Saturday, September 6, 2014

ketemu cinta!



Selama ini aku tertunggu-tunggu. Apa jawapan yg aku dapat. Di bulan Ramadhan yang lalu, aku tidak putus-putus berdoa mahu tahu.

Dan dengan ujianMu ini,dari Tuhan aku, akhirnya aku tahu jawapannya.

Allah, apa bukti Engkau cinta pada hambaMu ini wahai Tuhanku?
~Aku cinta pada setiap hambaKu. Aku mencintaimu dengan ujian dan dugaan di hatimu itu. Aku menarik nikmat itu, kerana aku mahu hati engkau benar-benar hanya untuk Aku. Aku mahu engkau sentiasa dekat dengan Aku dan lebih dekat. Aku mahukan kesungguhanmu dalam sujud kepadaKu. dan Aku tidak mahu Engkau sekali-kali jauh dari Aku wahai hambaKu.

Allah, bagaimana Engkau boleh tolong aku menjadi hambaMu yang lebih baik dan hamba yang Engkau redha?

Allah, bagaimana jalan yang perlu aku keluar untuk tinggalkn segala laranganMu?
~Dengan ujian inilah caranya. Aku mahu hati engkau lupa segala larangan dan maksiat, dan hanya tunduk pada perintahKu. Ketahuilah hambaKu, Aku sentiasa ada bersama hamba-hambaKu. Ujian Aku pada kau bukanlah sia-sia, tetapi ujian Aku pada engkau adalah dengan penuh cinta dari Tuhan kepada hambaNya.

Allah, bagaimana aku mahu menjadi hambaMu yang benar-benar bertaqwa disisi-Mu?
~Dengan ujian ini lah wahai hambaKu. Hati yang bertaqwa itu jelas. Tidak sekali-kali bercampur antara yang hak dan batil. Aku mahu bersihkan hatimu dan AKu mahu isi dengan segala kebaikan agar engkau sentiasa mencintai TuhanMu ini. Mana mungkin dalam seketul hati ada kebaikan bercampur dengan keburukan bukan? Wahai hambaKu, ketahuilah Aku lebih mencintai engkau dari hamba-hambaKu yang lain. Ketaqwaan engkau akan Aku balas dengan cintaKu. Jangan engkau pernah kecewa, bangkitlah wahai hambaKu, Aku sentiasa dekat denganmu. Yakin dan percaya, aku sudah menuliskan takdir yang terbaik untuk setiap hambaKu. sudahlah, pujuk la hatimu dengan cintaKu. Mana tahu Aku mahu ambil engkau dengan cintaKu?

Aku teringat kata-kata al-ustaz,” salah satu tanda Allah itu cinta dan sayang pada hambaNya, Dia akan turunkan ujian. Dan yang paling perit ialah Dia tarik orang yang kita sayang kerana Dia”.

Setiap hamba itu merancang dengan cita-cita dan keinginan, tetapi Allah itu merancang dengan cintaNya.

Jangan pernah Engkau mengurangi sedikit pun cintaMu Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang bertaqwa, hamba yang Engkau redha, bukan hamba yang Engkau murka.

Tuhan,
Kuatkan aku
Jika aku harus mati
Kau temukanku dengan cintaMu

No comments: