Sunday, December 26, 2010

ketika akhawat jatuh cinta~

sekadar peringatan untuk yg bernama akhawat...







Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sbuah asa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…

Ketika Akhwat Jatuh Cinta…

Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…

Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…

Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangka kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…

Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…

Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti… Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…

Karena bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…

Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti… Bersabarlah… Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... Semuanya akan baik-baik saja…

Semua Akan Indah Pada Waktunya…

By: Ummu Sa'ad 'Aztriana'

Sumber: http://wienbeelvy.blogspot.com/2010/07/ketika-akhwat-jatuh-cinta.html

Saturday, December 25, 2010

Kita Ibarat Kapal~





kita semua punya jalan hidup nan berbeza ibarat sebuah kapal yang mula meninggalkan pelabuhannya.

entah apa yang bakal ditemui di tengah perjalanan nanti tidak mampu diduga.

entah ribut taufan, lautan yang tenang atau jerung yang kelaparan yang ganas mencari mangsanya sedang menanti.

segalanya mungkin terjadi.

apabila kapal ini sudah di tengah laut, mana mungkin ia akan berpatah balik.

begitu juga dengan diri kita, mana mungkin kita berpatah balik ke usia remaja atau muda untuk memperbaiki menjadi lebih baik

tidak hairan jika ramai yang berkata...'kalau la..'

ingatlah masa yang berlalu tidak akan dikembalikan sebaliknya kita yang harus menempuh waktu yang bakal berlalu

jika hari ini kita menempuh kedukaan dan kekecwaan, tidak bermakna kedukaan itu akan jadi milik kita selama-lamanya

rancang kehidupan ini agar kebahagiaan bakal singgah di hati biarpun kita tidak tahu bahagia yang dicari, duka yang ditemui.

berusaha, berdoa dan bertawakal adalah kapsul terbaik agar diri tidak terumbang-ambing bagai kapal di tengah lautan yang tidak bertepi.





firdaus is our destiny...


Tuesday, December 21, 2010

santai-santai jer...~

salam a'laik..
keif imanuka/ki al yaum?...hehe..dah lame gak tak buka blog ni..semenjak cuti dok kat umah, sush nak ngadap laptop, intenet pon lembap je memanjang, taip2, ilang...mood nak berblog pon ilang lah..
emm..kali ni cume nak bersantai-santai jer...
mase cuti kat rumah ni, byk mase luangkan sama family
saya antara adek bradek yg jarang-jarang kat rumah
so, bile dah cuti panjang ni, byk mase bersama family la...
mmg x pandang pon laptop..hehe

ermm..masa cuti ni, mak banyak ceritanya...mcm2...tambah ngan nasihat yg panjang lebaq...
saya amek kesempatan cuti ni blaja mask ngan mak..hehe
mcm2 gak..tp takut lupe plak...
masakan org jawa bayk pakai gula dan pedas2....tp mmg sedap..paling penting mesti ade belacan!!
gula tu untuk nak seimbangkan rasa pedas, bukan untuk maniskan masakan tu..hehe(ye ke?)
setakat ni...asam pedas, tom yam, cucur jagung, kuih telor katak, buah melaka., laksa..n mcm2 gak..
byk jugak la...

kali ni saya x de pengisian sgt..
tp nak jugak blogging.,,hehe
tp insyaAllah next post ade sesuatu
masa cuti ni saya byk kali khatam novel sinergi
sebab novel tu byk sgt pengisian rohani
mmg betol2 menyentuh jiwa seorang muslim
insyaAllah, next post ade cket saya nak cerita dr buku tu...

dah nak abes cuti da..sekejap je rasanya..
time cuti ni, graf iman teratak qalbi agak kecewa
kejap naik kejap turun
byk dugaan kat umah ni...
Astaghfirullah...

ape lah yg saya dpt cuti ni
blajar masak, sembang-sembang ngan kakak, ank buah, gelak-gelak, ketawa-ketawa....
semoga apa yang kami konsikan bersama diberkati
semoga apa yang kami gelak-gelakkan disenangi
semoga apa yang dibual-bualkan dirahmati
semoga semuanya bermanfaat...
ok...itu jer..c u nest time
ilal liqa'..;-)

Saturday, December 4, 2010

habibi qalbi~

Srikandi Islam...Rabiatul Adawiyah....


Rabia' binti Isma al-Adawiyah tergolong dlm salah satu wanita sufi yg terkenal dlm sejarah islam
dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq
dilahirkan dlm sebuah keluarga yg miskin dan serba kekurangan
namun kaya dr segi peribadatan kpd Allah
ayahnya hanya bekerja sbgi pengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dgn sampan

pd satu mlm, ayahnya bermimpi bertemu dgn Nabi Muhammad, dan Nabi pun berkata
"Anak perempuanmu yg baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah 
dan akn memimpin byk org islam ke arah jln yg benar.....

Doa Rabiatul Adawiyah...mari kita sama-sama hayati....

Apa saja yg Kau kurniakan kpd ku berkenaan dunia
berikanlah kpd mereka yg memburunya

dan apa saja kebaikan yg akan Kau kurniakan kpdku
berkenaan akhirat
berikanlah kpd hamba-Mu yg beriman
kerana aku hanya mahukan kasih-Mu Tuhan

wahai Allah
jika aku beribadah 
kerana syurga-Mu
jgnlah Engkau masukkan aku ke syurgaMu

andai aku beribadah 
kerana takutkan neraka-Mu
maka lemparkan aku ke nerakaMu

tetapi wahai Tuhanku..
jika aku beribadah
kerana inginkan keredhaan-Mu
maka jgnlah Kau mensia-siakan daku

Ya Allah, Ya Tuhanku, aku berlindung diri kpd Engkau dr segala yg ada yg boleh
memesongkan diri kpda-Mu
drpada segala pendinding yg boleh mendinding antara aku dgn Engkau

Tuhanku! tiadaku dgr suara binatang yg mengaum, 
tiada desiran pohon yg bergeser
tiada desiran air yg mengalir, tiada siulan burung yg menyanyi,
 tiada nikmatnya teduhan yg melindungi,
tiada tiupan angin yg nyaman, 
tiada dentuman guruh yg menakutkan melainkan aku dapati semua itu
menajdi bukti Keesaan-Mu dan menunjukkan tiada suatu yg menyamai-Mu

sekelian manusia telah tidur dan semua org telah lalai dgn asyik masyuknya
yang tinggak hanya Rabi'ah yg byk kesalah di hadapan-Mu
maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya 
drpada tidur supaya dia dpt beribadah kepada Engkau....

wahai Tuhanku!
mlm yg akan pergi dan siang pula akan mengganti
wahai malangnya diri!
apakah Engkau akn menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya
maka aku diberikan takziah?
Demi Kemuliann-Mu
jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku diatasnya
demi Kemuliaan-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ 
disebabkan hatiku sgt cinta kepada-Mu

perkahwinan itu mmg perlu bagi sesiapa yg mempunyai pilihan
adapun aku tiada pilihan untuk diriku
aku adalah milik Allah
dan dibawah perintah-Nya.
aku tidak mempunyai apa-apa pun

kekasihku tiada meyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
tiada selain Dia di dlm hatiku mempunyai tempat manapun,
kekasihku ghaib drpd penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dlm hatiku walau sedetik pun

wahai Tuhanku!
apakah Engkau akan membakar dgn api hati yg mencintai-Mu
dan lisan yg menyebut nama-Mu
dan hamba yang takut kepada-Mu?

jika kau menyembah-Mu kerana takut kpd api neraka-Mu
maka bakarlah aku di dalamnya!
dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kpd syurga-Mu
maka haramkanlah aku daripadanya!
tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu
maka berikanlah aku balasan yg besar
berilah aku melihat wajah-Mu yg Maha Besar dan Maha Mulia itu




"Apkah kamu megira  bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah
orang yang berjihad di agamu dan belum nyata bagi orang yg sabar...."
(ali-Imran:142)


bagaimana pula sdgn diri kita?
sungguh, kali pertama saya meniliti bait-bait doa
srikandi ini
sungguh kecil nya diri ini
begitu tinggi keperibadiannya
begitu tinggi kehambaanya
apalah yang ada dgn kita umat akhir zaman ini

Ya Allah
aku ini sudah banyak membuat dosa
aku ini sudah byk buat maksiat
aku ini selalu  lalai
aku ini selalu leka
aku ini selalu lupa akan-Mu

namun, di atas kasih sayang-Mu
Kau tetap limpahiku dgn pelbagai nikmat-Mu
sungguh
malunya aku kepada-Mu Ya Allah
malunya aku kepada pesuruh-Mu
malunya aku dgn umat-Mu yang lain...

Kau ampunilah segala dosa-dosaku
aku tidak layak untuk syurga-Mu
tp aku juga tidak sanggup keneraka-Mu
Kau ampunilah dosa-dosaku
Kau berilah hamba-Mu ini merasai nikmat cintanya kepadamu...
ampunilah dosaku
ampunilah dosaku
ampunilah dosaku....


from deep in my heart,
Teratak  Qalbi,
8.16a.m.,
semoga bermanfaat untuk diriku dan  sekalian.













Saturday, November 27, 2010

Husnuzhon~

sudah seminggu exam berlalu...masih ade 3 kali perjuangan perlu diteruskan
apa yang dah lepas jangan difikirkan
hanya berserah pada Allah sahaja yang  mampu
andai difikir kembali, semuanya tidak sempurna
hmmm...
secebis rasa putus asa hampir menyelinap dlm teratak qalb
dgn pengisian di surau tadi walau sekejap mengisi kembali hatiku untuk yakin dgn Penciptaku

"takutnye kalau ape yang aku baca ni x ingat"
"kalau lupe, abislah aku"

kata-kata yang kedengaran sebelum masok exam...

"mcm mana boleh lupe ni...."
"kenapa aku byk x dpt jawab ni...hilang da berpuluh2 markah..."

kata-kata yang kedengaran selepas waktu exam

saya pon tidak terkecuali melafazkan kata2 tersebut..
hampir rasa kecewa
hampir rasa putus harapan
hampir rasa tiada langsung harapan nak lulus
sampaikan persoalan..."ade x org yg repeat tok subject ni?"
astaghfirullah.....

sedikit perkonsian di surau tentang kebergantungan kepada Allah
apa yang saya sandarkan dgn apa yang saya rasa....
kdg2 kite x yakin dgn Allah
kdg2 kita x bersangka baik dgn Allah
kdg2 rasa tiada harapan langsung dgnNya

"dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbiotnya) dan telah menundukkan bagimu mlm dan siang."(Ibrahim:33)

dan allah telah berfirman :

"Sesungguhnya aku ialah Allah, Rabb(pengatur) sekalian alam."

tapi x terfikirkah semua itu sudah ditulis oleh Allah
sebagai hamba, hanya usaha, doa dan tawakal sahaja yang dikerah

ermm....itulah apabila hati tidak bersangka baik dgn Allah
apabila hati tidak yakin dgn Allah
apabila terlalu memikirkan perkara yang negatif

seorang kawan tadi ada menyatakan tentang 'Interaction of Law'
iaitu apabila kita memikrkan sesuatu , perkara tersebut boleh dtg pada diri kita
andai perkara positif yang difikirkan, positif la jadinya
andai negatif, mmg diri sendiri la kene tanggung

apa2 pon, kita perlu yakin dan sentiasa bersangka baik dgn Allah
Allah akan bersangka baik kembali pada hamba2Nya
itulah kasih sayang Allah
andai dipinta, andai dirayu, andai tidak jemu berdoa
pasti dilimpahkan dgn segala kasih sayangNya
Allah akbar!


Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)
 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


let bygone be bygone....tawakkal!
teruskan perjuangan yang masih belom selesai
bukan hanya perjuangan di dewan periksa
tetapi  ada lagi perjuangan yang lebih utama untuk di akhirat nanti...
mujahadatunnafs!!!








*mengisi masa dgnberblog apabila kepala dah tepu...
doakan saya dlm imtihan..;)




Sunday, November 21, 2010

imtihan~





perjuangan menempuh peperiksaan akan bermula esok
sedar x sedar cepat masa berlalu
sem 1 hanya meninggalkan baki-baki hari dgn hari exam
semoga setiap yang kupelajari diberkati
semoga setiap yang kulakukan dirahmati
semoga Kau memandang segala usaha2 ku
aku hanya mampu berusaha, berdoa bertawakal kepadaMu
ape yg kuharap semoga Kau permudahkan segalanya
semoga Kau memberi petunjuk
ku serahkan segalanya pada Kau
dan kembalikanlah kepadaku ketika aku memerlukannya
dan jgnlah Kau melupainya
kuharapkan doa, redha dan semangat dr kedua ibu bapaku
usrati, sahabat dan sahibah.....
semoga najjah mengiringiku fiddunia wal akhirah..
Allahu yusahhil....
















22/11/10
Hubungan Etnik

25/11/10
Anatomy

26/11/10
Medical Microbiology

29/11/10
Physiology

30/11/10
Cell Biology

3/12/10
Labaratory Mathematics





insyaAllah biiznillah...ameen!!!

Thursday, November 11, 2010

S.A.H.A.B.A.T~

salam a'laik....alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup
semoga iman lebih baik hari ini drpd hari yg lepas
musim exam akan berlansung
sumenye dok buzy study memanjang
semoga Allah memandang usaha kita dan diberkati...insyaAllah

hari ni, tibe2 rase rindu sgt2 dgn seorang sahabat sekolah dulu, sahabat 1 dorm, 1 agama dan bangsa
mmg lame x berjumpa dek jarak yg sgt jauh...
smpaikan termimpi2 jumpa dgnnya...
bile lagi dapat jumpa shabatku ini...

nostalgia.....
ditakdirkan saya dpt 1 dorm dgn sahabt ni....alhamdulillah dpt dormate yg baek2 belaka...
dan sejak itu kehidupan saya semakin berubah menjadi lebih baek..alhamdulillah
satu dorm dgn sahabat ni sgt2 memberi kesan dlm diri saya
x sangka boleh jadi rapat n bg saya dye sahabat karib saya
ade org kata..kawan dgn semua, tapi sahabat cari betul-betul...

saya sgt kagum dgn dye
selalunya apa yg dibuat saya pon teringin nak buat jugak...hehe
bila ade kat dorm, saya kurang sikit smgt nak belajar, mcm2 godaan, katil dan bantal, cerita2 kat bilik tv, koperasi..mmg menggoda betul
tp, bila saya terpandang sahabat saya ni, semangat mule datang
sungguh tekun dye belajar walaupon dalam dorm
dr pagi sampai ptg, tegak duduk di kerusi menelaah
saya sgt jeleous dgn kesungguhan dye...
alhamdulillah..smgtnya ditempiaskan kpd saya
rasa tercabar dgn ketekunan dye belajar..
mmg betul2 pengaruh saya tuk study betol2....

nak dijadikan cerita, masa saya form 1 sampai form 3 saya sgt berlainan dgn diri saya masa form 4 dan seterusnya
dulu, saya agak malas nak belajar, belajar pon main2, bile nak exam, baru struggle....isk3
bila saya form 4, saya rasa saingan untuk belajar makin kuat
dgn masoknya student2 form 4 yang baru, lagi buat saya risau dgn akademik saya
ape yg menyedarkan saya ini adalah drpd sahabat saya ini....
"belajar bukan untuk exam je, cube cari redha Allah mase belajar, insyaAllah sumenye jadi mudah"
sungguh kata2 itu menusuk di teratak qalbi ini...
mmg sahabat saya ni seorg best student, tp saya x pandang dgn tittle nye sebagai best student tu...
apa yang saya kagum dgn sahabt saya ni, adalah sikap kesungguhannya
akhlaknya....
susah nak tengok dye marah..susah nak tgk dye menangis...
tenang dalam semua situasi...
walaupon dye sibuk dgn aktiviti sekolah, tp akademik x pernah tinggal
sahabt saya ni sangat rajin buat nota..
kat mana2 pon nota je yg dibawaknye...mmg membuatkan saya pon jadi rajen wat nota2
smpikan sayang sgt dgn semua nota bila dah abis sekolah
rase berat hati nak bg nota tu kat org laen...

setiap malam, pasti diselitkan dgn 'bgn malam'
sungguh kuat iman sahabat saya ni
cemburu dgn keteguhan imannya yang sentiasa bermujahadah...Allah akbar!
susah nak tgk tok melafazkan keluhan
hamya ketenangan di wajahnya yang diberikan....
rindu....

satu kenangan bersama ketika bulan ramadhan disekolah
masa tu form 5, ramadhan terakhir tok kami sebagai form 5
satu hari, dye rasa teringin nak makan 'apam balek'
maka saya dan shabat ni dgn 2 org lagi kawan yg laen, dgn menebalkan muka
minta izin ustaz tok pergi bazar
mule2 mmg takot n malu
tp mase hari tu, mmg tibe2 rasa semangat dan x memalukan diri..hehe
dgn senang hati, ustaz pon bawaklah kami berempat pergi ke bazar ramadhan...
seronok tgk sahabat saya ni dapat 'apam balek' nye
lagi2 mmg sedap...nyum2...
kalo diingatkan, mmg kelakar, yg kelakar sbb rase x malu nak ajar ustaz pergi bazar..haha
bile lagi kan...
itu pon try je...alhamdulillah ustaz sudi nak bwk kitorg..hehe

byk lagi kenangan bersama sahabat ni
jamuan akhir dorm...ermmm...sonok sgt2, lagi2 dgn adek2 dorm, sempat jugak kami yang senior ni dibulinya
x pe la..bg can...baek kan senior2 tu?..haha
mase sambut birthday sahabat ni, wat suprise belikan kek n wat cket mkn2
tp, suprise kitorang x menjadi sgt..haha..kantoi....
sonok2

bile lagi nak jumpa sahabat ni
semoga dirimu mendapat tarbiyah yang terbaek di bumi anbia sana
sedih rase bile kena berpisah dgnnya
tp, apakan daya, rezekinya di bumi anbia, dan saya hanya di tanah air
saya teringat masa dye pernah telefon saya dr sana
"nad, kite dah itam la...n gemuk!"
haha...mmg mase tu saya gelak jer...x sangka itu yang dye nak cakap kat saya....
*gelak sorang2*

itulah sahabat
sahabat yang terpatri kerana ukhwah
carilah ukhwah itu dgn niat kerana mardhatillah
maka kita pon  boleh cuba untuk mengislah diri kita dgn shabat kita itu agar mendekati Allah...

"ukhwah yang baik ialah ukhwah yang mendekatkan diri kita kepada Allah"

bagi saya, ukhwah inilah ukhwah yang sebenar
ukhuwah yang dapat mengingatkan kembali diri saya kepada Allah
satu sms yang saya terima dr sahabat saya, yang saya rasa bersyukur kerana Allah bagi saya rasa satu ukhwah dgn sahabat ini...

"smoga nad dipanjangkan usia untuk mendapat tarbiyah, dan menyampaikan kepada sahabat"

msg ni memberi makna kepada saya supaya cuba menuntut tarbiyah dgn sebaiknya dan cuba sampaikan kpd org laen..insyaAllah

walaupon jaohnye sahabat dgn saya, saya tetap akan simpan ukhwah ni...
salah satu drpada 7 golongan yang mendapat  naungan dr Allah di akhirat ialah


"dua lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana-Nya"







tyme hari kecermelangan kat sekolah





rindu sume ahli dormate ni....:'(