Monday, September 1, 2014


Hari ini, Tuhan menjawab segala-galanya. Terima kasih Tuhan dengan segala petunjukMu. Terima kasih Tuhan atas cintaMu ini.


Oh Allah, I realize that everytime I though
 I was being 'rejected' from something good,
I was actually being 're-directed' to something much better.
Thank you Allah!

-redha-

Tuesday, August 19, 2014

perhiasan



Sedang siap-siap buat preparation untuk open house kakak. Banyak sayur yg nak potong.

A: Sayur yang ni potong serong-serong. Yang ni, buat bentuk ala-ala bunga. Yang ni, panjang-panjang. Baru la ada seni.
B: Nape plak, potong je la same semua. Nanti Masuk Perut jugak...
C: buat la cantik-cantik sikit. Hias-hias sikit.
B: Oh, perhiasan. Hmmm..dunia ni memang perhiasan kan?

*krik krik*

“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Hadid: 20)

Ayat di atas, cukup simple menerangkan tentang kehidupan manusia di dunia secara peringkat-peringkat.

kehidupan dunia itu:

Permainan: peringkat yang pertama selepas kita dilahirkan ialah kita di peringkat bayi atau kanak-kanak. Dan peringkat ini, yang akan menjadi fokus pada seorang kanak-kanak itu hanyalah permainan bukan?Mereka masih tidak tahu apa-apa dan hanya mahukan keseronokon, yang penting mesti ada permainan. Contoh, kita pasti teruja bila kita dapat anak, atau dapat anak saudara atau kalau kita tahu ada baby, mesti mahu belikan baju yg comel-comel dan kiut-miut, kononya mesti comel bila diyorang pakai baju ni..lagi-lagi wane pink [haha]. Tapi, si bayi yg comel kiut-miut itu bukan teruja pun saat kita pakaikan baju yg comel molek, melainkan kita beri mereka permainan kanak-kanak, patung dan apa-apa yg sewaktu dengannya, janji permainan.


Hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang): selepas peringkat bayi atau kanak-kanak, kita masuk ke alam remaja. Alam remaja adalah satu peringkat yg sangat mengujakan. Dari pengalaman sendiri, waktu ini la macam-macam benda nak buat. Dan lebih spesifikasinya di alam remaja kita lebih sukakan hiburan, mahu hidup bebas dan mahu buat apa saja tanpa fikiran yang masih belum matang. Dan sentuh tentang perhiasan, waktu alam remaja lah, kebanyakan kita, specially perempuan mula belajar nak jaga kecantikan. Oh, tengok saja pada anak buah saya yg sedang membesar, masing-masing alam remaja, dah lebih advance dari zaman kita dahulu. Tambah-tambah internet semuanya di hujung jari, jadi panduan utama. Fesyen apa yang mereka tak tahu, nak jadi paling cantik, nak kulit cantik macam artis itu..ini..dunia..dunia..

 ...(bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak
Dan peringkat ini sangat panjang. Mula selepas habis kita belajar hinggalah kita tua dan seterusnya ke alam lain.
“bermegah-megah” dengan kelebihan, kekuatan dan keturunan. Ayat ini sangat direct, bila ayat dari Allah sendiri menyatakan, di waktu ini kita mula berbangga, berlumba-lumba mahu mengejar kuasa, mahu kerja yang bagus-bagus, mahu mengumpul duit dan harta.

Personally, lepas dah habis belajar, bila terfikir-fikir, memng betul ayat ni. Waktu ini, masing-masing berlumba-lumba mahu dapatkan kerja yang hebat, dapat duit gaji yg tinggi, dan nanti mahu beli rumah, kereta, kahwin dan macam lagi nak buat if dapat gaji yang tinggi nanti. Begitu hebatnya ayat dari Tuhan ini, dari dahulu lagi Allah dah tunjuk, tapi hati yang buta.

Tetapi itu semua…

...(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai... 

Bila baca part ayat ini, saya teringat sawah padi ayah saya. Raya yang lepas, musim orang menuai. Allahu akbar, waktu itu, semua sawah padi sudah masak, semuanya tertunduk menunggu masa untuk dituai. Cantik sungguh pemandangan, bagaikan cahaya keemasan yang menguning.

Namun ada jugak nasib petani yang lain, di mana tanaman padinya banyak yg tumbang, mungkin akibat dari angin yg kuat dan menyebabkan kurang hasil padi nanti. Abah jugak pernah lalui pengalaman yg sama. Waktu itu, kita tak dapat nak buat apa-apa,

Allah yg izinkan padi tu tumbang dengan angin, dan tawakal sahaja dengan rezeki yg Allah nak bagi.

Tetapi itu semua sekejap dan sementara sahaja. Samalah juga dengan peringkat kehidupan kita tadi. Dunia terlalu banyak yang menyeronokkan, yang dapat menghiburkan hati kita, yang kita rasa boleh memuaskan hati tetapi hakikatnya…

 ...(hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya...

Di akhir-akhir ayat ini, Allah bagi kita peluang untuk pilih, sama ada mahu dunia atau akhirat. dan Allah menekankan lagi kehidupan dunia itu menyenangkan tetapi hanya untuk mereka yang lalai dan leka dengan dunia semata.

Dunia ini sekejap saja. Ia terasa lama, bila kita terlalu banyak lupa dan lalai ingat Allah, disebabkan kita terlalu inginkan keduniaan yang tidak pernah akan bagi kita kepuasan selama-lamanya.


“Apalah nilai dunia ini dibandingkan dengan akhirat melainkan salah seorang dari kamu celupkan jarinya ke dalam laut dan kemudian lihatlah apa yang tinggal pada jari tersebut.” [HR Tirmizi]


"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (surah al-Hajj: 46)


Allahu 'alam.

Thursday, July 3, 2014

kasih dan sayang itu..

teringat kisah sahabat, walaupun cerita ini agak lagha, tapi bila difikirkan kan kembali ade sabab musababnya.

perkongsian yg terbuka,di kongsi bersama dengan penuh rela.

sahabat bercerita. 
cerita tentang seorang sahabat ini punya satu perasaan pada sesorang lelaki. ya, lelaki itu memang baik dan soleh. peribadinya seringkali di buah mulut orang sekeliling. solat nya terjaga, akhlaknya indah, dan budi bahasa yg manis, ilmu agama penuh di dada, namun selalu merendahkan diri. seiring juga dgn sahabt yg bercerita. solehah dan penyayang. hanya dua perkataan yg mampu aku describe sahabat aku seorang ini.solehah dari segala aspek dan dia juga yg banyak membimbing aku. subhanaAllah. dia bercerita yg dia punya persaan pada lelaki tersebut dan ada niat yg baik padanya jika diizinkan Tuhan. namun, ramai lagi wanita lain yg turut punya perasaan pada lelaki itu, termasuk sahabatnya yg lain sendiri. 

[macam cerita novel pulak.]

sahabat nampak tenang. aku tidak pasti bagaimana keadaan dia. namuna  ada sesuatu yg dikongsi.



kasih dan sayang.
kita semua manusia
ada perasan kasih dan pasti ada perasaan sayang
sampai satu tahap, bila kita terlalu rasa sayang pada sessuatu, membuatkan kita lupa
yg kasih dan sayang itu bukan dari kita
tapi dari Tuhan.

ingatlah, bukan kita seorang sahaja yg ada rasa sayang itu,
mereka yg lain juga punya perasaan itu
dan boleh jadi kita ada perasaan sayang pada sesuatu, juga disayangi orang lain.

perasaan sayang itu bukan milik kita.
tapi milik Allah.
Allah punya seribu rasa kasih dan sayangNya pada hambaNya
Dia yg bagi kita perasaan sayang itu
Dia juga bagi persaan sayang itu pada orang lain
kerana Allah itu memang sifatnya Maha Sayang pada hambaNya.

sekeliling kita hidup rasa disayangi 
disayangi keluarga, sahabat dan sesama saudara
tetapi hakikatnya, rasa sayang itu dari Tuhan
Tuhan sudah terlalu banyak limpahkan rasa sayangNya pada kita
adakah kita sedar?selama ini kita hidup dengan kasih dan sayang Tuhan!
kasih dan sayang dari Tuhan itu lebih berharga dari manusia
jangan terlalu mengharap merintih pada manusia,
tapi pada Dia.
dan Allah itu pasti dan sentiasa sayangkan kita!






 

Sunday, June 15, 2014

sujud cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...
Kau berikan ku segala galanya
dan Kau menguji ku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayat Mu
Di sana menanti di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabb

[dalamsujudcintaku]

Tuesday, June 10, 2014

dahulu...



Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen, kutemui catatan berikut ini:


Dahulu aku berangan2..

Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…

Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.



Dahulu aku berangan2…

Kiranya aku dapat menikah..

Dan memang benar, aku pun menikah.

Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.




Akupun berangan2…

Kiranya aku dikurniakan anak

Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.

Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.




Akupun kembali berangan2...

Andai aku memiliki rumah sendiri.

Terdapat halaman dan tamannya…

Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu

Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..




Akupun kembali berangan2..

Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…

Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.

Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.




Akupun kembali berangan2...

Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.

Memang benar, aku pun akhirnya bersara.

Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan.



Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…


Kini aku berangan2...

Untuk menghafal Al Qur’an.

Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).



Aku juga berangan2..

Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah

Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.




Aku juga berangan2..

Untuk bangun solat malam

Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.




Sangat benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,

“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:


Masa mudamu sebelum datang masa tuamu


Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu


Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu


Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu


Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...



Ya Allah!

Bantulah kami untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...


Saudaraku..

Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;

Dua rakaat Solat Dhuha,

Atau 1 hizb bacaan Qur’an,

Atau solat Witir di malam hari,

Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,

Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,

Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...

Maka masih adakah nikmat hidup yg masih ada untukmu?

#diterjemah dari artikel B. Arab

wallahu 'alam.


Wednesday, May 28, 2014

ada apa dengan thesis?

penantianku kini telah berakhir
detik bahgia kini telah pun hadir
sungguh aku percaya
ketentuan yg Esa...
krik krik krik >.<

Alhamdulillah thumma alhamdulillah!
berakhir sudah..hampir 10 bulan bergelumang dengan lab, dan tongang terbalik juga menyiapkan thesis.
alhamdulillah.
tiada apa yg dapat dilafazkan sesudah terima penjilidan thesis dr auntie kedai print.hehe
 [mcm baru terima scroll pulak] >.<

seboleh-bolehnya semua orang saye nak ucapkan terima kasih. terutama pada mak dan abah. bila saya bercerita pada mereka buat itu dan ini, mereka memang tak akan faham, tapi yg penting saya mahu dan merayu pada doa mereka. doa mak dan abah doa yg pasti tidak terhijab, kerana ibu dan bapa sangat istimewa disisNya. cukup doa mereka, buat diri ini kuat untuk tempuh semuanya.

terima kasih untuk adik beradik, kakak-kakak and abang-abang besar sekalian, yang tak pernah jemu nak layan kerenah adek ni seorang. >.<

kawan-kawan seperjuangan dan adik-beradik 'istimewa', yang selalu 'push' dan 'hentam', di saat jauh ketinggalan, saat jatuh tergolek-golek...terima kasih atas semangat kasih sayang :)

terima kasih Tuhan ;)

fresh lepas penjilidan kat kedai auntie (16/5/2014)
>.<


*****


ada apa dengan thesis?

saat-saat aku terasa beban utk siapkan thesis, macam-macam soalan terfikir.

kenapa nak lulus kene buat thesis?bukan ada orang tengok pun thesis aku ni?huh!

"Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah" [Al-Hajj:70]

mahu saja berderai air mata. saat ayat ini terpampang depan mata, rasa seolah-olah tidak akur dengan kehendak Tuhan. merungut, membantah. merasakan sesuatu yg dibuat bukan bersandarkan pada Dia.

"siapa yang atur semuanya untuk kamu?"

Allah. lemah dan akur. hanya monolog dalam hati.

sesungguhya aturan untuk thesis itu juga adalah rancangan dari Allah.

"kalau kamu lihat thesis itu semata-mata untuk hasil duniawi, semata-mata kamu rasa untuk 'pass' graduation, betulkan balik hati kamu. jangan meletakkan amalan ibadah yg disyariatkan itu sahaja kerana Allah, tapi jadikan setiap satu anggota badan yg kamu kerjakan itu kerana Allah, termasuk thesis ini.

mungkin perjalanan siapkan thesis ini satu jalan tarbiyah untuk kamu."

nanges. T____T

"... (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia." [Ali-'Imran:191]

kadang-kadang terfikir, apa guna aku buat thesis. andai thesis tak dapat publish, sia-sia je rasa...

"sesungguhnya setiap perkara itu tidak sia-sia. mesti semua ada hikmah. kalau kamu yakin dengan Allah, semuanya akan mudah. lapangkanlah dada kamu dan sangka baik dengan Tuhan, insyaAllah segalanya mudah dengan pertolongan Allah.

yang penting, percaya dan yakin dengan aturan Dia. insyaAllah bukan sia-sia!"

perjalanan hampir 10 bulan organize, set up and process in research, betul-betul mengajar aku bagaimana mahu berdikari.

berdikari menyusun waktu ke sana sini. berdikari untuk cuba penuhi kemampuan untuk selesaikan dari awal 
hingga akhir. berdikari membei semangat pada diri sendiri untuk terus kuat dari awal hingga akhir.

nampak berdikari, walhal, berdikari itu datangnya dari keyakinan dan kepercayaan kita pada Tuhan Yang Maha Kuasa. kekuatan, kemampuan, kesabaran, kesungguhan semuanya kuasa dan tenaga dari Dia. setiap manusia seharusnya bergantung pada Dia.

dan jangan lupa, berdikari itu juga satu syarat dari muwassofat tarbiyah.

dan juga, kerana segala-galanya bermula dengan tarbiyah :)



haza min fadhli rabbi :)


Thursday, May 15, 2014

memang hakikat

"Nadiah.."

nama dipanggil, cepat-cepat jalan menuju bilik doktor.

"eh, kamu lagi, Nadiah kan"

senyum, walaupun dlm hati tidak berkenan nak senyum..

sempat jugak menjeling kad kesihatan atas meja doktor. kira-kira..1,2,3,4...7 . tahun ni je 7 kali dah jumpe doktor. =.='
*****

sakit. balek rumah. pegi klinik. dah sinonim dgn diri.

saat terlalu tak terdaya dengan dugaan Tuhan, hati bagaikan memberontak

mak, nape asyik sakit je..tak tahan la mak..!

"dek, sabar ckit ye, ni kan semua dari Allah. Allah dah mudahkan banyak urusan kita, sesekali Dia nak uji. kalau kita dan sedar, dah mengaku kita ni hanya hamba, patut ke kita pilih ujian ape Allah nak bagi??..sabar sikit, sakit tu Allah ampunkan dosa kita, yg mungkin dosa kita buat sedar atau tak sedar.."

meresap dalam hati.

"Allah tu sayang orang yg selalu sakit", kakak besar pun bersuara

soalnye..apakah kita layak untuk piih ujian ape dr Dia?

kata-kata mak cukup buat aku insaf. headshot!
waktu badan tidak bermaya, waktu itu jugak aku rasa tarbiyyah dari Allah. saban hari berfikir, ape yang buat aku sakit?salah makan ke?infection? 

jawapannya..sebab Allah sayang!
dengan sakit, mungkin buat aku lebih ingat pada Allah.
mungkin juga aku bukan hamba yg tahu menghargai ataupun tidak bersyukur dengan Dia yg tak pernah jemu bagi nikmat sebelum ni.
mungkin juga atas dosa-dosa yang lalu,menjadikan  kesihatan itu terhijab.

semua ini bukan mungkin, tapi hakikat.
memang hakikat, aku tak pandai besyukur, memang hakikat aku terlalu berdosa.
moga dengan ujian ini, buat aku lebih dekat dengan Dia.