Friday, January 20, 2012

UP & down~

salam 'alaik.:D


lama x meng'update' blog..lame sungguh!rindu nak blogging, tp x nyempat2, hanye tersimpan dlm draft2..huhu
alhamdulillah, hidung ini masih diizinkan meghidup udaraNya, alhamdulillah, mata ini masih mampu lg melihat ciptaanNya, alhamdulillah tangan ini masih digerakkanNya, alhamdulillah akal yg dikurniakanNya masih lg digunakan untuk mengingatiNya setiap masa...alhamdulllah, alhamdulillah, alhamdulillah...
dan paling berhrga adalah IMAN, ISLAM, HIDAYAH & TAUFIKNYA.moga2 Kau tidak menarik kembali kurniaan yg berharga ini Allah!aku sangat memerlukannya kerana aku hanya seorang 'hamba' kepada ENGKAU.hanya itu yg mapu aku lafazkan..alhamdulillah ya Allah!

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(3:110)




memoir di sem 1 2011/2012.


apabila bahu semakit berat. siapa yg mahu bila diberikan sesuatu yg kita rasa x mampu??
tapi naluri itu tidak sama sekali sama apa yg dirancang oleh Nya..
Dia yg Maha Mengetahui segalanya..saat di berikan amanah itu, merasakan diri ini sgt kerdil, x mampu untuk menggalasnya, andai ada org lain yg mahukannya, sudah pasti aku terus menyerahkannya. tapi, amanah itu sudah termaktub olehNya untuk diri yg lemah ini. kemampuan dan keupayaan hamba-hambanya semuanya bergantung pada Dia.ya, Dia.yakin pada Dia.bersyukur kerana dipilh olehNya. bersyukur kerana mungkin ini satu wasilah atau jalan daripadaNya untuk lebih dekat denganNya. ya, aku terima dgn penuh berlapang dada, redha.moga2 amanah itu menjadi saham untukku untuk negeri abadi nun di sana.Allah!

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(59:21)

up and down.





Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid.
(3:140)


menjalani kehidupan sebagai hamba. x kan senang Allah nak bg kite hidup senang, x kan susah2 Allah nak bg kite susah. setiap aturan dan perjalanan kehidupan setiap seorang hamba itu semuanya Dia yg susun. jgn mengharap andai jalan yg diaturnya itu jalan hihgway shaja, boleh berubah menjadi jalan yg berliku-berliku. iya..Dia yg mengaturnya, Dia  adalah architecture yg terbaek..design2 yg penuh kreatif tanpa sesiapa pun dpt menirunya.subhanAllah.


pahit dan pedih!
bila kdg2 rasa x mampu melalui jalan-jalaNya.kadang2 rasa lelah, lemah dan putus asa mahu teruskan perjalanan, air mat yg mengalir, hujan lebat di dalam qalbu tiada siapa yg tahu, tapi, Dia tahu!
hanya Dia yg dapat menghentikan air dan hujan lebat di hati.Allah!

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
(21:4)



di dewan kuliah. 
tahun 2 ini, betul2 sgt menguji iman. bile lihat org lain berjaya, pasti di hati ini juga ingin bersama mereka yg berjaya itu. melihat mereka yg mudah segala urusannya. tidak sesusah atau sesukar apa yg aku hadapi. seakan-akan tidak redha dgn pemberianNya. astaghfirullah!
ya, aku cuba terus berusaha dan berusaha, namun kadang-kadang jiwa ini merasakan natijahnya mungkin tidak setanding dgn usaha itu. mengapa? terus bermonolog dlm diri.apa usaha aku yg x cukup lagi?...saat hati di uji dgn ujian duniawi.
ya Ujian. Ujian.Ujian.
 yg menjadikan up dan down. hati ini seakan2 byk kali mahu berputus asa. namun, aku tahu Dia itu suka menguji aku. bersyukur dgn ujian itu, walaupun ujian itu membuatkan aku lelah. kerana aku tahu, pasti nanti ujian itu akan bertukar menjadi hadiah. hadiah yg terbaik untuk hidup aku.





besyukur.


semalam 1 pengisian secara x langsung dikongsikan oleh kak fhatin. yg membuatkan aku spechless. betol2 speechles. tanpa tajuk khusus yg dikongsikan hanya santai2 sahaja,namun menyetap di dalam kalbu.
"kita selalu kata kita bersyukur dgn nikmat yg Allah bg..tp sebenarnya mcm mana kita nyatakan syukur itu sebenar-benarnya pada Allah?sekadar lafaz alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah?lepas tu?"


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
(67:23)



ye, aku tertanya2 apa tanda aku ini bersyukur?
manusia itu, sgt leka dan alpa.cepat mengeluh, cepat berputus asa. adakah setiap detik waktu itu digunakan semuanya hanya kerana Dia?atau hanya dilakukan sekadar rutin harian sahaja?itukah syukur??
astaghfirullah..
"syukur itu bila kita menggunakan semua nikmatnya secara optimum. buat sehabis baek, usaya sedaya mungkin. natijah itu biar Dia yg tentukan, kerana apa yg dari Dia ADALAH YG TERBAIK!"


TERBAIK!
semuanya dr Dia adalah yg terbaik. apa yg dikurniakan dlm sesuatu yg kita usahakan itu dalah TERBAIK dr Dia. mungkin kita akan rasa kecewa, pedih, sakit, down, malu...tp itu adalah yg terbaik. mana tahu kegagalan itu boleh membuatkan kita menjadi berjaya di sisiNya kelak??tiada siapa yg tahu, hanya Dia yg tahu yg TERBAIK.bersyukur lah..
Allah tidak melihat pada natijah, tetapi usaha yg berkat. Allah melihat pada kualiti hati kita melakukan sesuatu yg kite usahakan kerana Dia, tp Allah tidak melihat kuantiti usaha yg kita lakukan bukan kerana Dia.


imtihan.
musim imtihan. bila semua dilanda demam virus exam. uniknya virus ini, virus yg mampu memaksa hambanya itu untuk dekat kepadaNya.bile rase mahu hilangkan beban virus itu, semua mahu mengadu kepada Dia. seronok melihat surau dan saf2 yg penuh dan teratur. rasa seronok ruku' dan sujud bersama-sama dlm jemaah.Allah.
namun, apakah itu dilakukan semata-mata kerana Allah atau virus imtihan itu?tepuk dada sendiri, tanya la sang iman di dlm hati.
jangan menjadi hamba kepada virus exam itu. tapi jadilah hamba yg sebenar-sebenarnya kepada Nya.
 Allah itu Maha Mengasihi hamba-hambaNya, pasti melihat dan menilai amalan kita, moga2 rahmat dan kasih sayang Nya dilimpahi selalu.


terimalah segalanya dgn berlapang dada, redha dan tawakal kepadaNya. apa yg diberikan, pahit, manis, indah, duka atau durjana, ingatlah ia pasti menjadi 1 hadiah yg sgt bermakna.nantikan setiap ujian itu hikmah yg sgt manis kelak.Allah!


moga2 Kau berkati apa yg aku lakukan, aku hanya pinta kebekatan dariMu, moga semua lelah itu berbaloi semata-mata keranaMu.

jangan minta pada Allah di perkecilkan ujian, tp mohonlah supaya diperbesarkan iman untuk menghadapinya.
Allah!





Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(47:7)



~teratakqalbi~

Thursday, November 3, 2011

Kampung yg Hakiki~

salam a'laik.


lama x update blog ni..byk dah simpan2 draft, tapi x habes2 nak siapkan..^^


sem baru, banyak cite baru.
saya x tau apa nak tulis, tapi saya nak jugak post something..huhu.


walaupun dah bulan 11, tp nak cite jugak dlm bulan 10:p


GRADUATION DAY.


6/10/2011
konvokesyen UM student fac medik, dental n akademi pengajian melayu.
as a junior, kami kena la celebrate senior2 yg grad, specially buddy. kalau kat UM, buddy ni kira senior yg jd tempat tuk kami nak rujuk.alhamdulillah, tahun ni, 3 org buddy saya dapat grad. tahniah tuk kak musfirah, abg acap n abg aidil. semoga kejayaan yg diperoleh diberkati.


bila tgk senior2 grad, emm rasa semangat jugak..harap2 dpt grad lg 2 tahun..amin..doakan!
rasa excited mcm saya pulak yg grad time tu. suasana dpn DTC sgt meriah. junior masing2 bawak hadiah, bunga, coklat n mcm2 lagi..siap ada sepanduk lg..huhu..


nak hadiah mcm ni jugak masa grad nnti..:P
abaikan..


ermm..apa saya nak cite..ag
ak2 kita dok sonok2 grad kat dunia ni..lepas ke..layak ke kita nak 'grad' kat akhirat nanti...
apa yg terlintas dlm fikiran saya masa tu, saya perhatikan chinese student lebih berjaya dr yg muslim.
ermmm...agak2 apa sebabnye ek?
chinese lebih rajen?chinese mmg pandai2?chinese byk masa?chinese selalu dpt note dr buddy duluu..T__T


hakikatnya kita sebagai muslim, kita kejar 2, bukan 1...dunia dan akhirat.
bg yg non-muslim, mereka hanya kejar 1..dunia.
tp, ini bukan alasan untuk kita sebagai muslim untuk selalu usaha dapatkan yg terbaek di dunia dan akhirat...insyaAllah.


‎"kejarlah dunia, tapi junjunglah akhirat. kalau nampak akhirat mcm senget nak jatuh,

 lepaskan dunia, perkukuhkan akhirat




**********

aha...ada 1 situasi yg saya lalui masa time practical kat PPUM. ni situasi kwn saya yg lalui. dia pun cite la kat saya. n saya pun cite la di blog ni..hehe


tgh dok sebok2 wat practical dgn bantuan staf kat situ, tibe2 staf tu tnye soalan:


staf : eh, ada baca x kat mana2 pasal kiamat nnti 2012?
sahabat : ada jugak baca...


tiba2 ada kwn chinese kami menyampuk..
kawan chinese : ala...takut ke?apa nak takut????sume mati ma....


staf dan sahabat saya terdiam seribu bahasa. masing2 teroskan dgn practical masing2...


"apa nak takut???"
erk..ternganga saya dgr dia ckp camtu. huh.
inilah beza kita dgn mereka. islam dan yg bukan islam.
sebagai seorang muslim, kita percaya kehidupan kita bukan hakiki di dunia ini. tapi kita ada tempat jauh yg lebih kekal abadi nanti..akhirat!!!


'kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedangkan kampung akhirat itulah yg sebenarnya'[Al-Ankabut:64]




terang lagi bersuluh.kampung kita akhirat nanti.
dpt grad kat dunia dgn cemerlang dan terbilang, dpt PhD, master or Ir, or apa2 lah sekalipun, tp kalau Allah x luluskan semua amalan2 kita, x dpt pointer "DEEN LIST", x da chance lg nak repeat2 amalan  dah..hanya azab yg menanti.


kejayaan di dunia itu bukan yg hakiki..gagal atau berjaya semuanya dtg dr 'DIA'.
suka dan duka, semuanya dari 'DIA'
nangis dan ketawa, semuanya dari 'DIA'
sedih dan bahagia, semuanya dari 'DIA'


~Allah didn't promise that this life would be easy, but HE promises to go with u in very step of ur life..u should go anywhere with HIM by urside...~





Sunday, September 18, 2011

Allahu yusahhil~

salam 'alaik:)


seminggu sudah berada di tahun 2, sem 3. alhamdulillah..Tuhan masih memberikan kurniaan nikmatNya yg tidak terhingga untuk kembali menuntut ilmu yg sgt luas.


teringat kata-kata, Ibnu Sina, ilmuan islam,:


'jika ditanya kepadaku tentang remaja, aku akan menjawab, "tiada kehidupan yg paling singkat drpd menuntut ilmu yg sgt luas."








semuanya sebab ILMU.


ilmu itu bukan hanya terhad dlm dewan kuliah semata-mata, tp ilmu itu sgt x terkira. belajar menjahit, memasak, hatta kalau belajar ilmu perkayuan sekalipun, itu tetap ilmu. dan ilmu itu adalah milik Allah.


melangkah ke sem baru, di hati ini seakan2 melonjak. saya tidak tahu kenapa, tapi dlm perjlnn pulang ke UM, saya rasa tidak sabar-sabar rasanya. mungkin sebab dah lama cuti 4 bulan, rasa rindu untuk kembali ke dewan kuliah. bila dapat bersua kembali bersama-sama rakan coursemate..wahhh..kecohnyelah!!!hehe... masing2 nak citer cerita masing2, ada yg kerja sementara, ada yg belajar memandu dan mcm2 lagilah..rasa2nye masa masuk kelas tu bukan nak kuliah, tp nak citer pengalaman masing2..hehe..sumenye nak jd lecturer kat depan...T___T


syukur alhamdulillah. hanya itu shaja yg saya dpt ucapkan di hati. syukur kerana Allah masih beri petunjuk dan permudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu.






hari ini, family saya melawat saya...(br seminggu kat sini pun family dah dtg.hehe)..satu nasihat dr abah yg selalu abah bg.."kalau nak pape, doa, solat jgn lupe..mintaklah dgn Allah, InsyaAllah, sume dpt..mase belajar ni, ambeklah kelas ape2, ilmu yg bermanfaat"..emm..tibe2 rase sebak pulak.:P


Ilmu lagi. ya, insyaAllah..semoga Tuhan tunjukkan jalan dan permudahkan dlm menuntut ilmu. semoga dithabatkan niat untuk menuntut semata2 kerana Allah.


pesanan sahabiah yg jauh di mata.."niatkan belajar kerana ilmu, bukan kerana natijah..insyaAllah..sebarkan ilmu ke seluruh dunia". insyaAllah shabat!!!doakan bersama2!!!


~Rabbi yassir wala tu'assir. Allahumma amin.~
doakan.



"jika kamu inginkan dunia, tuntutlah ilmu,
jika kamu inginkan akhirat, tuntutlah ilmu,
jika kamu inginkan dunia dan akhita, tuntutlah ilmu"
~Allahu yusahhil~

Tuesday, September 13, 2011

Mujahadah itu pahit, syurga itu manis~


Kusimpan namanya di sudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,
Ya Rabb..
Bantu kami, hamba-Mu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..
Cinta dua insan yang dibatasi syariat-Mu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agung-Mu..
Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milik-Mu,
Kepada-Mu segalanya dikembalikan..
Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...
Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah Pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepada-Mu..
Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb..

Sunday, August 14, 2011

Memohon Pengampunan Daripada Allah SWT (Fasa Kedua Ramadan)


salam a'laik, salam ramadhan..:)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kita baru sahaja melalui fasa pertama Ramadan (1 - 10 Ramadan) iaitu di panggil syahrurrahmah (permulaannya rahmat) dan sekarang ini kita baru bermula fasa kedua iaitu dipanggil syahrul magfirah (pertengahaannya pengampunan) iaitu dari 11- 20 Ramadan.

Dalam fasa kedua ini Allah SWT. menerima dan memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya yang merayu , berdoa dan memohon keampunan dari-Nya. Apakah ada tanda-tanda atau kesan dari fasa kedua ini yang telah memberi kesan pada kita?

Tanda Allah SWT menerima dan mengampuni hamba-hamba-Nya ialah ia merasakan dalam hati tidak mahu lagi melakukan dosa-dosa samaada besar atau kecil, menginsafi akan kesalahan-kesalahan lama yang ia telah lakukan dan terus merasai seronok dengan amal ibadah, zikrullah dan amal soleh. Dalam hati dan jiwanya merasai bahawa hidup didunia hanya sementara dan kehidupan dihari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Didalam fikirannya terbayang-bayang kehidupan di syurga yang penuh nikmat dan juga azab neraka yang amat dahsyat sekali. Perasaan ini akan menjadi sebagai pendorong dan motivasi untuk ia terus meningkatkan amal soleh dan meninggalkan amal yang buruk dan berdosa.

Setiap kali berdoa dan bermunajat teruskan memohon ampun kepada Yang Maha Pengampun, kerana sifat ini amat disukai oleh Allah SWT. Dan kalau Allah SWT menyukai kita, akan diberi-Nya rahmat dan nikmat seluas-luas-nya , di beri-Nya pengampunan dan akan dibebaskan kita daripada siksaan api neraka.
Amalkanlah membaca doa ini sebelum membuat sebarang permohonan kepada Allah SWT agar diterima oleh-Nya.

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sahabat yang dimuliakan,
Pada fasa ini, Allah SWT menjanjikan ampunan kepada hamba-Nya. Sepanjang digunakan secara maksima untuk ibadah. Yakni melakukan amalan-amalan yang baik sesuai dengan tuntunan al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, dengan penuh kesungguhan diasaskan keimanan yang teguh, keikhlasan dalam penghambaan, dan penuh harap akan diterimanya seluruh amal ibadah kita oleh Allah SWT.

Ramadhan di fasa magfirah atau pengampunan yang harus kita lakukan adalah memperbanyak memohon ampun kepada Allah SWT. Apalagi kerana sebagai manusia yang selalu melakukan dosa, baik dosa kecil maupun besar. Momentum Ramadhan inilah sebagai peleburnya. Ampunan itu sendiri disediakan dan terbuka lebar kepada seluruh umat Islam kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Orang yang memohon ampun disebut bertaubat. Sementara orang bertaubat disebut orang yang menyucikan diri. Hal itu sesuai dengan Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu . Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya ." (Surah Ash-Syams ayat 9-10)

Di fasa kedua ini banyak-banyaklah mendekatkan diri kepada-Nya melakukan taubat kepada Allah SWT. Kita hilangkan rasa iri hati, kesombongan, apalagi dendam dalam diri kita sesama saudara muslim.

Berbagai penyakit yang sering bersarang dalam hati manusia turut mendatangkan  dosa seseorang. Oleh kerana Ramadan boleh dijadikan sebagai bulan penghapus  dosa kerana Allah SWT menyediakan hal tersebut khususnya bagi orang yang mahu bertaubat secara serius. Yakni yang mahu melakukan taubat nasuha atau taubat yang bersungguh-sungguh.

Di fasa kedua ini (syahrul magfirah)  adalah malam-malam pengampunan oleh Allah SWT, teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga Allah SWT menerima taubat kita yang dilakukan ikhlas semata-mata kepada-Nya. Taubat akan menjadi milik siapa saja yang melaksanakannya dengan taubat nasuha. Gunakanlah sepuluh hari ini untuk memohon ampunan kepada Allah SWT. Kita akan disucikan kembali oleh Allah SWT apabila kita mahu bertaubat.

Perkara yang perlu  dilakukan adalah memperbanyak ibadah, temasuk solat sunat. Baik solat sunat rawatib, terawih, tahajud dan solat sunat lainnya. Lalu memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, dan beristighfar , diucapkan dengan penuh khusyuk kepada Allah SWT. Ketika mengucap istighfar fikiran dan perasaan perlu diberi penumpuan sepenuhnya kepada Allah SWT, sebaik-baiknya menangis mengalirkan air mata penyesalan, kerana air mata yang takut kepada Allah SWT akan menjadi air yang akan memadamkan kemarakan api neraka.

Orang yang mengisi malamnya dengan ibadah akan mendapat kemuliaan dari Allah SWT dalam bentuk pengampunan dosa. Sebagamana sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih, yang berbunyi: “Barang siapa melakukan solat malam di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.”

Sahabat yang dikasihi,
Sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT. semoga Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik yang pernah kita lalui. Peningkatan darisegi ibadah, meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa. Yang nikmatnya kita perolehi di Ramadan kali ini kita mememui dan menghayati dimalam Lailatul Qadar.

Permintaan saya pada kalian semua jangan lupa semasa kalian berdoa , tolong doakan saya supaya saya sentiasa sihat walafiat dan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. dan dapat meneruskan tugas dakwah dan amanah yang diberikan-Nya kepada saya.

Saya juga akan memasukan dalam doa saya untuk kesejahteraan dan kebahagiaan kalian semua dan semoga kalian sentiasa beriman, bertakwa dan kekal didalam deen Islam dan diredai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat. Semoga kita semua dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT dapat bertemu di syurga nanti seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa.

-Abu Basyer's Notes-

Saturday, August 6, 2011

Nasihat Ramadhan~


Bulan Ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah                                    
Bulan rahmat bulan maghfirah
Bulan al-Quran dan lailatulqadar
Besar Ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al-Quran banyakkanlah sedekah
Terawikh kerjakanlah walaupun sunat
Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah
Zikir selawat doa panjatkan
Pahala Ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali
Bulan Ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya
Allahu ya Allah
Kepada Mu kami beriman
Kerana Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan
Banyakkan i’tikaf disepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
-HIJJAZ-

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan!~

Salam 'alaik:)


ramadhan..ramadhan..ramadhan..pejam celik pejam celik, alhamdulillah  bulan yg penuh dgn rahmat dan kasih sayangNya bakal bertandang lagi...


hmm..teringat dulu2 zaman sekolah..kalau waktu awal ramadhan kebiasaanya cuti, dpt la berpuasa dan berbuka ngn family hari first ramadhan..sekarg ni  berbulan-bulan cuti kat rumah, dptlah pose penuh di rumah..hehe..tp x penting pun eh, yg penting semoga ramdhan di mana-mana pun diisi dengan amal ibadah kepadaNYA..amin~


"kenapa kene puasa mama?"


 "kalau x puasa nnti, x boleh raya..nnti x dpt duit raya"


hehe..itulah soalan dan jawapan yg biasanya kita dgr masa kecik2 dulu..kdg2 bila terdengar anak-anak buah saya yg kecik2 bertubi2 tanya pasal puasa, geli hati jugak saya dgr..mcm2 jawapan..hehe..
saya pon x tekecuali jugak tanya mcm tu mase kecik2 dulu ^___^

*****



sebagaimana perintah ALLAH..


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Al Baqarah:183]



Keutamaan berpuasa:
“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]
Rasulullah S.A.W bersabda:apabila tiba bulan ramdhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka 
dansetan-setan dibelenggu.[Hadis riwayat Bukhari]





Niat Puasa Ramadhan
Sesungguhnya amal itu tergantung dari niat [Bukhari-Muslim]
Dari Hafshah Ummul Mukminin bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” [Imam Lima]
Bersahur:
“Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya” [Bukhari-Muslim]
Tips agar kuat berpuasa: minumlah 2 sendok makan madu dan 3 butir korma saat sahur. Sunnah melambatkan sahur.
Menyegerakan Berbuka Puasa di waktu maghrib


Dari Sahal Ibnu Sa’ad Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Orang-orang akan tetap dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” [Muttafaq Alaihi]



Malam Lailatul Qadr
Dari Ibnu Umar ra bahwa beberapa shahabat Nabi SAW melihat lailatul qadr dalam mimpi tujuh malam terakhir, maka barangsiapa mencarinya hendaknya ia mencari pada tujuh malam terakhir.” Muttafaq Alaihi.
Dari Muawiyah Ibnu Abu Sufyan ra bahwa Nabi SAW bersabda tentang lailatul qadar: “Malam dua puluh tujuh.” [Abu Daud]
Dari ‘Aisyah ra bahwa dia bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana jika aku tahu suatu malam dari lailatul qadr, apa yang harus aku baca pada malam tersebut? Beliau bersabda: “bacalah:
Doa Malam Lailatul Qadar
(artinya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai ampunan, maka ampunilah aku).” Riwayat Imam Lima selain Abu Dawud.

Nabi biasa melakukan shalat sunnat malam (Tarawih) pada bulan Ramadhan:
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang mendirikan (shalat malam) Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosanya yang telah lampau.” [Hr Bukhari]


*****

ahlan ya ramadhan kareem..:)

teringat tazkirah dr senior masa ramadhan yg lalu..

"kalau boleh, bila sampainya bulan ramdhan ni, letakkanlah satu matlamat atau pun satu target untuk sesuatu 

yg kita nak capai untuk lebih dekat dgn ALLAH"

ermm...apa agaknya matlamat ramadhan kali ni eh?

anda bagaimana???

semoga ramadhan kali ini lebih baik dr yg lepas dgn kasih dan sayang dr ALLAH..

Ya ALLAH, Kau berkatilah kami, Kau limpahilah kami dgn kasih sayang dan rahmatMu yg tidak terhitung di 
bulan ramadhan kali ini..kasihanilah hamba2Mu yg selalu mengharap dan mendambakan kasihMU...izinkanlah kami menikmati detik-detik bulan barakah ini dgn penuh khusyuk dan tawaduk..temukanlah kami dgn malam 
Lailatul Qadar MU..dan semoga bertambah ruku' dan sujud kami kepadaMU..amin~ 




selamat berpuasa:)