Wednesday, October 1, 2014

bukan tersisih, tapi terpilih!



“Apabila Allah membukakan satu jalan perkenalan bagimu, maka janganlah engkau segan sekalipun amalanmu sedikit, kerana sesungguhnya Dia tidak membukakannya bagimu kecuali Dia hendak berkenalan denganmu. Tidakkah kamu tahu bahawa perkenalan merupakan kedatangan-Nya kepadamu hasil daripada amalan-amalan yang kamu hadiahkan untuk-Nya, namun bagaimanakah keadaan amalan yang kamu hadiahkan kepada-Nya itu berbanding kedatangan-Nya kepadamu” –Hikmak kelapan, HIKAM.

Apa maksud jalan perkenalan?

Apabila Tuhan memilih hamba-hamba-Nya menuju hidayah-Nya.

Bagaimana?

Dua cara Alah memberikan kita hidayah:

1)Jalan ‘Inayah: dengan melaksankan segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah
2) Jalan al-ijtiba’: Allah sendiri yang memilih hamba-Nya ke hadrat-Nya

Cara yang pertama adalah dari perbuatan hamba itu sendiri, manakala yang kedua adalah dari Allah kepada hamba-Nya. Maka dalam pemberian hidayah itu perlu kepada kedua-dua cara di atas.

Contoh:

Seorang yang lalai dan leka dengan dunia dan maksiat, tiba-tiba berlaku kejutan yang menginsafkan. Lalu hamba itu beralih dengan kesungguhan beribadah dan berakhir dengan pengabdian kepada Allah. Ini bermaksud, Allah itu akan memilih hambaNya dengan satu “kejutan”= ”ujian”.

“apabila aku uji hamba-Ku yang beriman, jika dia tidak mengeluh, Aku kuatkan ikatan-Ku (kurnia kesihatan), dan akan Aku gantikan dagingnya dengan yang lebih baik dan darahnya dengan yang lebih baik darinya, dan kemudian Aku berfirman kepada-Nya: ’mulakanlah amalan baharu’ “
 ( Riwayat al-Hakin dan al-Baihaqi)

Jadi, apabila Allah itu mahu mendekatkan jarak-Nya dengan hamba, ujian itu akan menjengah umpama emas dan perak yang dibakar untuk pembersihan.

Allahu akbar!

Doa Imam Abu al-Hassan al-Syazili:

“Ya Allah! Kurniakan aku sifat sabar untuk mentaati perintah-Mu, menjauhi larangan-Mu dan menjauhi sifat syahwat yang semua itu akan menjauhkan aku dari sis-Mu”

Bersyukurlah saat diuji. Hakikkatnya ujian itu bukan buat kita tersisih, tetapi terpilih!

Terpilih dengan hidayah-Nya. Jika kita yakin hidayah Tuhan itu adalah nikmat, maka berbahagialah wahai hati. Pasti ada kebahagiaan yang engkau kecapi, mungkin bukan pada dunia, bukan pada harta, bukan pada keturunan, bukan pada pangkat, tetapi pada hati. Hati yang kembali pada Tuhan dengan kebahagiaan yang pasti tidak akan kita jangkakan. Hinggakn para wali Allah amat bergembira ditimpa bala atau ujian, Syeikh Ali al-‘Imrani menamakan bala itu sebagai lailatul qadar. Masya Allah!

Dan ujian itu mengajar erti kesabaran yang sebenar dengan Tuhannya. Perasaan sabar itu menjadi satu ‘nikmat’ yang benar-benar di rasakan hanya untuk mentaati Tuhan. Hanya mereka yang diuji ‘faham’ dan ‘rasa’ nikmat sabar itu. subhanAllah!

Sentuhan hati dari Solusi, dan Apabila Allah itu sendiri ingin mendekati.



Allahu ‘alam.

No comments: