Monday, March 25, 2013

Step 1, 2, 3, 4!~

assalamu'alaikum:)

just want to share the awesome experience in my life, chances that Allah gives me to have better life now..thanks Allah for your guidance! :) [ter'writing english pulok :p]


someone ask me

A: akak, ni tudung bidang berape?
B:bidang ...
A: ooo..
B:kenapa?
A: just ask..ade niat nak pakai, tapi saye tak kuat lagi akk..
B: meh akak bg tau tips.. :)

mungkin ramai yg disana berniat untuk bertudung labuh, tapi masih lagi rasa nak paki ke tak nak, nak ke tak nak, nak ke tak nak..kan?kan? kecuali la bg lelaki, tak kan la korang nak pakai pulok kan..


step 1

ok, for the 1st step, yg start dgn tudung bawal 1, 2, ke 3 ke..x kesah lah tudung pape, yg rasenye jarang kalau dipakai. boleh start dgn pakai inner tudung. inner tudung yg sekarag ni dah merata rata org jual, inner tudung syria, inner ninja turtle..mcm2 rasenye, yg dipakai dlm tudung. mungkin awal2, kita akan rasa sedikit panas, tapi kalau cube jugak untuk biasakan rase panas tu. mulakan niat btul2 kerana Allah,moga Allah jdikan kita kuat utk mula dgn perubahan ini and minta lagi petunjuk dgn Allah.


tudung bawal biasanya jarang kan

ni contoh inner ninja

kalau rajen, boleh buat inner sendiri:)



Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)


step2

kita cari pulak tudung yg tak perlu untuk pakai inner. means cari tudung plain yg tidak jarang. elak dri beli tudung2 yg macam jenis tudung bawal, sbb bagi saya tudung bawal jarang and menampakkan batang leher. in case kalau anda nak jugak gune tudung bawal, still kene pakai inner tau. saya cadangkan, pilh jenis tudung yg dr Akel, Roselle..kain yg senang dibentuk and tak jarang. sedap jugak pakai, and tidak panas:) [ni adlh tudung yg saya pernah pakai dulu, tudung Akel, sgt best!]


tudung Akel :)

tudung ni tak jarang kan:)


step 3

cuba utk cari tudung yg besar sikit dr kita pakai mcm biase, or elakkan dri cuba utk buat style bersilg tudung tu. kat sini main point nye adlh nak pakai tudung yg besar sikit dr tudung kite tadi. lepas dah cari inner, cari pulak tudung yg lepas bidang 45..bidang 48 ke or 50. agak2 kalau pilih bidang 50, maybe kalau disilangkan  boleh nampak labuh sikit, tapi kalau still dgn bidang 45, cube elak utk silangkan tudung tu. cube selesakan diri utk tutup lebih sikit.

step 4

ok, biasakan diri tu untuk tetap niat buat semua kerana Allah. next, boleh cuba pulak utk pakai yg lebih labuh. bidang 60 or tudung bulat yg jahit tu..utk sampai step ni,mujahdah kita kene kuat. always tajdid niat kita utk tutup aurat ni dgn sempurna. jgn lupe jugak aurat yg lain, pakai stoking dan sarung tangan.







“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” [33:59]


perjalanan utk berubah itu bukanlah satu perjalanan yg senang. someone tell me, "bila kita niat berbuat sesuatu kebaikan kerana Allah, Allah lagi uji hati kita mcm2". senang cerita, contohnya, bila kita niat nak pakai tudung labuh, nak tutup aurat dgn sempurna, pasti Allah bg kita ujian. contoh, mungkin ada yg kawan kita yg pulaukan kita bila nampak kita pakai al-ala ustazah, dan lagi perit rasenye bila ada family kita sendiri yg memperlekehkan kita utk berubah jd lebih baik. itu pastinya ujian2 yg akan dtg utk kita, mcm2 persoalah orang akan tanya kita


"eh, ko ni ok ke?nak jadi ustazah ek?"

"ko mesti ikut cakap akak yg bagi usrah tu je kan?tapi dlm hati same je kan,,"

wahai sahabat, yakinlah dgn Tuhan. ujian itu menguatkan kita,walaupun rase perit, kita buat apa yg Allah suruh, Allah akan ada selalu dgn kita. pasti dan yakinlah, Allah akan tunjukkan kita jalan yg lebih baik.

like Allah said in the Ummul Kitab:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan berkata, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?"[29:2]


step yg saya kongsikan bukanlah dilakukan sekaligus. cuba utk perlahan2 step by step. dalam kita usaha utk lindungi aurat kita, usaha juga untuk lindungi hati-hati kita. kuat dan kebalkan hati dgn anasir-anasir syaitonilogic.usaha dan terus usaha, dan ingatlah Allah itu sentiasa bersama kita.




Perempuan biarlah cantik kerana menutup aurat...Menawan kerana sopan...Comel kerana senyuman..Memikat kerana iman dan hebat kerana ketabahan.. :)



#kalau di hati itu ada terdetik mahu jadi lebih baik, insyaAllah, Allah akan mudahkan jalan kita tuk berubah.
#alwas keep faith on Him.
#selamat mencuba!
#oh ya, sumea gambar adalah ihsan Mr. Google
#assalamualaikum :D

2 comments:

prof_lyana said...

alhamdulillah syukran nadiah.
Moga kita istiq0mah dalam menutup aurat

Unknown said...

Assalammualaikum.. Saya nak mintak izin yerhh share mngenai nie.. ^_^