Friday, July 22, 2011

Nikmat di kediamanMu~

dari Jabir R.A katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sesungguhnya penduduk syurga itu  makan dan minum di dalamnya,

tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar,

dan tidak membuang hingus."

para sahabat bertanya,

"bagaimana dgn makanan yg mereka makan?"

jawab baginda,

"keluat dr sendawa yg baunya harum seperti bau kasturi.

mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas baginda."


~terbayang2 nikmat syurga yg indah, tp hakikatnya lebih indah dr apa yg dibayangkan...semoga Tuhan jauhkan kita dr azab api neraka dan ditempatkan di Jannatul FirdausiNya kelak..amin.

Wednesday, July 20, 2011

Cukup kenalkah??~

salam a'laik~


hampir 3 bulan bercuti di rumah..cukup bermanfaat kah?iman di hati bagaimana?
tepuk dada tanya iman..semoga bermanfaat dan x lalai mengejar redha di sisiNya.


saya teringat satu perbualan, saya dgn anak buah saya. rasanya dah 2 tahun lebih..tp, saya masih ingat sbb saya rasa 'terkena'dgn apa yg budak seusia 4 tahun tu tanye..rase mcm ermmm T____T


kebiasaanya setiap hari sabtu, banyak rumah org kenduri..dan mak saya pun mmg biasanya gantung kuali je kalau hari sabtu ni..sbb dah mkn kat kenduri 2 3 tempat...tp, yg ruginya saya la..sbb x ikut pergi kenduri sekali..akhirnya mkn lah apa yg ada...


kebetulan masa tu, anak buah saya yg tinggal kat kampung ni ikut parents saya pergi kenduri...
tggu pumya tunggu..kot kot la ade berkat ke..jajan ke..hehe..sampailah zohor, pun x balek2 lg..mee maggi  la menjadi mangsa perutku..(jgn amalkan, x elok tuk kesihatan:P)


waktu nak solat, parents saya pun balek n anak buah saya pun terus hulurkan 2 bungkus nasi ayam..wah!!ada rezeki..kekeke..
apa nak citer ni???


dalam berpakaian bertelekung, saya pun menolak ajakn anak buah saya tuk terus makan nasi ayam dgn dia, sebab saya nak solat dulu..


tp..anak buah saya merajk dan paksa saya terus makan dgn dia. 


[Adek: anak buah saya]


adek:Acik!!!jom la mkn nasi ayam dulu dgn adek..seddaaap..adek da lapa ni..
saya:nntilah dulu..acik nak solat dulu..pastu kite mkn sama2 la eh..
adek:ala...mkn la dulu...
saya:adek..tggu la acik solat dulu..
adek:nnt2 kan bole...solat la lambat sikit..
saya: adek..kalau solat lambat, nnti Allah marah..adek tau kan Allah?(saya tau dia mmg tau, saje nak bertanya lg..hehe)
adek:marah????...ye ke...


tiba-tiba je dia diam..saya pun agak pelik..
x lama kemudian, dia tanya balek kat saya


adek:acik..mane ade..Allah x marah pun,,x de pape pun..sapa nak marah acik..adek x dgr pun Dia marah2...
saya:errrr....[apa aku nak jwb ni]


panjang lg sebenarnya..tp, saya cume nak nak highlightkan yg anak buah saya ckp tu...


alhamdulillah..anak buah saya sudah disekolahkan seawal usia 4 tahun..dgn didikan di PASTI, saya rasa perkara2 asas dalam Islam sudah disentuh.
tetapi anak2 kecil itu hanya 'belajar' semata-mata..mungkin mereka mengetahui apa yg dibelajar adlah kerana suruh dihafal oleh guru-gurunya..tp, mereka tidak faham apa sebenarnya yg mereka belajar...


bg saya, apa yg saya dpt dr perbualan itu, budak kecik hanya 'tahu' ALLAH itu Tuhannya..tetapi, budak kecik itu tidak 'kenal' sebenarnya siapa Tuhannya...


ermmm...tp adakah kita yg sudah 'besar' ini kenal 'betul2' siapa Tuhan kita sebenarnya????


a..ha...tanya kembali iman di hati.
cukup kenalkah aku akan MU YA ALLAH???
hampir 20 tahun aku hidup di duniaMU, tp..aku masih alpa dan lupe akan MU


mode:muhasabah

Tuesday, July 19, 2011

Inspirasi~

Siapakah Penulis Yang Baik?


Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.


Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?


Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.



Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.


Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.


Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?


Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.


Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.


Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.


Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.


Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.


Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.


Tips 4: Disiplin


Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.


Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.


Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.



Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.
Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.


Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.


Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup


Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.


Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.


Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.






~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com

Monday, July 4, 2011

Qalbi~

Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan hati itu yg hakiki

kalau hati itu BERSIH....

"Ya Allah..jgn bg aku punya hati yg sakit"

semoga hati ini trus bermujahadah.
amin.

Monday, June 20, 2011

Pentadbiran-NYA~

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum

 lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia 

menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk 

diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

(2:28)



Saturday, June 11, 2011

Taufiq & HidayahMu~

Apa sebenarnya Taufiq dan Hidayah itu?

Hidayah itu adalah petunjuk.
Taufiq itu adalah kudrat, yakni kemampuan kita.

Kasihannya seseorg itu bila dia mendapat hidayah, tetapi tidak mendapt taufiq. Munkin dia dpt petunjuk dr rahmat ALLAH untuk bertaubat, untuk membuat kebajikan, membuat kebaikan…tetapi dia tidak mampu untuk melakukannya, kerana tidak ada kemampuan untuk melaksanakannya. Mungkin kerana sakit atau ada halangan2 yg tertentu.

Ruginya seseorang itu bila dia mendapat kudrat dr ALLAH tetapi tidak ada hidayah. Fizikalnya sihat, tetapi hatinya derita kerana tidak mendapat hidayah dr Nya. Hanya mampu melihat org yg membuat kebaikan, di mana dalam masa yg sama mampu untuk melakukan, tetapi hatinya dihijab ALLAH untuk sama2 melakukan kebaikan.

Tiada org yg lebih beruntung bila diberi kan hidayah dan taufiqnya. SubhanALLAH. Ringan untuk membuat kebaikan tanpa meminta balasan.

Pohonlah taufiq dan hidayahNYA dalam doamu.


Friday, June 3, 2011

Tidak cepat sesaat, tidak lambat sesaat~

Lokasi:rumah mbah saya;)
Mbah:nenek

Baru nak lelapkan mata, tp hidung saya tiba-tiba gatal. Mula lah penyakit saya..hehe..resedung. hmm..mmg sush la dah nak tdo, asyik bersin dan hidung pun mula tersumbat. Bgn, duduk, bgn, duduk…hmm, x lega langsung. Keluar dr bilik kejotkan mak.(mcm budak kecik kan:P). mak pun bg lah minyak angin tuk sapu kat hidung yg tersumbat tu. Tp, x lega2 pun..sushnye nak bernafas, terasa sush nye bila nikmat itu x terasa sementara. Dgn penuh rasa kasih sayang, mak saya pun pergilah cari ubat dkt peti ais nenek sye..hehe…time kasih ibuJ. Alhamdulillah, rasa makin lega.ermm..ape nak cite sebenarnye ni???

Bukan pasal saya, tp mbah saya. Waktu cuti ni kerap dtg umah mbah, sbb mbah x berapa sehat. So, saya pun selalu kat umh mbah. Waktu saya tido yg x lena tu, sbb hidung saya yg x berapa ok tu, tido saya sekjap2 je..selalu terjaga. Waktu saya terjaga, kesian tgk mbah, yg sama jugak asyik tejga. Mugkin tidonye pun x lena, dan asyik pegi ke tandas. Kakinya sakit smpikan terpaksa guna kerusi roda. Kdg2 saya cuba nak tolong mbah yg agak sush bg dye nak gerak, tp mbah  x bagi saya nak tolong.  Bila tgk org sakit, ade ibrahnya. Bg saya, bila ibrahnya membuat kita rasa syukur kpd Allah. Nikmat sihat itu sgt2 nikmat x terhingga sebenarnya. Bayangkanlah kalu kita x sehat, bdn pun rasa lemah, pergerakan kita pun terbatas. Saya kasihan tgk mbah, sushnye dye nak berjalan, nak gerak sana-sini, apatah lg kalau dye nak solat, mmg kene duduk atas kerusi. Itulah Islam yg mudah kanJade rukhsah yg dibolehkan. Bila mbah saya tido, saya tgk ombak turun naik bdnnya menghela nafas..Allah, saya pasti mesti mbah rasa susah sebenarnya nak menafas, tidonya pun x lena, sekejap2 terjaga. Tp, dgn sakit itu lah byk ibrahnya. Sakit itu kifarah dosa. Membuatkan kita selalu bermuhasabah…terima sakit itu sbgi ujian, “kerana tidak beriman seseorg itu melainkan dia diuji..”

Saya teringat waktu time exam lepas..masa tu exam paper Biostatistics. Saya igt lg masa tu hari Khamis. Kebanyakan dr coursemate x suke subjek ni, sbb Mathematics!!!!hmm..kami agak anti dgn math ni…hehe..maaf ye kalau ade org yg suke math, semua org ade cite rasa msg2 kan. Saya x tahu apa yg Allah bg perasaan kat saya masa nak exam tu. Saya rasa takut. Sampaikan saya rasa susah nak nafas. Mmg saya rasa dada saya sempit. Tempat exam masa tu mmg sgt sejuk. Saya bukan rasa takut nak jwb exam, betul, saya x rasa langsung takut sbb nak jwb paper tu…tp saya rasa takut sebab saya rasa saya mcm nak MATI. Saya rasa bdn saya sejuk sgt dan mmg agak menggeletar tgn saya masa tu, sebab saya rasa mcm Allah nak tarik nyawa saya masa tu. Dan mmg masa tu saya tenung je paper exam tu, sbb perasaan saya yg sgt takut tu..sehelai demi sehelai kertas soklan tu saya selak, tp tgn saya x mampu nak wat pape. Sbb saya rasa sgt TAKUT!!!ALLAH!!masa tu mmg saya istighfar x putus2. Hampir setengah jam mungkin..lecturer pun tgk saya mcm pelik, n muka saya Nampak pucat. Saya x tahu kenapa perasaan mcm tu tiba2 dtg. Masa tu saya rasa nak nagis sbb saya takut. ALLAH bg saya perasaan mcm tu kat saya…teringat akan MATI..ALLAH!!!
Habis exam, saya betul2 tawakal apa yg saya buat. Fikiran saya mmg x menentu masa jwb tambah dgn perasaan yg ALLAH bg pinjam tu…air mata saya jatuh juga..kawan saya expect saya x boleh jwb, tp bukan sbb tu sama sekali, saya x terfikir pun apa yg saya jawab, tp saya fikir kenapa ALAH bg saya rasa perasaan mcm tu..saya rasa sgt takut..saya x pernah rasa takut mcm tu..sepanjag jln pulg ke kolej, istighfar berlagu di dalam hati..ALLAH..Kau nak tarik nyawa aku kah?meski aku tahu, aku bukan Nabi Muhammad yg Baginda sendiri suruh Izrail yg mencabut nyawanya..ALLAH…begitukah perasaan bila dicabut nyawa nanti???saya tahu, perasaan yg saya rasa itu mungkin hanya sedikit saja, bukan sebenar2nya sakratul maut itu dtg nnti…bila kita akan mati????”sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa2 pun. AKU(ALLAH)  lebih mengetahui segala-galanya”ALLAH….

“hati yg berkarat itu boleh dihilangkan dgn mengingati MATI”

“Mati itu tidak lambat sesaat, tidak cepat sesaat, dan mati lah yg selalu menepati waktunya. Mati itu ontime.”

Jdkan hati aku ini rindu dan takut akan MATI. Semoga perasaan yg Kau bg aku itu, menjadi pengajaran sepanjang hidupku.



“Ya ALLAH, berilah peluang kpd kami bertaubat sebelum mati, belas kasihanilah kami semasa menghadapi kematian, jgnlah Engkau siksakan kami selepas mengahdapi kematian. Ya Allah yg memiliki urusan kematian, yg mendengar segala seruan!peliharalah kami dr segala bala bencana dan kesengsaraan dgn belas kasihan dan rahmat Engkau, wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Amin.”