, mujahdah!
kadang2 kita rasa penat untuk bermujahadah. rasa lemah, nafsu dan godaan yg macam sgt menguji iman di hati.
pernah saya bertanya pada kakak senior saye,"kak, kadang2 rasa letih la..penat and sampai rasa malas dah nak buat bende baek2 kak..mcm mane nak lawan kak..."
lantas kakak itu menjawab.."dek..memang mujahadah itu sgt penat, smapai kadang2 kite fed up kan..tapi, ketahuilah, kadang2 Allah bg penat tu adalah kerehatan. lebih baek rase penat sebab byk buat bende baek, drpd x penat tp buat bende lagha."


syaitan itu tidak pernah penat menggoda kita.
godaan syaitan itu kita boleh patahkan dgn beristighfar, zikir2..tp, untuk patahkan nafsu bukan dgn cara itu, tp hanya 1, dgn mengingati mati.

mengeluh.penatnya hari ni...
abah lantas menyapa,"kalau buat semua lillahita'ala insyaAllah x terasa penat tu. gulp!

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” – al Ma’arij : 19-21

itu yg saye byk terkesan dr abah. terima kaseh abah!

*****

hari ni, saya habis baca novel "Syabab Musafir Kasih". novel yg dah lama saya berhajat untuk khatamkan, tapi sebelum ni, novel nota2 ilmiah lebih aula untuk dikhatamkan dahulu. alhamdulillah, byk sungguh terkesan dr novel kak Ha ni. insyaAllah, byk pengajaran yg boleh dikongsi bersama.

ok, masa untuk tido. rehat dalam mati yg smentara.moga semuanya Allah redha.
selamat berpuasa. selamat bermujahadah!




Friday, July 20, 2012

ahlan ya ramadhan!


ustazah : lagi berapa hari nak puasa?
murid-murid : 2hari lagi ustazah!(semuanya bersemangat!)
ustazah : ok, sape yg datang sekolah,puasa, ustazah buat satu bintang untuk dia, nnti akhir sekali siape yg dapat bintang paling banyak ustazah bg hadiah..
murid-murid : yeay2..nak puasa la..nnti dapat bintang byk!(semuanya excited).


*cerita di atas adalah perbualan kakak saya semalam dgn anak-anak muridnya. hihi.
semuanya semangat nak berpuasa. anak-anak murid kakak saya baru darjah satu, tujuh tahun, yg masing2 x kenal lagi erti puasa. sengaja kakak saya nak buat bintang tuk mereka, sekurang-kurangnya dapat melatih mereka untuk berpuasa, walaupon hanya dalam kelas kakak saya je...hehe.


*****
alhamdulillah...ramadhan kembali lagi.
semoga ramadhan kali ini, menjadi kekasih paling suweet di hati.hihi
maaf salah dan silap dari hati.moga-moga kita dapat rahmat dan maghfirah dari DIA..
salam ramadhan:)

“Artinya : Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya. “Kenapa engkau berkata ‘Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?”


Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’,


Kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.


Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justru tidak memasukkan dia ke surga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin”.



[Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]

*eh, jgn lupe ye tetapkan satu matlamat untuk ramdhan kali..moga2 menjadi saham kita di akhirat kelak..amin:)

ade jodoh, kite jumpe disyurga nanti ya!:D