sungguh lama terdetik di hati, mahu saja yg off tuk blogging. semangat yg semakin merudum, minat membaca semakin pudar. seriously, saya rasa sungguh x terdaya tuk buat sesuatu.
lpas ni perlu habiskan masa pulak tuk berkinak-jinak dgn journal2. pre-thesis is coming soon, so kene la jinak2 tuk baca journal lebih. tambahan journal itu hanya menggunakan dakwat hitam dan putih saja. mungkin 'power spec' makin naik.hurmm
niat tuk off blogging. uh, byk kali sudah saya setting dr private to anybody. anybody to private.
semalam, saya terbaca blog sahabat saya. dia baru sahaja lepas menghadiri Bengkel Penulisan Islamik bersama saudara Hilal Asyraf di Zon Utara. satu yg saya terasa dgn pesanan CEo Langit Illahi itu pesan:
"penulisan Islamik tidak semestinya sarat dgn potongan ayat AL-Quran dan hadith2 pilihan. cukup sempurna utk sebuah penulisan itu dikategorikan sbgi islamik sekiranya dapat membawa pembaca drpd kurg baik kpd lebih baik dan sama2 mengajak ke arah kebaikan"
subhanaAllah. rasa tersentap sebenarnya. tak tahulah penulisan ini mampu atau tidak membawa kepada kebaikan.
tiba2 semangat tuk berblogging dtg pulak:)
betullah kata Syed Qutb:
“ Satu peluru hanya akan mampu menembus satu kepala, tetapi tulisan dapat menembus jutaan kepala.”
hasil tulisan sahabat saya, alhamdulillah mampu jugak tembus kepala ni.
mohon doakan saya semoga terus utk istiqamah. Allah yubarik fikum :)
Ya Muqallib al-Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Dinik wa Tujahidu fi Sabilik~
1 comment:
Terima kasih atas perkongsian ni :)
Saya yakin akak kenal Ibn Taimiyyah. Satu sosok tubuh yang selalu sering ingin menulis. Di saat-saat hujung nyawanya, beliau dipenjarakan. Menghabiskan baki hidup didalam penjara, tanpa tinta dan kertas. Mujur pelajarnya yang setia diluar penjara, mengirimkan arang. Lalu menulislah Ibnu Taimiyyah didinding penjara, meninggalkan lembaran "buku" terakhirnya disitu.
Betapa biar sesukar mana merealisasikan minat untuk menulis, beliau tetap mahu menulis.
Teruskan semangat akak tu.:) Tak perlu sebuah bakat untuk menulis, kerana teralirnya kata-kata itu dari hati. Dan inshaAllah, aliran itu akan sampai ke hati yang lain juga.
Post a Comment