Friday, January 20, 2012

UP & down~

salam 'alaik.:D


lama x meng'update' blog..lame sungguh!rindu nak blogging, tp x nyempat2, hanye tersimpan dlm draft2..huhu
alhamdulillah, hidung ini masih diizinkan meghidup udaraNya, alhamdulillah, mata ini masih mampu lg melihat ciptaanNya, alhamdulillah tangan ini masih digerakkanNya, alhamdulillah akal yg dikurniakanNya masih lg digunakan untuk mengingatiNya setiap masa...alhamdulllah, alhamdulillah, alhamdulillah...
dan paling berhrga adalah IMAN, ISLAM, HIDAYAH & TAUFIKNYA.moga2 Kau tidak menarik kembali kurniaan yg berharga ini Allah!aku sangat memerlukannya kerana aku hanya seorang 'hamba' kepada ENGKAU.hanya itu yg mapu aku lafazkan..alhamdulillah ya Allah!

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(3:110)




memoir di sem 1 2011/2012.


apabila bahu semakit berat. siapa yg mahu bila diberikan sesuatu yg kita rasa x mampu??
tapi naluri itu tidak sama sekali sama apa yg dirancang oleh Nya..
Dia yg Maha Mengetahui segalanya..saat di berikan amanah itu, merasakan diri ini sgt kerdil, x mampu untuk menggalasnya, andai ada org lain yg mahukannya, sudah pasti aku terus menyerahkannya. tapi, amanah itu sudah termaktub olehNya untuk diri yg lemah ini. kemampuan dan keupayaan hamba-hambanya semuanya bergantung pada Dia.ya, Dia.yakin pada Dia.bersyukur kerana dipilh olehNya. bersyukur kerana mungkin ini satu wasilah atau jalan daripadaNya untuk lebih dekat denganNya. ya, aku terima dgn penuh berlapang dada, redha.moga2 amanah itu menjadi saham untukku untuk negeri abadi nun di sana.Allah!

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(59:21)

up and down.





Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid.
(3:140)


menjalani kehidupan sebagai hamba. x kan senang Allah nak bg kite hidup senang, x kan susah2 Allah nak bg kite susah. setiap aturan dan perjalanan kehidupan setiap seorang hamba itu semuanya Dia yg susun. jgn mengharap andai jalan yg diaturnya itu jalan hihgway shaja, boleh berubah menjadi jalan yg berliku-berliku. iya..Dia yg mengaturnya, Dia  adalah architecture yg terbaek..design2 yg penuh kreatif tanpa sesiapa pun dpt menirunya.subhanAllah.


pahit dan pedih!
bila kdg2 rasa x mampu melalui jalan-jalaNya.kadang2 rasa lelah, lemah dan putus asa mahu teruskan perjalanan, air mat yg mengalir, hujan lebat di dalam qalbu tiada siapa yg tahu, tapi, Dia tahu!
hanya Dia yg dapat menghentikan air dan hujan lebat di hati.Allah!

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: “Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
(21:4)



di dewan kuliah. 
tahun 2 ini, betul2 sgt menguji iman. bile lihat org lain berjaya, pasti di hati ini juga ingin bersama mereka yg berjaya itu. melihat mereka yg mudah segala urusannya. tidak sesusah atau sesukar apa yg aku hadapi. seakan-akan tidak redha dgn pemberianNya. astaghfirullah!
ya, aku cuba terus berusaha dan berusaha, namun kadang-kadang jiwa ini merasakan natijahnya mungkin tidak setanding dgn usaha itu. mengapa? terus bermonolog dlm diri.apa usaha aku yg x cukup lagi?...saat hati di uji dgn ujian duniawi.
ya Ujian. Ujian.Ujian.
 yg menjadikan up dan down. hati ini seakan2 byk kali mahu berputus asa. namun, aku tahu Dia itu suka menguji aku. bersyukur dgn ujian itu, walaupun ujian itu membuatkan aku lelah. kerana aku tahu, pasti nanti ujian itu akan bertukar menjadi hadiah. hadiah yg terbaik untuk hidup aku.





besyukur.


semalam 1 pengisian secara x langsung dikongsikan oleh kak fhatin. yg membuatkan aku spechless. betol2 speechles. tanpa tajuk khusus yg dikongsikan hanya santai2 sahaja,namun menyetap di dalam kalbu.
"kita selalu kata kita bersyukur dgn nikmat yg Allah bg..tp sebenarnya mcm mana kita nyatakan syukur itu sebenar-benarnya pada Allah?sekadar lafaz alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah?lepas tu?"


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
(67:23)



ye, aku tertanya2 apa tanda aku ini bersyukur?
manusia itu, sgt leka dan alpa.cepat mengeluh, cepat berputus asa. adakah setiap detik waktu itu digunakan semuanya hanya kerana Dia?atau hanya dilakukan sekadar rutin harian sahaja?itukah syukur??
astaghfirullah..
"syukur itu bila kita menggunakan semua nikmatnya secara optimum. buat sehabis baek, usaya sedaya mungkin. natijah itu biar Dia yg tentukan, kerana apa yg dari Dia ADALAH YG TERBAIK!"


TERBAIK!
semuanya dr Dia adalah yg terbaik. apa yg dikurniakan dlm sesuatu yg kita usahakan itu dalah TERBAIK dr Dia. mungkin kita akan rasa kecewa, pedih, sakit, down, malu...tp itu adalah yg terbaik. mana tahu kegagalan itu boleh membuatkan kita menjadi berjaya di sisiNya kelak??tiada siapa yg tahu, hanya Dia yg tahu yg TERBAIK.bersyukur lah..
Allah tidak melihat pada natijah, tetapi usaha yg berkat. Allah melihat pada kualiti hati kita melakukan sesuatu yg kite usahakan kerana Dia, tp Allah tidak melihat kuantiti usaha yg kita lakukan bukan kerana Dia.


imtihan.
musim imtihan. bila semua dilanda demam virus exam. uniknya virus ini, virus yg mampu memaksa hambanya itu untuk dekat kepadaNya.bile rase mahu hilangkan beban virus itu, semua mahu mengadu kepada Dia. seronok melihat surau dan saf2 yg penuh dan teratur. rasa seronok ruku' dan sujud bersama-sama dlm jemaah.Allah.
namun, apakah itu dilakukan semata-mata kerana Allah atau virus imtihan itu?tepuk dada sendiri, tanya la sang iman di dlm hati.
jangan menjadi hamba kepada virus exam itu. tapi jadilah hamba yg sebenar-sebenarnya kepada Nya.
 Allah itu Maha Mengasihi hamba-hambaNya, pasti melihat dan menilai amalan kita, moga2 rahmat dan kasih sayang Nya dilimpahi selalu.


terimalah segalanya dgn berlapang dada, redha dan tawakal kepadaNya. apa yg diberikan, pahit, manis, indah, duka atau durjana, ingatlah ia pasti menjadi 1 hadiah yg sgt bermakna.nantikan setiap ujian itu hikmah yg sgt manis kelak.Allah!


moga2 Kau berkati apa yg aku lakukan, aku hanya pinta kebekatan dariMu, moga semua lelah itu berbaloi semata-mata keranaMu.

jangan minta pada Allah di perkecilkan ujian, tp mohonlah supaya diperbesarkan iman untuk menghadapinya.
Allah!





Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
(47:7)



~teratakqalbi~

No comments: