Saturday, October 30, 2010

kegelisahan vs ketenangan~

kegelisahan.....

setiap manusia pasti pernah merasakan kegelisahan. gelisah ini dlm kata lain ialah rasa gundah, risau dan tak selesa, tak tenteram.bila hati gelisah, boleh membuatkan seseorang itu rasa tidak menentu.segala urusan kehidupannya boleh jadi tidak terurus.orang yang gelisah pasti asyik memikirkan masalahnya dgn secara negatif sehinnga tidak dpt berfikir cara penyelasaiannya.

bile dikaitkan dgn diri sbg pelajar, mesti byk kali rase gelisah...rase x tenteram, ade je yang mengacau difikiran, sampaikan kat lecture x fokus.lagi2 bile tyme exam, mesti ramai yang gelisah, ade yang takut x habes bace buku lagi, takut x dapat jawab, x yakin lah..sampaikan masa jawab periksa, apabila gelisah itu menguasai diri, mmg blurr jadinye, habis lupe ape sume yang dibaca..masyaAllah....

sebagai manusia, dalam melakukan kerja2, kite mestilah rase tenang dlm uruskan semuanye....wajib untuk kita menjemput ketenangan. jika kita hanya membiarkan hati dirundung dgn rase gelisah, pasti spirit or semangat kita akan menumpul.

apabila hati gelisah,pernah x kita terpikir ape sebenarnye yang ada dlm hati ni yang menyebabkan kite gelisah??
walau ape pun yang terbuku di hati, ape2 pun kita mesti kembali kepada "pemilik" hati kita, iaitu Allah SWT...Allah itu yg berkuasa memegang hati2 setiap hambanya, dan Dia yang berkuasa untuk membolak balikkan hati2 itu....




ketenangan.....





"dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."(Ar-Ra'ad:28)


ketenangan ini tidak hadir jika kita cube mengasingkan diri kita dari org rmi, maksudnye x semestinye apabila kita cuba utk menjauhkan diri dr org lain kita boleh dapat ketengan itu...tetapi sedarkah kita hakikatnya ketenangan itu akan hadir apabila kita "on-line" dgn pencita kita, Allah SWT. kebiasaanya, jika seseorang itu rasa gelisah, pasti akan mengadu kepada Allah...."ya Allah, kenapa dgn aku ni??apesal la jadi camni??"..itulah salah satu yg selalu kita dgr, lagi2 gelisah bila ade masalah yg menimpa....

"sesungguhnya Allah menunggu hamba-Nya di langit setiap malam"....mengadulah, luahkanlah segala rasa yang  mengganggu jiwa di hati kepada-Nya..yang dimaksudkan dgn "setiap malam" itu ialah setiap masa dan ketika walaupon hamba2nya sedang lalai dan alpa tehadapNya.Allah tidak pernah melupakan hamba2nya.siapakah yang sanggup menunggu orang yang melupakannya?tetapi Allah menunggu kita setiap masa walaupon kita melupakannya.

"dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhya Aku amat dekat."(Al-Baqarah:186)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"sesungguhnya Allah itu lebih rapat dr urat nadi."
"sesungguhnya Allah itu paling rapat dgn hamba-Nya ketika hamba-Nya sujud kepada-Nya."

mana mungkin ketenangan tidak boleh hadir, sekiranya kita berhubung dgn Allah yang sebaik ini?Dia yang memberi rezeki kpd kita, dan Dia juga yg menunggu kita, Dia jugalah yg sabar dgn sikap kita, Dia jugalah yg memberikan segala nikmat kepada kita...tetapi kita masih lupa kepadaNya.....astaghfirullah...


kegelisahan vs ketenangan.....

kegelisahan itu boleh menjemput ketenangan dgn beberapa cara...pergilah ke tempat2 yang menenangkan jiwa, duduk bersama dgn org yang baik dan melaksanakan ibadah pada penghujung malam...

ketika zaman Rasulullah SAW, seorang lelaki bertemu dgn sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah ibn Masu'd. lelaki itu bertanye mengenai cara-cara untuk menghindarkan kegelisahan

abdullah ibn masu'd berkata:

"bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. pertama ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membaca atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang mengingatkan kamu kepada Allah. ketiga, kamu cari waktu yang sunyi, contohnya pada waktu mlm, dan ketika kamu bangun melaksanakn ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberi ketenangan dan kedamaian hati.jika kamu lakukan semua itu jiwamu masih tidak tentera, mintalah kepada Allah agar digantikan dgn hati yang lain kerana sesungguhnya hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu"





ade satu cerita, ketika musim haji, ada seorang jamaah yang bertanya kepada ustaz yang mengiringi jemaah ke sana, "ustaz, saya sudah melihat kaabah, tetapi hati saya macam tiada apa2. saya melaksanakn ibadah yang sukar untuk orang lakukan, tetapi hati saya tidak bergetar sedikit pon, malah kegelisahan saya tidak hilang pon.maka apakah yang perlu saya lakukan?"

ustaz itu berkata,"mak cik, mak cik sekarang berada dirumah Allah, Baitullah yang paling mulia.Dialah pemilik hati. mak cik mintalah agar hati mak cik itu diganti dgn hati yg lembut, yg boleh bergetar dgn ayat Allah dan ibadah, yang terhindar drpd segala kegelisahan dan sebagainya"

MasyaAllah...sampaikan perlu untuk memohon hati yg baru...ini bermaksud pentingnye hati itu...ketenagan dalam hati adalah satu drpada nikmatNya....





bagaimana kita?

adakah kita berusaha menghindar kegelisahan dan menjemput ketenangan?

atau kita yakin hati kita akan sentiasa tenang?

atau hati kita sudah tiada mempunyai kepekaan untuk mengesan satu peringatan?

perlukan pertukaran hati?

mintalah kepada ILLAHI!!!





p/s:sekadar perkongsian dr buku Langit Illahi.semoga bermanfaat untuk diri sendiri dan org lain

No comments: