Saturday, November 27, 2010

Husnuzhon~

sudah seminggu exam berlalu...masih ade 3 kali perjuangan perlu diteruskan
apa yang dah lepas jangan difikirkan
hanya berserah pada Allah sahaja yang  mampu
andai difikir kembali, semuanya tidak sempurna
hmmm...
secebis rasa putus asa hampir menyelinap dlm teratak qalb
dgn pengisian di surau tadi walau sekejap mengisi kembali hatiku untuk yakin dgn Penciptaku

"takutnye kalau ape yang aku baca ni x ingat"
"kalau lupe, abislah aku"

kata-kata yang kedengaran sebelum masok exam...

"mcm mana boleh lupe ni...."
"kenapa aku byk x dpt jawab ni...hilang da berpuluh2 markah..."

kata-kata yang kedengaran selepas waktu exam

saya pon tidak terkecuali melafazkan kata2 tersebut..
hampir rasa kecewa
hampir rasa putus harapan
hampir rasa tiada langsung harapan nak lulus
sampaikan persoalan..."ade x org yg repeat tok subject ni?"
astaghfirullah.....

sedikit perkonsian di surau tentang kebergantungan kepada Allah
apa yang saya sandarkan dgn apa yang saya rasa....
kdg2 kite x yakin dgn Allah
kdg2 kita x bersangka baik dgn Allah
kdg2 rasa tiada harapan langsung dgnNya

"dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbiotnya) dan telah menundukkan bagimu mlm dan siang."(Ibrahim:33)

dan allah telah berfirman :

"Sesungguhnya aku ialah Allah, Rabb(pengatur) sekalian alam."

tapi x terfikirkah semua itu sudah ditulis oleh Allah
sebagai hamba, hanya usaha, doa dan tawakal sahaja yang dikerah

ermm....itulah apabila hati tidak bersangka baik dgn Allah
apabila hati tidak yakin dgn Allah
apabila terlalu memikirkan perkara yang negatif

seorang kawan tadi ada menyatakan tentang 'Interaction of Law'
iaitu apabila kita memikrkan sesuatu , perkara tersebut boleh dtg pada diri kita
andai perkara positif yang difikirkan, positif la jadinya
andai negatif, mmg diri sendiri la kene tanggung

apa2 pon, kita perlu yakin dan sentiasa bersangka baik dgn Allah
Allah akan bersangka baik kembali pada hamba2Nya
itulah kasih sayang Allah
andai dipinta, andai dirayu, andai tidak jemu berdoa
pasti dilimpahkan dgn segala kasih sayangNya
Allah akbar!


Daripada Abdullah ibn Abbas r.ahuma, bahawa rasulullah pernah berdoa, “ ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau. Ya Allah ,aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan . Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati ( Muttafiqun alaih)
 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim


let bygone be bygone....tawakkal!
teruskan perjuangan yang masih belom selesai
bukan hanya perjuangan di dewan periksa
tetapi  ada lagi perjuangan yang lebih utama untuk di akhirat nanti...
mujahadatunnafs!!!








*mengisi masa dgnberblog apabila kepala dah tepu...
doakan saya dlm imtihan..;)




No comments: