Monday, January 31, 2011

aku pilih redha....~


Abi Abas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
         
   “sesiapa yg menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari kerdehaan manusia, Allah akan memurkainya dan akan menjadikan setiap yg meredhainya itu benci kepadanya. Dan orang yang mencari kerdhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya  Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.”(riwayat Al-tabrani.)

Redha Allah itu lebih utama dari segalanya.

Adakah apa yg kita selalu lakukan itu adalah semata-mata mendapat redaNya?sedar x sedar ramai umat di akhir zaman ini terperangkap dgn ‘keredhaan manusia’. Sangup melakukan apa saja yg disuruh tanpa mengira batas-batas syariat. Sanggup mencari isi dunia yg hanya sementara ini supaya kekal dalam dakapan, alangkah kasihannya, kerana tidak sedar bahawa dunia ini adalah sementara. Sanggup mengejar pangkat, darjat, harta kekayaan,segala isi dunia sehingga tidak sedar, kita telah tinggalkan rasa cinta kepada Allah.
Setiap hambaNya diberi pilihan….
           
       “demi jiwa seta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu).dan sunnguh rugi orang yg mengotorinya.”(An-Nas:7-10)

Dalm firman Allah di atas, mmg benar kita ini diberi pilihan, mana satu yg kita akan pilih? Sama ada jalan kejahatan atau ketaqwaan??dunia ini hanya sementara dan isi dunia itulah sebagai satu ujian kepada kita. Allah menguji kita dgn hiburan di dunia untuk melihat adakah kita tetap memilih jalan Allah atau memilih manusia dan isi dunia yg boleh melalaikan.apakah yg antum pilih?

Pohonlah redha Allah dalam setiap apa yg dilakukan. Kadang-kadang tidak semua apa yg kita impikan. Tidak semua apa yang kita harapkan kita akan dapat. Sebagai seorang hambanya kita perlu redha dgn segala kehendaknya. Jika kita redha dgn apa yang Allah dah tentukan untuk kita, pasti kita akan rasa lebih senang dan lebih dekat kepadaNya. Itu pun boleh dikira sebagai ujian juga. Allah tidak mendatangkan ujian itu bukan main-main sahaja. Semuanya ada sebab. Dan Allah itu akan menguji hamba-hambanya kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya. Lagi kuat iman seseorang itu, lagi berat ujian Allah itu. Janganlah rasa rugi dan sedih andai ditimpa ujian, tetapi sebaliknya  bergembiralah kerana Tuhan itu masih lagi sayangkan kita. Allah berfirman…

          “patutukah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yg diketahui Allah tentang  orang-orang yg sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”(Al-Ankabut:2-3)

Kebanyakan manusia ramai yg lari dr ujian Tuhan. Sanggup mengambil jalan pintas semata-mata untuk puaskan diri tanpa memikirkan redha Allah. Contonhya rasuah, sanggup membyar lebih demi mendapatkan hasil yg lebih tanpa memikirkan keberkatan yg dilakukan. Cinta. Ramai yg mengejar cinta dunia dan manusia tanpa sedar Tuhan itu yg lebih cintakan kita. Alngkah sedihnya bila kita tidak sedar bahawa tuhan itu snetiasa sayangkan hamba-hambaNya. Ujian  mengejar redha Allah itu sentiasa berlangsung, tidak kiralah lelaki, perempuan, tua, muda, miskin atau kaya.Cuma kita sahaja yg harus bijak memilih segala-galanya. Sedangkan balasan Allah amat baik untuk kita, jika kita mengetahuinya.

Jika kita aplikasikan dalam hidup sebagai seorang student, apakah sebenarnya kita belajar???untuk lepas exam?untuk lulus?untuk dapat pointer tinggi 3.5 n above?untuk dapat kerja senang?mcm2 alasan kan kita boleh bagi..sampai kita lupa niat sebenar kita belajar adalah kerana ingin dapatkan redhaNya. Segala ilmu yang kita belajar adalah milik Allah….x kisahlahlah belajar apa sekalipun, belajar memasak, belajar bidang pertukangan, bidang perkayuan sekalipun..semuanya adalah dari Dia. Pernah diuji untuk mengejar redhaNya..apabila kita redha dgn sesuatu, semuanya akan jadi mudah, hati akan rasa tenang dan tenteram…sedangkan pada awalnya kita susah nak terima sesuatu yg kita tidak mahukan. Tapi Allah berfirman..

“..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah:216)

Cantikkan ayat Allah tu…semuanya ada hikmah atas apa yg diberi. Jika kita redha dgn kehendaknya, insyAllah hidayah dan rahmatNya sentiasa mengiringi kita. Tuhan itu tahu ape yg terbaik untuk kita.

Mari kita hayati kisah nabi Ibrahim yg tinggi redhanya kepada Tuhan dan mengikis cintanya pada dunia kerana megejar cita Tuhan.
Demi menunaikan perintah Allah, Nabi Ibrahim terpaksa merelakan perpisahannya dgn isteri, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail. Meninggalkan kedua-duanya di tgh padang pasir demi mencari redha Allah. Semuanya terpaksa demi kasih dan sayangnya kepada Illahi.

Selepas perpisahan yang dilakukan demi  Allah, akhirnya baginda ditepertemukan kembali dgn isteri dan anaknya. Namun, ujian Tuhan tidak berhenti disitu, Nabi Ibrahim diuji pula dgn terpaksa mengorbankan kasih sayang terhadap anaknya, apabila Nabi Ibrahim diminta untuk menyembelih anak tunggalnya, Nabi Ismail dalam mimpinya. Allah..sungguh berat ujian Mu kepada Nabi Ibrahim..tegarkah seorang ayah menyembelih sendiri anaknya?demi cintanya, demi redha kepada Tuhan, Nabi Ibrahim menjalankan perintah Tuhan itu. Nabi ismail juga turut merelakan dgn perintah Tuhan itu…berkecai perasan dan luluh hati…

Apakah disebalik perintah Allah kepada Nabi Ibrahim?? Itulah ujian Allah. Untuk melihat apakah cintanya kepada dunia lebih besar drpd cintanya kepada Illahi. Sudah terbukti bagi Allah cinta Nabi Ibrahim ternyata benar.

Bagaimana pula dgn diri kita?
adakah kita mampu meninggalkan cinta dunia demi cinta Illahi?
Ada orang yg sanggup berkorban dan menderita kerana cinta yang dikejar. Ada orang yang sanggup melkukan apa saja demi mendapatan pujian, pangkat, harta dan kuasa. Ada juga orang sanggup menzalimi teman sendiri demi mendapat hasil yang lebih dr org lain. Ada orang yang terlalu tamak dan gilakan harta, sanggup memberi rasuah. Tapi, tidak sedarkah adakah Tuhan itu pandang dgn harta dunia yg kita perolehi???

Pilihlah redha Allah berbanding redha manusia. insyaAllah rahmatNya dan hidayahNya pasti mengiringi kita. Andai ditimpa ujian dan musibah, redhalah dan bersyukurlah kerana itu tandanya Allah sayangkan kita.

Bagi saya, saya rasa saya pun tidak layak sepatutnya untuk berbicara tentang ini, tiada manusia yang sempurna, tapi kita boleh cuba usaha untuk jadi sempurna di sisi Allah…

Duhai hati..redhalah...syukurlah dengan ketentuan TuhanMu.

 

Semoga Allah redha.


Thursday, January 27, 2011

6 hal yang apabila dikaruniai oleh Allah Swt kepada kita, maka tidak akan terhalang bagi kita 6 hal yg lain~

1.    Barangsiapa yang dikaruniai syukur maka tidak akan dihalangi dari penambahan nikmat. 
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
Sungguh jika kamu bersyukur, niscaya Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (QS. Ibrahim: 07)



2.    Barangsiapa yang dikaruniai kesabaran, maka ia tidak akan terhalang dari pahala.
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Azzumar: 10)


3.    Barangsiapa yang dikaruniai taubat, maka ia tidak akan terhalang dari pengampunan.
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنْ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ 
“Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambanya, dan memaafkanmu dari kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu lakukan. (QS. Asy-Syura: 25)



4.    Barangsiapa yang dikaruniai istiqhfar, maka ia tidak akan terhalang dari pengampunan, 
اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا 
“Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun” (QS. Nuh: 10)



5.    Barangsiapa yang dikaruniai berinfak, maka ia tidak akan terhalang dari balasan ganti.
وَمَا أَنفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ
“Dan apapun yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantinya.” (QS. Saba’: 39)


6.    barangsiapa yang dikarunia doa, maka ia tidak akan terhalang dari dikabulkan.
ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepadaKu  niscaya akan Aku perkenankan bagimu. (QS. Ghofir: 60) 



Semoga kita  dikaruniai oleh Allah enam hal tersebut... Amin Ya Rabbal A'lamin. 
semoga ALLAH redha.

p/s:perkongsian dr fb.semoga bermanfaat.

Saturday, January 22, 2011

tercari-cari~

assalamua'laikum....


bagaimana iman di hati hari ni?masih segarkah dr pagi hingga ke malam..atau hanya sama sepanjang hari..subhanallah..alhamdulillah, masih dihidupkan dgn nikmat-Nya yg paling besar, nikmat IMAN dan ISLAM., syukur aku hidup berTUHAN...alhamdulillah..lama x berblog, rasa mcm agak berat tangan dan  hati ni merungkai isi di teratak qalbi. permulaan sem 2 mcm2 cabarannya, mungkin secara luaran x nampak seolah2 dicabar dgn musibah, tp saya rasa hati ini selalu sahaja x sedap, kesian dekat hati ni, asyik2 dipersalahkan je..semuanya x kena...


mencari dan terus mencari....


mencari bakal yang diisi dalan hati ni. kadang2 saya rasa sesuatu dalam hati ni. rasakan ketenangan tapi masih ada resah di jiwa..mengapa ya???

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan."(Al-Maidah:5)


wasilah:jalan atau cara


ayat di atas membuka hati untuk mencari wasilah...cari jaln untuk dekat dgn Allah...tadabbur tafsir diulang2...mungkin inilah yg perlu saya cari. yang dpt mengisi jiwa, dapat mengisi rohani, sebagai makanan dan nutrient untuk rohani. 


ya..mungkin itu yang tercari2...


"assalamualaikum....sape2 ade kelapangan, jom kita buat halaqah...."


"assalamualaikum..kepada muslimat astar, esok insyaallah akan diadakan KISMIS (kuliah ilmu sepuluh minit insyaAllah settle) yg akan disampaikan oleh ................... dijemput hadir untuk sama2 menghadiri taman-taman syurga."


"assalamualaikum..adik2 ku biomed, esok insyaAllah kita akan adakan usrah selepas isyak. semoga kita dapat rapatkan ukhwah sesama kita."


"assalamualaikum..esok akan diadakan usrah bersama........"


usrah.tazkirah.tarbiyah zatiyah~


memperbaiki diri sendiri dgn mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik.







"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."(AL-Mujadilah:11)





"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."(Muhammad:7)









semoga Allah redha.












Wednesday, January 5, 2011

semangat;-)


salam a'laik...alhamdulillah, masih dipinjamkan nikmat untuk terus meniti di bumi Allah. sem 2 dah bermula. seronok jumpa balik kawan-kawan sekuliah. seronok merasai nikmat ukhwah bersama sahabat seperjuangan. harap Allah redha hubungan kami dan mudahkanlah tarbiyah kami di sem2 ni.saat2 mula ni, saya agak kurang rasa 'seceria' bersama kawan-kawan lain.saya pun x tau kenapa..mungkin ujian hati agaknya...alhamdulillah, ujian Tuhan itu tarbiyah bukan?ujian punyai kurang semangat...x pe la ya Allah, aku terima, mungkin Kau tidak mahu aku lari daripadaMu...meniliti lirik penghibur hati 'Langkah Tercipta"...terbit sedikit semangat...;-)


Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.


Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC

semoga Allah redha.









Sunday, January 2, 2011

empty~

"maka nikmat Tuhanmu yang mana kamu dustakan?"
(Ar-Rahman:13)

sejak kebelakangan ni, saya asyik teringat ayat Allah ni..
kerap kali bermain kat minda
ape yg sebenarnya Allah nak tunjukkan ni...

tibe2 rasa kosong...rasa kosong...rasa kosong..
astaghfirullah
saya tak tau kenapa
mungkin ade kaitan dgn ayat Allah tu...

banyak nikmatNya saya rasa x berpuas hati
asyik mengeluh
astaghfirullah...
astaghfirullah...
astaghfirullah...
ujian apakah yang Kau lemparkan hati ku ini
sesungguhnya Engkau yang membolak-balikkan hati hamba-Mu
aku mohon jangan Kau palingkan hatiku ini drpada Mu
aku mohon Ya Allah..





Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, Sesungguhnya Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(az-Zumar :53)



~ya Allah..bersihkanlah hati dan fikiran ku dgn ilmu dan amal kepadaMu...andai x mampu lagi dibersihkan, gantikanlah dgn yang baru, hanya redha daripadaMu yang aku harapkan...amin-bicara teratak qalbi~



semoga Allah redha.
amin.

Tuesday, December 28, 2010

Terima Kasih Sahabat~

salam a'laik...

pagi tadi, saya bukak emel....ada satu emel dr sahabat saya nun jaoh beribu batu di bumi anbiya sana...
rase xcited bila tgk nama sahabat ni....dgn xcitednye saya pun buka la peti inbox saya...

saya baca...dan baca....
menitis air mata saya bila baca emel dari sahabat saya ni..terharu sgt
saya x sangka rupa-rupanya Tuhan kurniakan saya seorang sahabat yang sangat baik bg saya
alhamdulillah...walau pon jauh di mata tp, hati rasa dekat selalu
semoga redha Allah mengiringi hubungan persahabatan kami..ameen..
semoga rahmat Allah milik kami...dan bersama rakan perjuangan yag lain...
saya nak kongsikan sesuatu dr sahabat saya tu..
semoga lebih byk ukhwah lagi kita jalinkan dgn tujuan untuk mendapat mardhatillah
insyaAllah...

sahabatku...aku selalu bersamamu
kerana kita punyai Tuhan yang sama
Agama yang sama
Rasul yang sama
dan tujuan hidup yang sama
mngejar firdausi di akhirat sana...
insyaAllah...









Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..


Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.









Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi.. 

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

"HATTA KALAU KAU TERJUN KE NERAKA, AKU AKAN TERJUN SAMA UNTUK MENARIK KAU, NAIK SEMULA DAN BERJALAN BERIRINGAN DENGANKU SAMPAI KE SYURGA."-uhibbukifillah~


mari kita mengejar RedhaNya...



aku bersamamu sahabat...;-)






pilih sendiri~

 alhamdulillah..masih lagi bernafas..masih lagi berdenyut nadi....masih lagi diberi hidayah iman dan islam..syukur hidupku masih lagi berTuhan..alhamdulillah...


teringat ayat-ayat indah dr Tuhanku..:


“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (Al-An'am:27)





bila baca terjemahan di atas, hati saya rasa takut
sebab saya terlupa akhirat
hidup bukan untk kat dunia, tp untuk dkt akhirat
sama ada di syurga atau neraka





saya pernah terbaca kata-kata dari satu blog yang yang saya ziarah..
  
"kalau ikutkan dunia, ya...mmg saya byk ketinggalan, tapi kalau saya ikut kan akhirat, saya x kan sekali-kali berpatah balik..kerana akhirat itu yang kekal abadi.."


Allah....bergetar hatiku...


akhirat....


syurga atau neraka?
pilih sendiri
sama ada syurga atau neraka
kedua-duanya adalah kekal di akhirat nanti
sama ada kita mahukan yang indah atau pun yang paling buruk
yang mana jadi pilihan kita?
pilihlah sendiri....


which one???



berjalan di facebook, disangkutkan hatiku  ke satu note pasal syurga dan neraka
mengcopy untuk peringatan...
pilihlah yang mana kediaman mu diakhirat nanti....




Harapan Penduduk Syurga dan Neraka untuk kembali ke Dunia









Sahabat Hikmah...

Dunia itu hanyalah bayangan yang tidak lama lagi akan hilang.
Dunia hanyalah setetes air bila dibandingkan lautan luas tak bertepi.
Sebanyak apapun yang engkau rengkuh di di dunia ini,
Maka ia hanya setetes dari lautan luas di bumi.
Oh tidak, bahkan kurang dari setetes.
Karena setetes itu adalah untuk dunia seluruhnya,
Sementara engkau tak memiliki dunia seluruhnya.

Celakalah Engkau yang menyangka dunia ini adalah segala-galanya.
Sehingga Engkau mengorbankan apa saja untuk mendaptkannya.

Ingatlah, dunia yang kau lihat gemerlap ini
Hanya bayangan...
Hanya setetes air...
Hanya beberapa nafas...
Hanya beberapa tahun...
Dan setelah itu...
Engkau akan memasuki gerbang keabadian.
Di sana hanya amalanmu...
Yang berguna untuk menggapai kebahagiaan.
Menuju surga yang dijanjikan...
Yang kenikmatannya...
Tak pernah disaksikan oleh pandangan mata siapapun,
Tak pernah didengarkan oleh telinga siapapun jua,
Dan tak pernah terbetik dalam pikiran dan hati makhluq manapun.

Tapi, di sinilah, di dunia inilah engkau menyemainya.
Dunia ini adalah ladang akhiratmu.
Di sinilah sumber kebahagiaan dan keberuntunganmu di akhirat.
Hanya di sini engkau diizinkan oleh-Nya...
Untuk mengumpulkan bekal yang menguntungkanmu di sana.

Kalau saja Engkau tahu,
Dunia inilah yang selalu menjadi angan-angan...
Para penduduk Surga dan Neraka untuk kembali ke dunia.

Tentang penghuni surga yang mengangankan kembali ke dunia,

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan :
“ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-burung hijau yang lepas bebas di surga ke mana saja ia mau. Kemudian ia akan kembali pada pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, muncullah Rabb mereka di hadapan mereka seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, mintalah kepadaKu apa saja yang kalian inginkan !”.
Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami meminta padaMu agar Engkau mengembalikan ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh sekali lagi di sana (di jalanMu).”
Maka tatkala Allah melihat bahwa mereka tidak meminta selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.” ( HR. Muslim)

Allah Ta’ala berfirman tentang penghuni Neraka :

“Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (QS. 6 : 27)

Dalam ayat lain dikatakan :
 “Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang shaleh berbeda dengan dahulu telah kami kerjakan.” (QS. 35 : 37)

Sungguh jauh perbedaan antara kedua angan-angan itu.
Sama-sama berangan untuk kembali demi melakukan amal shaleh.
Namun yang satu karena merasakan dahsyatnya siksa neraka,
Sementara yang lain karena telah merasakan ni’mat yang tiada tiara.

Ada baiknya kita yang masih di dunia,
Membayangkan kenikmatan surga ...
Agar lebih berusaha keras untuk melaksanakan perintah-Nya
Dan beramal sunnah untuk menaikkan derajat di surga.
Juga membayangkan dahsyatnya siksa neraka...
Agar lebih berusaha keras menjauhi dosa larangan-Nya
Dan menjauhi  sesuatu yang sia-sia.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy rahimahullah pernah mengatakan :
“Aku membayangkan diriku berada di dalam surga, memakan buah-buahnya, memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan dan menikmati segala kenikmatannya. Lalu aku berkata kepada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab : “Aku mengangankan untuk dikembalikan ke dunia agar aku dapat menambah amal-amal yang menyebabkan aku mendapatkan semua nikmat ini.”
”Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka. Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala. Dipaksa untuk meminum air hamim-nya yang dipenuhi darah dan nanah. Dan memakan buah zaqqum-nya yang menjijikkan.”

 Maka aku berkata pada diriku sendiri : “Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”
Ia menjawab : “Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku dapat mengerjakan amalan yang dapat menyelamatkan aku dari siksaan yang mengerikan ini.”
(Setelah membayangkan itu semua), akupun berkata pada diriku sendiri :
 “Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada di dunia), maka segeralah beramal !”.


Sahabat Hikmah...
Sadarilah bahwa masa hidup kita sungguh terbatas.
Nafas kita hanya berbilang.
Setiap tarikan dan hembusan nafas...
Tak lebih dari sebuah pertanda...
Bahwa usia kita di dunia telah berkurang.
Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini.
Karenanya...
Setiap penggalan bahkan setiap bagian terkecilnya
adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya.

Ingatlah...
Bahwa dengan kehidupan yang singkat ini...
Akan terjadi sebuah kehidupan yang abadi,
Abadi dalam kenikmatan
Atau abadi dalam azab yang penuh pedih-perih.

Bila kita mencoba membandingkan
Kehidupan dunia ini dengan kehidupan akhirat,
Akan sadarlah kita...
Bahwa setiap nafas itu berbanding lebih besar
daripada beribu-ribu tahun di akhirat,
Entah itu dalam kenikmatan yang tak berbatas atau sebaliknya.

Karenanya jangan sia-siakan permata umurmu...
Tanpa melakukan suatu amalan kebaikan.
Jangan engkau biarkan ia pergi...
Tanpa mendapatkan balasan yang setimpal.
Untuk menaikkan derajatmu di surga
Atau menjauhkanmu dari siksa neraka.

Bersungguh-sungguhlah...
Agar setiap tarikan nafasmu tak pernah kosong...
Dari keshalehan dan taqarrub padaNya.
Sebab jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu,
Betapa sedihnya hatimu…
Apalagi jika yang hilang adalah permata akhiratmu ?
Bagaimana mungkin engkau tega menyia-nyiakan,
Dan membuang detik-detikmu begitu saja ?
Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ saja,
Padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus ?
Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni neraka itu.
Air mata darah sekalipun tak brguna untuk kembali ke dunia.

Sahabat Hikmah...
Kini, aku dan kau masih di sini.
Yah, masih di dunia fana ini.
Tempat kita menyemai tanaman akhirat.
Maka segeralah bertaubat dan beramal !

Sumber:


~jadilah anak-anak akhirat yg melihat dunia ini dgn jendela akhirat, dunia ini sementara, yg didalamnya semuanya akan hancur dan hanya yg disaluti keimanan sahaja akan kekal.~SINERGI


Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
(Al-A'nkabut:64)