Saturday, March 30, 2013

Positif :)

Positive!

jom positifkan diri :)

1) Berterima Kasih kepada orang yang menyakiti hati kita, sebab dialah yang membuat kita rasa tabah. apabila orang yga sakitkahn hati kita dengan tidak bertegur s pa, maka kita pautlah bersyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan.

2) Berterima Kasih pada orang yang pernah menipu kita, kerna dia yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dan berwaspada pada masa akan datang.

3) Berterima Kasih kepada oranga yang tidak mengendahkan kita kerana dia memupuk jiwa dan diri kita supaya berdikari

"pupuk rasa bahagia dengan berfikiran positif. apabila fokus kita mencari keredhaan Allah, jika kita tiada ramai kawan sekalipun, kita tidak akan berasa tertekan kerana yakin, cukuplah Allah bersama kita" - Prof Dr. Muhaya.



bersangka baik kepada Allah, maka yg baik2 Allah bagi pada kita. insyaAllah :)

Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
(HR Bukhari)

think positive! :)


1 comment:

'Ulayyah said...

Bila kita kata 'boleh', insyaAllah akal dan minda akan set 'kita boleh'...hebat ciptaan Allah. orang Islam tak boleh jadi biasa2, mesti jadi luar biasa, sebab Allah tak jadikan kita sia2.

Allahu musta'an...