Saturday, July 6, 2013

boleh jamin?

bismillah :)

alhamdulillah, dah seminggu berposting di PPUM. macam-macam perasaan masa hari pertama 'bekerja'. huhu.

hari jumaat, bg saya hari yg penuh barakah dan hikmah. :)

hari ni, perlu ditukar kat bench lain, bench Haematology. sebenarnya agak ketaq kat bench ni. sebab ada MLT staff yg garang kat bench ni.huuu..bismillah banyak2 kali dibaca, hehe.
 tapi, bila dah kat bench ni, saya rasa sangat seronok!sebab????

sebab, kerana....ada seorang lagi MLT staff yg sungguh awesome!awesome dgn tarbiyah. :D
namanya kami panggil Kak A. (KA)
dalam saya bekerja tu, masa awal-awal, kenalah rajen-rajin bertanya. apa-apa yg saya tanya, KA jawab dengan penuh hikmah. maksudnye???
apa-apa kata drpd dia, sambil bg isi kat otak ni, sambil tu jugak isi hati. alhamdulillah, selama bekerja kat situ dr pukul 8am-5pm, rasa ada tazkirah je yg masok kat corong telinga ni.bahagia, walaupon ada MLT yg garang kat situ.hehe.

"akak kat sini, sumenye kerja dengan machine2 ni..machine ni bukan macam manusia kan, boleh cakap-cakap, kalau salah sikit susah la nanti..jadi, nak run apa-apa pun, mesti dengan bismillah"

"before start kerja ke apa, jangan lupe baca doa penerang hati, biar berkat dek, even kita dah kerja ni pon, kita mungkin dah tau macam-macam, tapi sedar atau tidak, tu semuanya Allah yg bagi kan"

"ada ikut usrah tak?"

"tau tak isi-isi2 surah Al-Kahfi?macam mana pergantungan 3 orang yg dalam gua tuh?"

banyak lagi yg akak ni cerita..syukur rasanya, Allah pertemukan dengan insan seperti ini.

hampir 1 minggu saya berposting, hari-hari yg dilalui rasa sangat pack. ulang alik jam 8am-5pm, dalam lab, nak duduk diam, memang la x da, jalan sana sini..penat, letih sume ada. balek dr posting, lepas tunaikan apa yg wajib, terus tertido. tak larat rasanya. makan pon sampai skip, sebab x larat menanggung penatnya badan.

baring atas katil, terfikir. ini baru je posting. belum lagi nanti dah kerja betul-betul, habis belajar, mungkin lagi banyak komitmen dari keadaan sekarang as student.

satu bende yg saya rasa sangat 'tertinggal' dalam daily life saya masa posting ni, ialah bulat-bulatan di hamparan karpet biru di musolla.Allah, satu nikmat yg rase ditarik-tarik. lemahnya kaki nak melangkah ke sana di saat tiada tenaga di jasad.

teringat kata-kata seorang pejuang,
"
rase tak ada masa nak dakwah time blaja ni, agak-agak nanti time habes blajar, kamu boleh jamin kamu available tuk berdakwah?boleh jamin kamu dah tak sibuk lepas belajar?boleh jamin kamu hidup lama lagi tuk dakwah?"

memang kita tak boleh jamin. jaminan hidup ini hanya Allah sahaja yg tahu, hanya Dia Yang Maha Mengetahui, sedangkan kita tidak tahu apa-apa langsung. its true, tak tahu nanti after study boleh atau tidak konsisten nak usrah, nak pergi majlis ilmu sana sini. and lagi la kita tak tahu sama ada umur kita ini makin panjang atau pendek, boleh jadi kita tak sempat sebab ajal kita.


" Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" 
[Al-Asr:1-3]

rugi. memang kita sentiasa dalam kerugian. kecuali hanya orang-orang yg...... boleh hayati surah Al-Asr ni. siapa org yg terkecuali dari rugi.


moga langkah kaki ini makin kuat.end.

No comments: