Sedang siap-siap buat preparation untuk open house kakak. Banyak sayur yg nak potong.
A: Sayur yang ni potong serong-serong. Yang ni, buat bentuk ala-ala bunga. Yang ni, panjang-panjang. Baru la ada seni.
B: Nape plak, potong je la same semua. Nanti Masuk Perut jugak...
C: buat la cantik-cantik sikit. Hias-hias sikit.
B: Oh, perhiasan. Hmmm..dunia ni memang perhiasan kan?
*krik krik*
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Hadid: 20)
Ayat di atas, cukup simple menerangkan tentang kehidupan manusia di dunia secara peringkat-peringkat.
kehidupan dunia itu:
Permainan: peringkat yang pertama selepas kita dilahirkan ialah kita di peringkat bayi atau kanak-kanak. Dan peringkat ini, yang akan menjadi fokus pada seorang kanak-kanak itu hanyalah permainan bukan?Mereka masih tidak tahu apa-apa dan hanya mahukan keseronokon, yang penting mesti ada permainan. Contoh, kita pasti teruja bila kita dapat anak, atau dapat anak saudara atau kalau kita tahu ada baby, mesti mahu belikan baju yg comel-comel dan kiut-miut, kononya mesti comel bila diyorang pakai baju ni..lagi-lagi wane pink [haha]. Tapi, si bayi yg comel kiut-miut itu bukan teruja pun saat kita pakaikan baju yg comel molek, melainkan kita beri mereka permainan kanak-kanak, patung dan apa-apa yg sewaktu dengannya, janji permainan.
Hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang): selepas peringkat bayi atau kanak-kanak, kita masuk ke alam remaja. Alam remaja adalah satu peringkat yg sangat mengujakan. Dari pengalaman sendiri, waktu ini la macam-macam benda nak buat. Dan lebih spesifikasinya di alam remaja kita lebih sukakan hiburan, mahu hidup bebas dan mahu buat apa saja tanpa fikiran yang masih belum matang. Dan sentuh tentang perhiasan, waktu alam remaja lah, kebanyakan kita, specially perempuan mula belajar nak jaga kecantikan. Oh, tengok saja pada anak buah saya yg sedang membesar, masing-masing alam remaja, dah lebih advance dari zaman kita dahulu. Tambah-tambah internet semuanya di hujung jari, jadi panduan utama. Fesyen apa yang mereka tak tahu, nak jadi paling cantik, nak kulit cantik macam artis itu..ini..dunia..dunia..
...(bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;

Dan peringkat ini sangat panjang. Mula selepas habis kita belajar hinggalah kita tua dan seterusnya ke alam lain.
“bermegah-megah” dengan kelebihan, kekuatan dan keturunan. Ayat ini sangat direct, bila ayat dari Allah sendiri menyatakan, di waktu ini kita mula berbangga, berlumba-lumba mahu mengejar kuasa, mahu kerja yang bagus-bagus, mahu mengumpul duit dan harta.
Personally, lepas dah habis belajar, bila terfikir-fikir, memng betul ayat ni. Waktu ini, masing-masing berlumba-lumba mahu dapatkan kerja yang hebat, dapat duit gaji yg tinggi, dan nanti mahu beli rumah, kereta, kahwin dan macam lagi nak buat if dapat gaji yang tinggi nanti. Begitu hebatnya ayat dari Tuhan ini, dari dahulu lagi Allah dah tunjuk, tapi hati yang buta.
Tetapi itu semua…
...(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai...

Bila baca part ayat ini, saya teringat sawah padi ayah saya. Raya yang lepas, musim orang menuai. Allahu akbar, waktu itu, semua sawah padi sudah masak, semuanya tertunduk menunggu masa untuk dituai. Cantik sungguh pemandangan, bagaikan cahaya keemasan yang menguning.
Namun ada jugak nasib petani yang lain, di mana tanaman padinya banyak yg tumbang, mungkin akibat dari angin yg kuat dan menyebabkan kurang hasil padi nanti. Abah jugak pernah lalui pengalaman yg sama. Waktu itu, kita tak dapat nak buat apa-apa,
Allah yg izinkan padi tu tumbang dengan angin, dan tawakal sahaja dengan rezeki yg Allah nak bagi.
Tetapi itu semua sekejap dan sementara sahaja. Samalah juga dengan peringkat kehidupan kita tadi. Dunia terlalu banyak yang menyeronokkan, yang dapat menghiburkan hati kita, yang kita rasa boleh memuaskan hati tetapi hakikatnya…
...(hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya...
Di akhir-akhir ayat ini, Allah bagi kita peluang untuk pilih, sama ada mahu dunia atau akhirat. dan Allah menekankan lagi kehidupan dunia itu menyenangkan tetapi hanya untuk mereka yang lalai dan leka dengan dunia semata.
Dunia ini sekejap saja. Ia terasa lama, bila kita terlalu banyak lupa dan lalai ingat Allah, disebabkan kita terlalu inginkan keduniaan yang tidak pernah akan bagi kita kepuasan selama-lamanya.
“Apalah nilai dunia ini dibandingkan dengan akhirat melainkan salah seorang dari kamu celupkan jarinya ke dalam laut dan kemudian lihatlah apa yang tinggal pada jari tersebut.” [HR Tirmizi]
"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (surah al-Hajj: 46)
Allahu 'alam.
No comments:
Post a Comment