Friday, February 25, 2011

All Time Muslim~



bagi seseorang muslim itu. tiada  rehat dalam hidupnya..hanya di syurga nanti adalah tempat rehat yg abadi.....

Setiap KALAMNYA = DAKWAH

Setiap DIAMNYA = DZIKIR


Setiap NAFASNYA = TASBIH

Setiap PANDANGAN MATANYA = RAHMAT

Setiap SUARA TELINGANYA = TERJAGA

Setiap FIKIRANNYA = BAIK SANGKA

Setiap GERAK HATINYA = DOA

Setiap SENTUHAN TANGANNYA = SEDEKAH

Setiap LANGKAH KAKINYA = JIHAD

Kekuatannya = SILATURAHMI

Kesibukannya = ASYIK MEMPERBAIKI DIRI

Kerinduannya = TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT

"telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedangkan mereka dalam

 keadaan lalai (dgn dunia), berpaling dari akhirat."(Al-Anbiya:1)



Ya Rabbi...

sibukkan aku untuk sentiasa mengingati-Mu

lazimkan lidah ku bertasbih dan berzikir untuk-Mu

jadikan setiap nafas dan degupan jantungku adalah untuk-Mu

-teratakqalbi-

semoga Allah redha





Tuesday, February 22, 2011

Syaqiq Al-Balhi berkata..~

"aku mencari 5 perkara dan aku mendapatkannya dalam 5 perkara juga:




1.ku mencari berkat dalam rezeki, aku dapatkannya dalam solat DHUHA...


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


2.aku mencari lampu untuk menerangi kuburku, lalu aku dapatkannya di dalan solat malam



Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)


Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.
Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


3.aku mencari jawapan untuk menjawab soalan munkar dan nakir, aku dapatkannya dalam membaca Al-Quran





Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

4.aku mencari tongkat sebagai alat menyusuri siratal mustaqim, aku dapatkannya di dalam puasa dan sedekah








Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan : "Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi) Abu Hurairah meriwayatkan : Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Lalu ada yang bertanya, "Sesungguhnya engkau sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?
Baginda menjawab, " dibuka pintu-pintu dari syurga pada hari Isnin dan khamis lalu diampuni (dosa) setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali dua orang yang saling bergaduh, dikatakan:biarkan mereka berdua sampai mereka berbaik semula.
(HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah)



"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."(Al-Imram:92)


5.aku mencari pelindungan di bawah arasy, aku dapatkannya dalam beribadah di tempat yang sunyi



"Permulaan seseorang hamba itu dihisab pada hari qiamat ialah solat.  Maka jika baik solatnya, maka dikira baik seluruh amalnya.  Jika buruk dan rosak solatnya, dikira rosak seluruh amalannya."

mantapkan tarbiyah!!!


semoga Allah redha.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulud;-)



Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kepada Jibril ikut sama menyertainya. kemudian dipanggillah Jibril...
BAGINDA: jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?
JINRIL: pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan
JIBRIL: engkau tidak senang mendengar khabar ini?
BAGINDA:khabarkan kepadaku bagaimana nasib UMATKU kelak?
JIBRIL: jangan khuatir wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku,"Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya."


Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
BAGINDA:N Jibril, betapa sakitnya sakaratulmaut ini.


Fatimah terpejam, Ali menunduk dan Jibril memalingkan muka.
BAGINDA: jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?
JIBRIL: siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahan lagi.
BAGINDA: Ya Allah, dahsyat maut ini, TIMPAKAN SAJA MAUT INI KEPADAKU, JANGAN PADA UMATKU..


subhanallah..sayangnya Rasulullah pada kita..
Ya Allah, suburkanlah dalam hati kami rindu, kasih dan cinta kepada kekasihMu
berikan kekuatan pada kami untuk membuktikan rasa cinta dan kasih kepadanya dengan selalu mengingatinya, selalu membasahi bibir dengan berselawat kepadanya, selalu mencontohi akhlah budi pekertinya, dan sentiasa merdah kehidupan ini dengan berpaksikan Sunnah Al-Quran yang ditinggalkannya..ameen Ya Rabb... -WACANA UM.



Salam Maulidur Rasul..suburkann hatimu dengan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah...
betapa sayangnya Rasulullah pada umatnya sehinnga saat akhir nyawanya dicabut..Allahuakbar!!
tp, ingat kah kita pada Rasulullah?berapa kali kita berkesempatan berselawat kepadanya?


Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33)


Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



Dalam putaran cinta insani, terselit jiwa insan yang ingin berkasih keranaNya...tiada kata yang mampu diungkapkan, sungguh!pertemuan kau dan aku adala buktinya cintaNya mewarnai jiwa kita...dengan ukhwah inilah kau selalu mengajarku erti cinta kepadaNya malah kekasihnya, RASULULLAH S.A.W...
ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIDINA MUHAMMAD...-Haura' Maqsura..


Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).





jom berselawat:-)
salam maulud...:-)


semoga Allah redha.

Wednesday, February 9, 2011

SAKSI~



Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

sedar x sedar apa yang terlekat di badan kita semuanya adalah satu amanah dr Allah...mata, tangan, mulut, telinga, kaki, rambut, kulit....n mcm2 lagi....adakah kita sudah cukup baik menggunakan semua amanahNya ini?mmg kita manusia yg tidak sempurna, selalu membuat salah dan dosa...boleh jadi dosa kita sama ada kita sedar @ x sedar @ saja-saja buat x sedar.


"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada)


 tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula


 menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."(Ya Sin:65)

tepuk dada tanya IMAN.


jagalah amanah Tuhan.

hayati....







muhasabah.
semoha bermanfaat.
semoga Allah redha.





Tuesday, February 1, 2011

Tuhan..selamatkanlah pejuang agamaMu dan pelajar msia di Mesir~

assalamua'laikum....


sedih hati bila dengar rusuhan di Mesir. pemerintahan Husni Mubarok yg hampir 30 tahun sudah sampai di hujung tanduk. apabila benak di hati rakyat Mesir sudah tidak tahan lagi dgn kepimpinan si kuku besi yg menindas hak-hak rakyat Mesir; politik, ekonomi dan mcm2 lagi...petama kali dgr berita pasal rusuhan ni,rasa mcm x percaya, takut dgn suasana di sana. rakyat-rakyat Mesir berpusu-pusu  di tgh bandar mogok dgn pemerintahan si kuku besi supaya meletakkan jawatannya.






teringat sahabat sahabiah yg jihad menuntut ilmu di bumi anbiya' sana...mcm mana keadaan antum sekalian di sana?saya dpt berita dr saudara saya yg berada di sana, sewaktu sedang menghubunginya, kedengaran bunyi2 letupan...Allah akbar!!mcm dalam suasana berperang. perintah berkurung pun telah diarahkan..mcm mana mereka nak cari makan? rompak bank, rompak muzium, kedai-kedai di tutup, dan paling menakutkan ribuan banduan telah terlepas..masyaallah!!.boleh bayang bagaiman suasana di sana. pasti huru-hara....





Ya Allah..Kau selamatkanlah pelajar-pelajar Malaysia yg sedang berjihad menuntut ilmu-Mu di sana..
Kau lindungilah mereka...berilah mereka ketenangan dan kekuatan kepada mereka...
Kau bantulah rakyat-rakyat di Mesir..yg ingin memperjuangkan daulah Khilafah Islamiyah di sana..
Kau mudahkanlah perjuangan mereka di sana dan berilah kekuatan kepada mereka untuk menentang musuh-musuhMu yg ingin menjatuhkan kegemilangan agama-Mu
semoga Kau memandang usaha-usaha mereka yg ingin memperjuangkan agama-Mu...
dan Kau berilah pengajaran yg sepatutnya kepada mereka yg zalim...
sesungguhnya Kau Maha Adil lagi Maha Mengetahui segala-galanya...




buat sahabat sahabiah di Mesir: ulya, fareha, izzatie, shazana, shamilah, tini, muiez, maf, fitry, syameem, hanis, hafizi..(asif, kalau ade yg tertinggal)...semoga antum selamat di sana...ameen.


mari sama-sama solat hajat untuk student msia dan rakayat mesir yg  sedang berjuang untuk menegakkan agama  ISLAM...semoga Tuhan mudahkan urusan mereka.



semoga Allah redha.