Harapan.
apabila kita berharap, kita selalu harapkan dari hati kan?
dan dari hati itulah, Allah turut dengar harapan kita.
setiap harapan yg terlintas dr hati kita, ataupun kata-kata yg kita lafazkan berupa harapan adalah satu doa secara tak langsung. dan setiap kata-kata itu juga adalah doa :)
jadi, apa yg kita ada hari ini, mungkin kita pernah berharap satu hari dahulu kan?bersyukurlah kita dengan apa yg Allah kurniakan dlm kehidupn kita. sedar tak sedar, kadang-kadang kita masih lagi rase tidak cukup atau mengeluh dengan apa yg kita ada hari ini, tapi ketahuilah apa yg kita ada hari ini adalah harapan kita dahulu yg Dia rasa kita berhak merasa harapan tersebut. baik kan Allah? :)
tapi, ada jugak harapan yg kita tak dapat hari ni.
dan itu mungkin Allah telah engubah harapan yg kite hajati itu kepada sesuatu yg lebih baik dr apa yg kita harapkan. kerana Dia yg mencipta kita, yg lebih tahu apa yg terbaik utk ciptaanNya.
takdir untuk sesuatu doa itu boleh jadi kepada 3 keadaan:
1) Allah itu Maha Mendengar dan Dia akan memakbulkan doa kita
atau pun
2) Allah masih lambat utk makbulkan kerana Allah tahu bukan sekarang masanya.
dan atau pun,
3) Allah tidak memakbulkan doa kita kerana Dia lebih tahu ada yg lebih baik yg Allah nak bagi selain doa kita.
terus berdoa dan berdoa. bukan hanya dibibir selepas mengakhiri solat, tapi sentiasalah berdoa, dari hati, ataupun kata-kat kita seharian. jadi, haraplah yg baik2, lafazkan kata-kata yg baik, serta selalulah fikir-fikir yg positive, moga masa hadapan nanti, baik-baik belaka. insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment