Monday, January 31, 2011

aku pilih redha....~


Abi Abas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
         
   “sesiapa yg menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari kerdehaan manusia, Allah akan memurkainya dan akan menjadikan setiap yg meredhainya itu benci kepadanya. Dan orang yang mencari kerdhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya  Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.”(riwayat Al-tabrani.)

Redha Allah itu lebih utama dari segalanya.

Adakah apa yg kita selalu lakukan itu adalah semata-mata mendapat redaNya?sedar x sedar ramai umat di akhir zaman ini terperangkap dgn ‘keredhaan manusia’. Sangup melakukan apa saja yg disuruh tanpa mengira batas-batas syariat. Sanggup mencari isi dunia yg hanya sementara ini supaya kekal dalam dakapan, alangkah kasihannya, kerana tidak sedar bahawa dunia ini adalah sementara. Sanggup mengejar pangkat, darjat, harta kekayaan,segala isi dunia sehingga tidak sedar, kita telah tinggalkan rasa cinta kepada Allah.
Setiap hambaNya diberi pilihan….
           
       “demi jiwa seta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu).dan sunnguh rugi orang yg mengotorinya.”(An-Nas:7-10)

Dalm firman Allah di atas, mmg benar kita ini diberi pilihan, mana satu yg kita akan pilih? Sama ada jalan kejahatan atau ketaqwaan??dunia ini hanya sementara dan isi dunia itulah sebagai satu ujian kepada kita. Allah menguji kita dgn hiburan di dunia untuk melihat adakah kita tetap memilih jalan Allah atau memilih manusia dan isi dunia yg boleh melalaikan.apakah yg antum pilih?

Pohonlah redha Allah dalam setiap apa yg dilakukan. Kadang-kadang tidak semua apa yg kita impikan. Tidak semua apa yang kita harapkan kita akan dapat. Sebagai seorang hambanya kita perlu redha dgn segala kehendaknya. Jika kita redha dgn apa yang Allah dah tentukan untuk kita, pasti kita akan rasa lebih senang dan lebih dekat kepadaNya. Itu pun boleh dikira sebagai ujian juga. Allah tidak mendatangkan ujian itu bukan main-main sahaja. Semuanya ada sebab. Dan Allah itu akan menguji hamba-hambanya kerana Allah sayang akan hamba-hambaNya. Lagi kuat iman seseorang itu, lagi berat ujian Allah itu. Janganlah rasa rugi dan sedih andai ditimpa ujian, tetapi sebaliknya  bergembiralah kerana Tuhan itu masih lagi sayangkan kita. Allah berfirman…

          “patutukah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yg diketahui Allah tentang  orang-orang yg sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”(Al-Ankabut:2-3)

Kebanyakan manusia ramai yg lari dr ujian Tuhan. Sanggup mengambil jalan pintas semata-mata untuk puaskan diri tanpa memikirkan redha Allah. Contonhya rasuah, sanggup membyar lebih demi mendapatkan hasil yg lebih tanpa memikirkan keberkatan yg dilakukan. Cinta. Ramai yg mengejar cinta dunia dan manusia tanpa sedar Tuhan itu yg lebih cintakan kita. Alngkah sedihnya bila kita tidak sedar bahawa tuhan itu snetiasa sayangkan hamba-hambaNya. Ujian  mengejar redha Allah itu sentiasa berlangsung, tidak kiralah lelaki, perempuan, tua, muda, miskin atau kaya.Cuma kita sahaja yg harus bijak memilih segala-galanya. Sedangkan balasan Allah amat baik untuk kita, jika kita mengetahuinya.

Jika kita aplikasikan dalam hidup sebagai seorang student, apakah sebenarnya kita belajar???untuk lepas exam?untuk lulus?untuk dapat pointer tinggi 3.5 n above?untuk dapat kerja senang?mcm2 alasan kan kita boleh bagi..sampai kita lupa niat sebenar kita belajar adalah kerana ingin dapatkan redhaNya. Segala ilmu yang kita belajar adalah milik Allah….x kisahlahlah belajar apa sekalipun, belajar memasak, belajar bidang pertukangan, bidang perkayuan sekalipun..semuanya adalah dari Dia. Pernah diuji untuk mengejar redhaNya..apabila kita redha dgn sesuatu, semuanya akan jadi mudah, hati akan rasa tenang dan tenteram…sedangkan pada awalnya kita susah nak terima sesuatu yg kita tidak mahukan. Tapi Allah berfirman..

“..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah:216)

Cantikkan ayat Allah tu…semuanya ada hikmah atas apa yg diberi. Jika kita redha dgn kehendaknya, insyAllah hidayah dan rahmatNya sentiasa mengiringi kita. Tuhan itu tahu ape yg terbaik untuk kita.

Mari kita hayati kisah nabi Ibrahim yg tinggi redhanya kepada Tuhan dan mengikis cintanya pada dunia kerana megejar cita Tuhan.
Demi menunaikan perintah Allah, Nabi Ibrahim terpaksa merelakan perpisahannya dgn isteri, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail. Meninggalkan kedua-duanya di tgh padang pasir demi mencari redha Allah. Semuanya terpaksa demi kasih dan sayangnya kepada Illahi.

Selepas perpisahan yang dilakukan demi  Allah, akhirnya baginda ditepertemukan kembali dgn isteri dan anaknya. Namun, ujian Tuhan tidak berhenti disitu, Nabi Ibrahim diuji pula dgn terpaksa mengorbankan kasih sayang terhadap anaknya, apabila Nabi Ibrahim diminta untuk menyembelih anak tunggalnya, Nabi Ismail dalam mimpinya. Allah..sungguh berat ujian Mu kepada Nabi Ibrahim..tegarkah seorang ayah menyembelih sendiri anaknya?demi cintanya, demi redha kepada Tuhan, Nabi Ibrahim menjalankan perintah Tuhan itu. Nabi ismail juga turut merelakan dgn perintah Tuhan itu…berkecai perasan dan luluh hati…

Apakah disebalik perintah Allah kepada Nabi Ibrahim?? Itulah ujian Allah. Untuk melihat apakah cintanya kepada dunia lebih besar drpd cintanya kepada Illahi. Sudah terbukti bagi Allah cinta Nabi Ibrahim ternyata benar.

Bagaimana pula dgn diri kita?
adakah kita mampu meninggalkan cinta dunia demi cinta Illahi?
Ada orang yg sanggup berkorban dan menderita kerana cinta yang dikejar. Ada orang yang sanggup melkukan apa saja demi mendapatan pujian, pangkat, harta dan kuasa. Ada juga orang sanggup menzalimi teman sendiri demi mendapat hasil yang lebih dr org lain. Ada orang yang terlalu tamak dan gilakan harta, sanggup memberi rasuah. Tapi, tidak sedarkah adakah Tuhan itu pandang dgn harta dunia yg kita perolehi???

Pilihlah redha Allah berbanding redha manusia. insyaAllah rahmatNya dan hidayahNya pasti mengiringi kita. Andai ditimpa ujian dan musibah, redhalah dan bersyukurlah kerana itu tandanya Allah sayangkan kita.

Bagi saya, saya rasa saya pun tidak layak sepatutnya untuk berbicara tentang ini, tiada manusia yang sempurna, tapi kita boleh cuba usaha untuk jadi sempurna di sisi Allah…

Duhai hati..redhalah...syukurlah dengan ketentuan TuhanMu.

 

Semoga Allah redha.


No comments: