Tuesday, February 22, 2011

Syaqiq Al-Balhi berkata..~

"aku mencari 5 perkara dan aku mendapatkannya dalam 5 perkara juga:




1.ku mencari berkat dalam rezeki, aku dapatkannya dalam solat DHUHA...


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)


2.aku mencari lampu untuk menerangi kuburku, lalu aku dapatkannya di dalan solat malam



Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)


Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.
Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


3.aku mencari jawapan untuk menjawab soalan munkar dan nakir, aku dapatkannya dalam membaca Al-Quran





Hazrat ‘Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH TAALA maka untuknya diberi satu ‘hasanah’ (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (’Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”

4.aku mencari tongkat sebagai alat menyusuri siratal mustaqim, aku dapatkannya di dalam puasa dan sedekah








Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi Muhammad s.a.w menceritakan : "Rasulullah s.a.w selalu bersungguh- sungguh untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis." (Sahih Sunan Al- Tarmizi) Abu Hurairah meriwayatkan : Nabi Muhammad s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.Lalu ada yang bertanya, "Sesungguhnya engkau sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?
Baginda menjawab, " dibuka pintu-pintu dari syurga pada hari Isnin dan khamis lalu diampuni (dosa) setiap orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun kecuali dua orang yang saling bergaduh, dikatakan:biarkan mereka berdua sampai mereka berbaik semula.
(HR Al-Tirmizi, Ibnu Majah)



"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."(Al-Imram:92)


5.aku mencari pelindungan di bawah arasy, aku dapatkannya dalam beribadah di tempat yang sunyi



"Permulaan seseorang hamba itu dihisab pada hari qiamat ialah solat.  Maka jika baik solatnya, maka dikira baik seluruh amalnya.  Jika buruk dan rosak solatnya, dikira rosak seluruh amalannya."

mantapkan tarbiyah!!!


semoga Allah redha.

No comments: