Sunday, October 12, 2014

bicara takdir

Selesai tahsin Surah Al-Mukminun, masa yang berbaki diisi dengan tadabbur seketika. Jika mahu berkomunikasi dengan Tuhan, solat sebagai  pembuka bicara, namun andai mahu Tuhan berbicara dengan kita, tadabbur kitab suci itu.

Ayat pertama yang bermaksud;

‘sungguh beruntung orang-orang yang beriman’.

Bagaimana orang yang beriman itu?.Satu persoalan diutarakan.

Aku terpaku seketika. Ya, bagaimana mahu fahamkan dalam diri aku juga bagaimana orang yang beriman itu.
Sahabat disisi seakan-akan mendengar monolog aku.

Secara simplenye, kita tahukan rukun iman?

Beriman kepada Allah
Beriman kepada Malikat
Beriman kepada Al-Quran
Beriman kepada Rasul
Beriman kepada Hari AKhirat
Dan terakhir beriman kepada qada’ dan qadar Tuhan

Ingat?

mengangguk, ya semuanya ingat rukun iman. Hafalan yang diterapkan sejak dari sekolah lagi.

Rukun iman yang pertama hingga yang kelima, kebanyakan kita manusia biasa yang lemah ini faham dan tahu serta percaya dan yakin dengan sebenar-benarnya.

Tetapi rukun iman yang keenam, tidak semua antara kita betul-betul boleh jamin kita iman kepada takdir Tuhan.

Maksudnya?

Apabila sesuatu yang kita impikan tidak kita kecapi. Apabila kita rasa apa yang kita mahu dan harapkan tidak tertunai. Maksudnya, apa yang kita mahukan selama ini, kita tak dapat.

Allahu..

Itulah maksudnya. Sungguh dan sangat berat bukan bila kita rasa apa yang kita target atau kita mahukan selama ini tidak tertunai?cuba bayangkan satu nikmat yang kita seronok selama ni, tiba-tiba hilang sekelip mata. Mungkin kita kehilangan sesuatu yang kita sayangkan?

Disinilah ujian dari Tuhan yang Allah turunkan untuk lihat adakah kita benar-benar beriman sepenuhnya 
dengan Tuhan. Kebanyakan dari kita, susah mahu terima dengan takdir dan ketentuan Tuhan.

“apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”[Al-‘Ankabut:2]

Itulah salah satu cara Allah menguji kita. Dalam ketaatan kita kepda Tuhan, Allah turunkan ujian untuk meningkatkan darjat dan memberatkan amalan kebajikan kamu. Dan dalam kemaksiatan, Allah pasti akan menguji untuk mengampunkan dosa kita.

Percayalah Allah itu bukan suka-suka mahu turunkan ujian kepada kita. Allah itu tidak pernah kecewakan kita. Bukalah hati kamu selapang-lapangnya untuk terima ‘hadiah’ dari Tuhan. Percayalah, Allah akan bagi sesuatu yang lebih berharga, mungkin bukan di dunia, tetapi pasti di akhirat nanti. bersangka baik dan redha dengan Allah.

Jadi, bagaimana kita mahu gembira dengan takdir Tuhan?

Orang yang beriman tahu yang segala-gala yang berlaku didunia ini adalah kuasa dari Tuhan.

Contoh, apabila kita rasa disakiti seseorang, orang yang beriman tidak pandang dan mempersoalkan orang yang menyakiti itu. Sebaliknya, orang yang beriman itu tahu, yakin dan percaya ini semua dari Tuhan. Tuhan yang menguasai setiap hamba-hambaNya. Sangka baik kepada Tuhan itu sentiasa di hati. Tetapi, orang yang sebaliknya mungkin susah untuk terima dan menyalahkan orang yang menyakiti.

“dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkan selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadaMu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”[Al-An’am:17]

“setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kita (Luh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.” [Al-Hadid:17]

Tuhan itu lagi tahu yang terbaik kan? Tuhan itu sudah susun cantik-cantik tadir kita. Lalui dan terima apa yang Allah tentukan takdir kita (setelah berusaha) dengan redha dan sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan. Dan juga bersabarlah. Allah mahu beri pahala kesabaran kepada kita. Sabar dalam ketaatan kita kepada Tuhan.

Hati ini bagai dipeluk. Dipeluk dengan kasih sayang Tuhan. Allah!


******

Kadang kala, aku teringin.
Aku teringin untuk mengintai sendiri takdir aku,
Apa yang akan aku lalui selepas ini?
Adakah duka itu menjelma sentiasa?
Adakah keindahan sudi bertandang?
Namun, tidak sama sekali kuketahui,
Kerna kudrat aku terbatas,
Ilmu aku terhad.

Dengan adanya nikmat iman,
Takdir Tuhan itu sentiasa misteri,
Misteri dengan keagunganMu,
Misteri dengan KekuasaanMu,

Percayalah,
Takdir Tuhan itu pasti tidak salah,
Mungkin yang dihajatkan tidak terlihat ,
Tapi, pasti dan yakin, menanti di ‘sana’.

Dalam takdir Tuhan itu,
 ada bicara,
Bicara iman pada sang hamba,
Iaitu hamba yang menagih redhaNya.


Lebih baik dari syurga
Allah menyeru: “Wahai ahli syurga!”
Mereka menyahut: “Kami sambut seruan-Mu wahai Tuhan kami, kebahagiaan daripadaMu, dan kebaikan di tanganMu”
“Adakah kamu redha?”
“Mengapa pula kami tidak redha wahai Tuhan?Engkau kurniai kami apa yang belum pernah Engkau berikan kepda mana-mana makhlukMu”
“Mahukah Aku kurniakann kamu dengan apa yang lebih baik daripada itu?”
“Wahai Tuhan ada lagikan sesuatu yang lebih baik daripada itu?”
“Aku isytiharkan atas kamu keredhaanKu. Maka Aku tidak akan murka terhadap kamu selepas ini selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari)


No comments: