Sunday, June 15, 2014

sujud cintaku

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...
Kau berikan ku segala galanya
dan Kau menguji ku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau janjikanku dengan ayat-ayat Mu
Di sana menanti di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabb

[dalamsujudcintaku]

Tuesday, June 10, 2014

dahulu...



Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen, kutemui catatan berikut ini:


Dahulu aku berangan2..

Andai aku menjadi seorang pegawai kerajaan…

Dan memang benar, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.



Dahulu aku berangan2…

Kiranya aku dapat menikah..

Dan memang benar, aku pun menikah.

Akan tetapi hidup ini sangat sepi tanpa kehadiran anak-anak.




Akupun berangan2…

Kiranya aku dikurniakan anak

Dan memang benar, aku pun diberikan kurnia anak-anak.

Akan tetapi, tidak beberapa lama akhirnya aku bosan dengan dinding2 apartmenku sendiri.




Akupun kembali berangan2...

Andai aku memiliki rumah sendiri.

Terdapat halaman dan tamannya…

Dan memang benar, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu

Akan tetapi… anak anak ku pula sudah pun dewasa..




Akupun kembali berangan2..

Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…

Dan memang benar, akhirnya merekapun telah menikah.

Tapi aku bosan dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat memenatkanku.




Akupun kembali berangan2...

Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.

Memang benar, aku pun akhirnya bersara.

Akan tetapi aku kini tinggal seorang diri sama seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan.



Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…


Kini aku berangan2...

Untuk menghafal Al Qur’an.

Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).



Aku juga berangan2..

Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah

Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.




Aku juga berangan2..

Untuk bangun solat malam

Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.




Sangat benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,

“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:


Masa mudamu sebelum datang masa tuamu


Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu


Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu


Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu


Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...



Ya Allah!

Bantulah kami untuk sentiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...


Saudaraku..

Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;

Dua rakaat Solat Dhuha,

Atau 1 hizb bacaan Qur’an,

Atau solat Witir di malam hari,

Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,

Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,

Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...

Maka masih adakah nikmat hidup yg masih ada untukmu?

#diterjemah dari artikel B. Arab

wallahu 'alam.


Wednesday, May 28, 2014

ada apa dengan thesis?

penantianku kini telah berakhir
detik bahgia kini telah pun hadir
sungguh aku percaya
ketentuan yg Esa...
krik krik krik >.<

Alhamdulillah thumma alhamdulillah!
berakhir sudah..hampir 10 bulan bergelumang dengan lab, dan tongang terbalik juga menyiapkan thesis.
alhamdulillah.
tiada apa yg dapat dilafazkan sesudah terima penjilidan thesis dr auntie kedai print.hehe
 [mcm baru terima scroll pulak] >.<

seboleh-bolehnya semua orang saye nak ucapkan terima kasih. terutama pada mak dan abah. bila saya bercerita pada mereka buat itu dan ini, mereka memang tak akan faham, tapi yg penting saya mahu dan merayu pada doa mereka. doa mak dan abah doa yg pasti tidak terhijab, kerana ibu dan bapa sangat istimewa disisNya. cukup doa mereka, buat diri ini kuat untuk tempuh semuanya.

terima kasih untuk adik beradik, kakak-kakak and abang-abang besar sekalian, yang tak pernah jemu nak layan kerenah adek ni seorang. >.<

kawan-kawan seperjuangan dan adik-beradik 'istimewa', yang selalu 'push' dan 'hentam', di saat jauh ketinggalan, saat jatuh tergolek-golek...terima kasih atas semangat kasih sayang :)

terima kasih Tuhan ;)

fresh lepas penjilidan kat kedai auntie (16/5/2014)
>.<


*****


ada apa dengan thesis?

saat-saat aku terasa beban utk siapkan thesis, macam-macam soalan terfikir.

kenapa nak lulus kene buat thesis?bukan ada orang tengok pun thesis aku ni?huh!

"Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah" [Al-Hajj:70]

mahu saja berderai air mata. saat ayat ini terpampang depan mata, rasa seolah-olah tidak akur dengan kehendak Tuhan. merungut, membantah. merasakan sesuatu yg dibuat bukan bersandarkan pada Dia.

"siapa yang atur semuanya untuk kamu?"

Allah. lemah dan akur. hanya monolog dalam hati.

sesungguhya aturan untuk thesis itu juga adalah rancangan dari Allah.

"kalau kamu lihat thesis itu semata-mata untuk hasil duniawi, semata-mata kamu rasa untuk 'pass' graduation, betulkan balik hati kamu. jangan meletakkan amalan ibadah yg disyariatkan itu sahaja kerana Allah, tapi jadikan setiap satu anggota badan yg kamu kerjakan itu kerana Allah, termasuk thesis ini.

mungkin perjalanan siapkan thesis ini satu jalan tarbiyah untuk kamu."

nanges. T____T

"... (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia." [Ali-'Imran:191]

kadang-kadang terfikir, apa guna aku buat thesis. andai thesis tak dapat publish, sia-sia je rasa...

"sesungguhnya setiap perkara itu tidak sia-sia. mesti semua ada hikmah. kalau kamu yakin dengan Allah, semuanya akan mudah. lapangkanlah dada kamu dan sangka baik dengan Tuhan, insyaAllah segalanya mudah dengan pertolongan Allah.

yang penting, percaya dan yakin dengan aturan Dia. insyaAllah bukan sia-sia!"

perjalanan hampir 10 bulan organize, set up and process in research, betul-betul mengajar aku bagaimana mahu berdikari.

berdikari menyusun waktu ke sana sini. berdikari untuk cuba penuhi kemampuan untuk selesaikan dari awal 
hingga akhir. berdikari membei semangat pada diri sendiri untuk terus kuat dari awal hingga akhir.

nampak berdikari, walhal, berdikari itu datangnya dari keyakinan dan kepercayaan kita pada Tuhan Yang Maha Kuasa. kekuatan, kemampuan, kesabaran, kesungguhan semuanya kuasa dan tenaga dari Dia. setiap manusia seharusnya bergantung pada Dia.

dan jangan lupa, berdikari itu juga satu syarat dari muwassofat tarbiyah.

dan juga, kerana segala-galanya bermula dengan tarbiyah :)



haza min fadhli rabbi :)


Thursday, May 15, 2014

memang hakikat

"Nadiah.."

nama dipanggil, cepat-cepat jalan menuju bilik doktor.

"eh, kamu lagi, Nadiah kan"

senyum, walaupun dlm hati tidak berkenan nak senyum..

sempat jugak menjeling kad kesihatan atas meja doktor. kira-kira..1,2,3,4...7 . tahun ni je 7 kali dah jumpe doktor. =.='
*****

sakit. balek rumah. pegi klinik. dah sinonim dgn diri.

saat terlalu tak terdaya dengan dugaan Tuhan, hati bagaikan memberontak

mak, nape asyik sakit je..tak tahan la mak..!

"dek, sabar ckit ye, ni kan semua dari Allah. Allah dah mudahkan banyak urusan kita, sesekali Dia nak uji. kalau kita dan sedar, dah mengaku kita ni hanya hamba, patut ke kita pilih ujian ape Allah nak bagi??..sabar sikit, sakit tu Allah ampunkan dosa kita, yg mungkin dosa kita buat sedar atau tak sedar.."

meresap dalam hati.

"Allah tu sayang orang yg selalu sakit", kakak besar pun bersuara

soalnye..apakah kita layak untuk piih ujian ape dr Dia?

kata-kata mak cukup buat aku insaf. headshot!
waktu badan tidak bermaya, waktu itu jugak aku rasa tarbiyyah dari Allah. saban hari berfikir, ape yang buat aku sakit?salah makan ke?infection? 

jawapannya..sebab Allah sayang!
dengan sakit, mungkin buat aku lebih ingat pada Allah.
mungkin juga aku bukan hamba yg tahu menghargai ataupun tidak bersyukur dengan Dia yg tak pernah jemu bagi nikmat sebelum ni.
mungkin juga atas dosa-dosa yang lalu,menjadikan  kesihatan itu terhijab.

semua ini bukan mungkin, tapi hakikat.
memang hakikat, aku tak pandai besyukur, memang hakikat aku terlalu berdosa.
moga dengan ujian ini, buat aku lebih dekat dengan Dia.


Monday, April 28, 2014

mengusik jiwa

Rejab hampir kembali bertandang. dan lagi bermakna, Ramadhan  jua akan hadir.

kenangan mengusik jiwa. tiba-tiba terlalu rindukan Ramadhan yg lalu. bekesempatan ke bumi serambi mekah walau hanya 3 hari, namun cukup terisi. Jaulah yg sangat bermakna!

paling terkesan dengan Qaryah Rmadhan. Sistem infak yg dilakukan semasa berbuka puasa diadakan setiap hari. diteruskan dengan solat tarawih berjemaah bersama As-syeikh hafiz yg didatangkan khas dr Mesir, dan yg pastinya imam jugak terdiri dr ulama, Tok Guru Nik Aziz.

rindu. sangat rindu!
 Perkampunga Ramadhan (Qaryah Ramadhan) di sana sangat meriah. bayangkanlah mcm kita pulang kampung, jumpa semua saudara-mara, berbuka bersama dan terus solat jemaah bersama. itulah yg saya rasa, walaupun itu kali pertama bertandang ke Kelantan, tapi terasa bagai kampung sendiri. datang saje di Qaryah Ramadhan tu, insyaAllah ade rezeki untuk berbuka puasa. tempatnya cukup sempurna, ditegakkan satu khemah yg tertutup, siap dengan penghawa dingin. terasa syahdu solat disana, diberitahu sahabat, solat jemaah bagaikan suasana solat di bumi Mekah. seriously, saya terasa sangat syahdu ketika solat di sana, hati tiba-tiba terasa lembut dan air mata tak berhenti mengalir, sambil menghayati alunan bacaan imam al-hafiz. Allah, rindunya! :(

sempat juga ke Pulau Melaka, dimana tempat kediaman dan tersebarnya tarbiyah dari Tok Guru Nik Aziz. selesai bersahur, terus ke masjid Pulau Melaka, di mana Tok Guru yg akan menjadi imam setiap solat subuh. Alhamdulillah, allah kabulkan doa, dpt solat bersama dgn Tok Guru :)

entah kenapa, tiba-tiba rindu bulan Ramadhan. masih ada peluang lagikah aku untuk sampai Ramadhan nanti?

jiwaku terusik.

Saturday, March 29, 2014

untitled

aku


aku terlalu rindu aku yang dulu.


sungguh


aku sangat rindu waktu yg dulu!


.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .


.  .  .  .  .  .


.  .  .  

T____________T



kehidupan ini cuma ada 3 detik
sesaat yg berlalu tidak dapat kita ubah lagi
sesaat yg sedang di lalui ini manfaatkan sebaiknya
dan sesaat yg akan belum tiba pasti kita akan temui
[Imam Ghazali]



Wednesday, March 19, 2014

ada yang merindu..


Satu-satu huruf ditekan
Namun delete kembali
Satu-satu huruf ditekan lagi  membentuk satu-satu perkataan
Padam, hapus lagi
Ah!apa yg kau mahu tulis itu

Serabut. Kering.
Namun ada hujan diluar sana yg membasahkan bumi yg kian gersang
Umpama membanjiri sekotak hati di dalam sanubari
Bagai sudah tahu yg di atas sana
Kotak hati ini mahu basah, lembap dan  lunak bersamaMu
Moga rahmat mu tidak hanya terbatas di luar
Turut mengalir dlm sanubari

Mata dipejam,
Tetapi kelopak mata diangkat
Pejam lagi
Namun, kelopak ini seakan tidak mahu menuntut
Hakikatnya tidak mahu lepas dr cahaya
Ahhh..takut!
Aku takut tidak bisa lagi melihat cahaya
Khuatir tika buka mata nanti bukan ada cahaya
Tapi mungkin kegelapan di alam barzakh

********

“eh, ada bulu mata jatuh la, sebelah kanan pulak tu, mesti ada yg merindui”
“ya..kematian yg merindui mungkin, gugurnya bulu mata tu juga kan tanda ia mati?”