Tuesday, December 16, 2014

syurga dunia

Bismillah.

Segala puji bagi Allah yang masih menghidupkan kita hari ini. Segala puji bagi Allah yang tetap memberi pinjaman dengan udaraNya untuk bernafas dalam jiwa sebagai seorang hamba.

Alhamdulillah.

Teringat satu bacaan hasil tulisan pena ustaz Umar Muhammad Nor.

Mengenai syurga dunia.

Err…it is about get the righteous spouse? =.=’

[this is actually what most people think about syurga dunia kan?]

Nooopeeee!


Ada syurga dalam hati.


“di dunia ini terdapat sebuah syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya, maka dia tidak akan memasuki syurga akhirat.”- Ibn Taimiyah.

Kita tengok sedikit kisah dari Ibn Taimiyah.

Ibn Taimiyah adalah seorang yang dikenali dengan kecerdasannya. Beliau banyak mendalami ilmu-ilmu agama dari ulama-ulama, menguasai ilmu naqli dan aqli dan beliau sangat menakjubkan dalam hafalan ilmunya.

Ibn Taimiyah sangat tegas dengan kebenaran. Beliau tidak gentar menasihati Sultan Qazan yang mempunyai niat untuk menyerang Damsyik, dan akhirnya Sultan tersebut menuruti nasihatnya dan membatalkan niatnya. Sejak dari itu, Ibn Taimiyah dikenali dan masyhur di Syria.

Namun, beliau diancam dengan musuh di sekelilingnya sehingga mereka mencari jalan untuk merosakkan nama baiknya. Sehinggalah berlaku pergolakan di Syria, dengan masalah politik, fitnah dan celaan, Ibn Taimiyah diusir keluar dari Syria dan dipulaukan ke Mesir.

Apa yang beliau katakan sewaktu dalam kesempitan hidupnya:

“apa yang dapat dilakukan oleh musuh-musuhku? Syurgaku berada dalam hatiku, ke mana saja aku pergi, ia sering bersama denganku”

"syurga dunia" yang dimaksudkan adalah sebuah taman kebahagiaan yang terdapat dalam hati. Setiap dari kita boleh memperoleh syurga tersebut. Hati adalah punca sebenar kita bahagia. Tiada siapa yang boleh merampas kebahagiaan dalam hati kita, kerana ia bukan terletak pada jasad atau tubuh. Dan kebahagiaan ini sangat berkait rapat dengan persepsi kehidupan kita.


Apa yang dapat dipelajari, adalah Ibn Taimiyah adalah beliau tidak menyalahkan keadaan dan persekitran yang terbatas sebagai alasan untuk tidak terus berjuang dan berkarya. Kehidupannya yang sangat sukar, dicemuh sana sini dilihat sebagai satu peluang untuk memperteguhkan iman.

Ibn al-Qayyim berkata:

“aku tidak pernah melihat orang yang lebih nikmat hidupnya daripada beliau. Padahal beliau sangat miskin dan jauh dari kemewahan. Meskipun pernah hidup dalam penjara dan sering menghadapi ancaman dan seksaan, namun beliau seorang manusia yang paling nikmat hidupnya, paling luas dadanya, paling kuat hatinya dan paling bahagia. Tanda-tanda kegembiraan di wajahnya jelas kelihatan.”

Bagaimana mahu peroleh syurga dunia?

Aktifkan syurga hati. 

Hati. 
Kita semua ada hati kan?

Salah satu cara adalah menyelaraskan kehendak kita dengan kehendak Allah s.w.t. Berserahlah dan banyakkan tawakal dalam setiap perkara yang kita lakukan di bumi ini. Orang yang punya tawakal dan berserah sepenuhnya pada Tuhan akan punya kebahagiaan dan kedamaian dalam hati.

Fahami takdir dan susunlah tadbir. 

Sesuatu yang kita jangkakan mungkin tidak akan terjadi. Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita yang harus berubah tadbir. Dalam kesempitan, dalam kesusahan dan kepayahan yang kita rasa bagaikan terpenjara, ada yang boleh membahagiakan iaitu dengan hati kita.

Seperti Ibn Taimiyah tadi, ambillah kesempatan dalam kesusahan, kekecewaan atau sebagainya untuk mendidik hati dengan keredhaan dan kepasrahan pada Allah.

Cakap pasal redha, it makes me remind of one beautiful dua by al-ustaz:

“Ya Allah, jadikan hati ini hati yang meredhai dengan qada’Mu, dan berkaati aku dengan ketentuan dan ketetapanMu, sehingga aku tidak suka mempercapatkan apa yang Engkau lambatkan dan tidak suka melambatkan apa yang engkau cepatkan.”

Percayalah, Allah Maha Mengetahui maslahat buat kita lebih daripada kita tahu sendiri.



















No comments: