Saturday, June 11, 2011

Taufiq & HidayahMu~

Apa sebenarnya Taufiq dan Hidayah itu?

Hidayah itu adalah petunjuk.
Taufiq itu adalah kudrat, yakni kemampuan kita.

Kasihannya seseorg itu bila dia mendapat hidayah, tetapi tidak mendapt taufiq. Munkin dia dpt petunjuk dr rahmat ALLAH untuk bertaubat, untuk membuat kebajikan, membuat kebaikan…tetapi dia tidak mampu untuk melakukannya, kerana tidak ada kemampuan untuk melaksanakannya. Mungkin kerana sakit atau ada halangan2 yg tertentu.

Ruginya seseorang itu bila dia mendapat kudrat dr ALLAH tetapi tidak ada hidayah. Fizikalnya sihat, tetapi hatinya derita kerana tidak mendapat hidayah dr Nya. Hanya mampu melihat org yg membuat kebaikan, di mana dalam masa yg sama mampu untuk melakukan, tetapi hatinya dihijab ALLAH untuk sama2 melakukan kebaikan.

Tiada org yg lebih beruntung bila diberi kan hidayah dan taufiqnya. SubhanALLAH. Ringan untuk membuat kebaikan tanpa meminta balasan.

Pohonlah taufiq dan hidayahNYA dalam doamu.


1 comment:

nurfadhlinashaari said...

ya Allah, bimbinglah kami. tiada tempat lain utk kami bergantung selain dr Mu