Wednesday, December 31, 2014

twenty fourteen.



Dua orang pasangan ternama duduk bersantai di ruang tamu. Disamping mereka terdengar bunyi pancutan air dari kolam di halaman luar rumah. Dihidangkan pula dengan air kopi panas bersama kuih di petang hari. Mereka duduk bersama, namun tiada komunikasi. Masing-masing tertumpu pada gadjet. Hanya bunyi-bunyi dari meseg-meseg gadjet sahaja yang berbunyi. Sunyi.

Dan kemudian, si isteri terlihat sepasang suami isteri di luar membonceng motor kapcai, namun mereka seolah-olah bersembang satu sama lain kelihatan seperti orang bahagia.

abang, cuba lihat orang tu..bahagianya mereka..walaupun dengan motor kapcai, mereka tampak bahagia..”

Mengadu si isteri. Si suami hanya diam membisu. Masih sibuk melayan gadjetnya

……………………………………………………………………………………………….............

Dari motor kapcai itu sepasang suami isteri terpegun ketika melalui rumah yang mewah itu.

“wah…besarnya rumah nya ya bang..kereta besar..rumah cantik..kereta mewah..tak la macam kita bermotor kapcai saja..”

Rupa-rupanya dua-dua pasangan tadi saling mengeluh dengan kehidupan sendiri dan saling tidak bersyukur rupanya.

Yang sudah tersedia di hadapan mata rasa tidak bermakna, dan yang tidak dapat di depan mata rasa kecewa dengan hanya apa yang ada.

Mana rasa syukunya?. Kita memang selalu lupa untuk mensyukuri apa yang kita ada. 

Belek-belek Al-quran hari ni. Mostly ditunjukkan ayat yang berkaitan dengan syukur.


Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman): "Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur?”[Al-An’am:53]


Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.(Al-A'raaf 7:10)


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".Ibrahim 14:7


Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(Al-Nahl 16:78)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".[Al-Mulk]


Tetapi, hakikatnya kita mudah lupa dan leka dengan apa yang kita ada. Kita rasa segalanya hasil usaha sendiri, rasa semuanya sudah kita capai dengan titik peluh kita.

Sedangkan hakikatnya segala apa yang ada di langit, di bumi serta isinya adalah milik Tuhan.


Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa.(Al-Israa' 17:83)


Banyak cara kita boleh merealisasikan rasa syukur itu. 

Terutamanya dengan selalu mengingati Dia. Bertasbihlah, bertahmidlah dan bertakbir la padaNya. Jangan pernah jemu memuji-muji namaNya. Kerana Hanya Dia punya milik segalanya. 

Hapuskan kuasa memiliki. Set to mind siap-siap, apa yang ada bukan milik aku. Tapi, Allah Yang Maha Baik memberi segalanya. Dia boleh bagi apa yang kita mahu, dan Dia boleh ambil kembali apa yang Dia punya bila-bila masa.

Istighfar dan taubat. Amalan ‘peribadi’ stiap hamba pada tuhannya. Istighfar, moga kita tidak keterlaluan dengan nikmat yang Tuhan bagi dan bertaubatlah, moga kita tidak riak dan takbur dengan kurniaan yang diberi.

Sedekah dan amal kebajikan. Setiap apa yang ada pada kita tidak akan kekal, tetapi apa yang kita berikan akan kekal. Hak rezeki, nikmat yang ada pada kita bukan hanya untuk kita seorang tetapi untuk semua orang. 

Dan syukur itu pucuk kepada bahagia. Bila hati rasa redha, cukup dan syukur dengan apa yang Allah bagi, maka berkembanglah pucuk syukur menjadi bunga yang berkembang bahagia. Bahagia yang hanya kita sendiri rasa, tak mampu nak kongsi dengan orang lain, kerana Pemilik Bahagia itu akan melimpahkan kegembiraan dari kesyukuran hambaNya.

Banyak kali saya selalu terkena dengan mak. Kadang-kadang rasa jemu dengan makan yang ada dirumah, dan lauk yang sama diulang (mungkin sebab malas masak :p) . pada satu hidangan lauk yang kita masak, datang dari pelbagai sumber. Bawang, ikan, santan, garam, gula dan sebagainya dihasilkan dari sumber bumi yang berlainan kan?ada yang dari laut, ada yang dari bawah tanah, ada yang di daratan senang-senang lagi depan mata. Semuanya datang dari mana? Sentap. Terus senang je nasi masuk mulut. Cukup 6 bulan duduk rumah, setiap masa rasa tarbiah dari mak. Tarbiah yang tidak mungkin hanya dapat dari kelangsungan program, tetapi setiap saat yang kita lalui itu punya nilai dan tarbiah dari Tuhan. subhanAllah.

Cubalah tadabbur setiap saat yang kita buat itu dari Tuhan.

And today the last day of 2014.

Sempat rewind hari ni. Dari bulan 1 hingga bulan 12 tahun ini, apa yang aku buat.

Apa yang aku dapat?

Apa yang aku tak dapat buat lagi?

Dannnn………..

Banyak mana dah aku bersyukur????? Erk!!!

Tersenyum sorang-sorang jugak bila rewind2 tadi. Terbayang masa sibuk berhabis-habisan dengan research project, smbil bertarung kekuatan dengan ujian kesihatan. Allahuakbar, segalanya hanya dari Allah.

Alhamdulillah atas segala ujian dan dugaan dari Allah tahun ni. Dengan ujian dari Dia, Allah seakan-akan mentarbiyah aku untuk jadi hambaNya yang lebih ‘matang’, mengenal nikmatnya kesabaran dan belajar untuk merasakan keredhaan dari Tuhan.

Tiapa apa yang mampu aku ucap. 

Haza min fadhli rabbi.

Moga Engkau berkati setiap detik yang lalu, diampunkan segala khilaf dan dosa-dosa, dosa yang terdahulu, yang kemudian, yang akan datang, yang nyata mahupun tersembunyi. Moga sentiasa menjadi hamba yang diredhai.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



Tuesday, December 16, 2014

syurga dunia

Bismillah.

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita hari ini. Segala puji bagi Allah yang tetap memberi pinjaman dengan udaraNya untuk bernafas dalam jiwa sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah.

Teringat satu bacaan hasil tulisan pena ustaz Umar Muhammad Nor.

Mengenai syurga dunia.

Err…it is about get the righteous spouse? =.=’

[this is actually what most people think about syurga dunia kan?]

Nooopeeee!


Ada syurga dalam hati.


“di dunia ini terdapat sebuah syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya, maka dia tidak akan memasuki syurga akhirat.”- Ibn Taimiyah.

Kita tengok sedikit kisah dari Ibn Taimiyah.

Ibn Taimiyah adalah seorang yang dikenali dengan kecerdasannya. Beliau banyak mendalami ilmu-ilmu agama dari ulama-ulama, menguasai ilmu naqli dan aqli dan beliau sangat menakjubkan dalam hafalan ilmunya.

Ibn Taimiyah sangat tegas dengan kebenaran. Beliau tidak gentar menasihati Sultan Qazan yang mempunyai niat untuk menyerang Damsyik, dan akhirnya Sultan tersebut menuruti nasihatnya dan membatalkan niatnya. Sejak dari itu, Ibn Taimiyah dikenali dan masyhur di Syria.

Namun, beliau diancam dengan musuh di sekelilingnya sehingga mereka mencari jalan untuk merosakkan nama baiknya. Sehinggalah berlaku pergolakan di Syria, dengan masalah politik, fitnah dan celaan, Ibn Taimiyah diusir keluar dari Syria dan dipulaukan ke Mesir.

Apa yang beliau katakan sewaktu dalam kesempitan hidupnya:

“apa yang dapat dilakukan oleh musuh-musuhku? Syurgaku berada dalam hatiku, ke mana saja aku pergi, ia sering bersama denganku”

"syurga dunia" yang dimaksudkan adalah sebuah taman kebahagiaan yang terdapat dalam hati. Setiap dari kita boleh memperoleh syurga tersebut. Hati adalah punca sebenar kita bahagia. Tiada siapa yang boleh merampas kebahagiaan dalam hati kita, kerana ia bukan terletak pada jasad atau tubuh. Dan kebahagiaan ini sangat berkait rapat dengan persepsi kehidupan kita.


Apa yang dapat dipelajari, adalah Ibn Taimiyah adalah beliau tidak menyalahkan keadaan dan persekitran yang terbatas sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan berkarya. Kehidupannya yang sangat sukar, dicemuh sana sini dilihat sebagai satu peluang untuk memperteguhkan iman.

Ibn al-Qayyim berkata:

“aku tidak pernah melihat orang yang lebih nikmat hidupnya daripada beliau. Padahal beliau sangat miskin dan jauh dari kemewahan. Meskipun pernah hidup dalam penjara dan sering menghadapi ancaman dan seksaan, namun beliau seorang manusia yang paling nikmat hidupnya, paling luas dadanya, paling kuat hatinya dan paling bahagia. Tanda-tanda kegembiraan di wajahnya jelas kelihatan.”

Bagaimana mahu peroleh syurga dunia?

Aktifkan syurga hati. 

Hati. 
Kita semua ada hati kan?

Salah satu cara adalah menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah s.w.t. Berserahlah dan banyakkan tawakal dalam setiap perkara yang kita lakukan di bumi ini. Orang yang punya tawakal dan berserah sepenuhnya pada Tuhan akan punya kebahagiaan dan kedamaian dalam hati.

Fahami takdir dan susunlah tadbir. 

Sesuatu yang kita jangkakan mungkin tidak akan terjadi. Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita yang harus berubah tadbir. Dalam kesempitan, dalam kesusahan dan kepayahan yang kita rasa bagaikan terpenjara, ada yang boleh membahagiakan iaitu dengan hati kita.

Seperti Ibn Taimiyah tadi, ambillah kesempatan dalam kesusahan, kekecewaan atau sebagainya untuk mendidik hati dengan keredhaan dan kepasrahan pada Allah.

Cakap pasal redha, it makes me remind of one beautiful dua by al-ustaz:

“Ya Allah, jadikan hati ini hati yang meredhai dengan qada’Mu, dan berkaati aku dengan ketentuan dan ketetapanMu, sehingga aku tidak suka mempercapatkan apa yang Engkau lambatkan dan tidak suka melambatkan apa yang engkau cepatkan.”

Percayalah, Allah Maha Mengetahui maslahat buat kita lebih daripada kita tahu sendiri.