Saturday, December 14, 2013

symptom Final year

"ala..nak kawen la camni..."
"aik, tetiba plak nak kawen(gelak2)"
"aku x larat la nak buat semua ni, kalo da kawen, mesti ade org bole tolong aku, senang skit keje"
"emm..emmm..mungkin buat masa ni Allah boleh byk lagi bagi pertolongan kat kite...x kan la rase x larat, trus nak kawen.."

melangkah masuk final year, masing-masing mungkin dah 'matang' :p hehe

kahwen, siapa tak nak kahwen. siapa tak nak ikut sunnah nabi kita. dan nabi pun dah bersabda:

Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

tapi, bukan simply kita boleh senang-senang terus kahwen. kahwen. bukan sebab kita rasa sunyi, kita terus rasa nak kahwen, dengan alasan ade encik suami yg akan akan teman lepas kahwen. mungkin ade juga yg fikir, bila dah kahwen, senang la sikit nak urus kan hal-hal mase study, boleh tolong buat itu ini, boleh teman sana sini.

 ye ke?

di sini, kita boleh tengok diri kita, bergantung harap dengan siapa sebenarnya. dengan Tuhan atau ciptaan Tuhan yg lain. kalau pun kita sudah kahwin, dan ada en. suami yg teman itu dan ini, itu juga dari Allah. Allah hadirkan pertolonganNya melalui en. suami.

kenapa tiba-tiba ckp pasal kahwin ni?>.<

iyalah, need to reseat balek niat and mind kita. 

symptom2 ni terjadi sebenarnya apabila teman sekuliah masing-masing sibuk dengan final year project(FYP). masing-masing bertungkus lumus dgn FYP. banyak hal yg kene uruskan sendiri, and kene juga field trip. mungkin ada yg rasa susah untuk uruskan sendiri, dan terlintas terus untuk kahwin dengan harapan, nanti ade org teman and tolong pergi sana sini.salah seorang kawan kuliah sudah pun kahwin, and mungkin melihat kawan itu sentiasa bahagia dan selalu ditemani suaminya, membuatkan kami yg lain ni pun rasa macam nak kahwin jugak >.<
normal la tu kan :p

hahaha.macam2 la depa ni.

back to FYP. ye memang saya tak nafikan, dalm buat FYP ni, memang susah, nak tak nak, malu tak malu, kene juga ajak kawan sekali untuk teman pergi sampling or urusan luar, walaupun kita rasa serba salah nak ajak kawan, depa yg lain pun nak buat kerja jugak.

apa yg saya nak tulis, mengenai mencari si dia yg halal. cewwah!

kita kahwin bukan directly sebab rasa nak berteman. kahwin itu ibadah. kita kene cari orang yg mana kita rasa dia boleh bawak kita untuk terus beribadah dalam dunia ni.pandang dia, bole buat kita ingat Allah.

"saya takutla, nanti mcm mane nak pilih bakal suami, sekarang lelaki bukan boleh percaya"

dlm hati, gelak gelak gelak.hahaha.



اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

senang cerita, tak payah nak try-try cari pun siapa yg bakal halal tu. sebaliknya, usaha dan usaha perbaiki diri untuk jadi lebih baik. insyaAllah Allah datangkan kita dengan dia yg baik. usaha perbaiki diri itu pun akan jadi satu usaha kita  untuk dpt jodoh yg baik.

rasa sunyi? Allah kan ada :) Allah itu sentiasa ada untuk kita. cuma, kita yg tidak sedar dengan kehadiran Dia. if Allah tak izin, mungkin kita tak ada upaya nak buat FYP ni. segala apa yg kita buat, semuanya adalah ilham dari Dia. bersyukurlah, kita bertuhankan Dia. tanamkan dalam diri, Allah itu sentiasa ada untuk teman kita. walaupun kita rasa kita bukan buat yg berkaitan dgn deen, tapi sesungguhnya setiap detik apa yg kita buat, itu semua Allah yg punya. sesaintifik mana pun kita belajar dalam bidang sains, itu semua Allah yg punya. tiada alasan untuk kita rasa, kita bukan pelajar aliran agama, kita bukanlah org yg kuat imannya.

tak tak. baik atau tak baik, itu bukan urusan kita. hanya Allah sahaja yg menilai keimanan seseorang, dalam kita belajar aliran sains, sepatutnya membuatkan kita lebih dekat dengan Dia. segala mechanism, kejadian makhluk tuhan yg kita belajar, itu adalah sunnatullah. 

boleh rasa sendiri dalam hati, ada Allah atau tidak. T__T

rase tak tahu apa yg nak dsampaikn. rasa carca merba, mungkin sebab memang tengah serabut. moga Allah itu sentiasa mudahkan urusan kita. jangan lupa untuk syukur dalam setiap urusan yg kita dapat selesaikan. moga-moga semua amaln kita yg bukan spesifiknya untuk ibadah jadi ibadah di sisi Dia.



"Maka sesungguhnya SESUDAH KESUSAHAN itu ada KESENANGAN" -[Al Insyirah:5]








No comments: