jeling-menjeling. mengintai-intai di ruang tengah solat, "ada halaqah ke x hari ni?"hanya monolog dlm diri.
selepas seketika, sudah ada beberapa teman-teman yg mahu membentuk bulatan gembira. alhamdulillah, moga kami terus terpilih dlm bulatan gembitra ini sambil meronta-ronta cinta padaMu
masing-masing tersenyum, terkulat-kulat antara satu sama lain. siapa punya turn hari ni?
taman syurga itu dimulakan dengan bismillah..
sekilas muqadimah, kami di suruh duduk berbulatan dan mencari partner berdua. masing-masing sudah mendapat partner masing-masing. diberi satu task untk diselesaikan bersama partner masing-masing.
"ok, masing-masing dah dapat partner masing-masingkan. ok, sekarang ni ada satu task. semua kene ucapkan pada partner masing-masing dgn pelukan kasih sayang. ucapkan..
"awak2...saya ada satu rahsia nak cakap dgn awak.
saya saaaaayang awk kerana Allah!"
haa..masing-masing terkejut dan tergamam. malu rasanye mahu diucapkan.
tanpa membuang masa, masing-masing lakukan task itu dgn penuh rasa cinta dan rahmat kasih sayangNya. ada yg sampai x terkata, mengalir air mata dek kerana cinta dgn berkasih sayang sesama sahabt sendiri. ada yg hampir bersama di dlm dewan kuliah, berkawan hingga 2 ke 3 tahun, baru kali ini diberi peluang untuk dilafazkan. sungguh, baru sahaja pelukan itu berpaut, itu sudah cukup rasanya kasih sayang dari sahabat. ego direndahkan, lafaz itu diucapkan dengan penuh rasa ikhlas.
"ana uhibbukifillah!"
peluk, peluk seeratnya. moga limpahan kasih sayang Tuham turut erat merangkul kasih sayang kami semua hanyalah semata-mata keranaMu Ya Rabb.
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
sunguh diri ini sangat merindui kalian :)
No comments:
Post a Comment